Thursday, 13 December 2012

Perlawanan Persahabatan Pra-Musim : Kelantan 4-1 Kedah


12 Disember 2012 - Kelantan meneruskan rentak kemenangan dalam aksi perlawanan persahabatan pra-musim apabila menundukkan pasukan dari utara, Kedah dengan jaringan 4-1 di Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi.
           
Turun selaku tuan rumah yang dihadiri puluhan ribu penyokong setia, Kelantan pantas mengasak kubu pelawat menerusi rangkaian penyerang, Dimitri Petratos, Keita Mandjou dan juga Norfarhan Muhammad. Tertekan dengan asakan bertali arus Kelantan, ketua pasukan Kedah, Sabri Mat Abu melakukan kesilapan apabila tertolak bola ke gawang sendiri memberi Kelantan gol pendahuluan pada minit ke-7.

Mendahului 1-0, Kelantan terus menggandakan asakan ke kubu pasukan Kedah dan percubaan seterusnya membuahkan hasil menerusi rembatan lencang kaki kiri Norfarhan Muhammad sekaligus meletakkan Kelantan selesa mendahului 2-0 di depan.

Tidak puas mendahului 2-0, Kelantan terus bernafsu memburu jaringan. Kini tiba giliran pemain import dari Australia, Dimitri Petratos merobek gawang Kedah. Jaringan berpunca dari sepakan percuma Piya yang gagal ditangkap kemas penjaga gol Kedah, dan Dimitri Petratos yang tidak dikawal mudah menolak masuk untuk gol ketiga Kelantan pada minit ke-21. Tiga minit berselang, giliran Keita Mandjou pula meledak menerusi satu rembatan kencang luar kotak penalti, meletakkan Kelantan mendahului 4-0.

Selesa mendahului lawan, Bojan Hodak melakukan pertukaran besar-besaran untuk perlawanan separuh masa kedua. Lapan pemain ditukar secara serentak bagi memberi peluang kepada pemain baru untuk menunjukkan kemampuan. Zairo Anuar Zalani, Faiz Subri, Haris Safwan Kamal dan Izuan Salahudin merupakan antara pemain baru yang diberi peluang beraksi pada separuh masa kedua.

Pertukaran besar-besaran nyata kesan kepada Kelantan yang gagal mendominasi perlawanan pada separuh masa kedua. Kedah yang jarang menyerang pada separuh masa pertama akhirnya memperoleh gol sulung yang juga gol tunggal perlawanan menerusi jaringan penyerang, Faizal Abu Bakar pada minit ke-81. Tamat perlawanan, Kelantan berjaya menundukkan Kedah dengan jaringan 4-1.

Petikan dari Theredworriorsfc.com



Keputusan memang sedap di dengar namun apa yang kawe tengok dari live streaming nampaknya persembahan pada separuh masa pertama memang sedap kita lihat dengan pergerakkan yang menarik.Cuma pergerakkan Nantha kumar masih perlahan dan agak lama memegang bola dan lambat untuk memberikan hantaran.Prestasi Keita Manjou memang terserlah malam ini kerana dia rajin dan mula membuktikan sesuatu.Namun kelibat Petratos terus menjadi bualan dan mimpi kepada penyokong.Kawe tengok setiap kali memegang bola pasti dia  akan di berikan sokongan dari Penyokong.Piya terus menjadi nadi dengan mengatur    pergerakkan serangan dan tektikal pasukan.Seronok dapat melihat permainan Kelantan yang semakin laju jika di bandingkan tahun lepas.Mungkin beberapa taktikal baru bakal di serap oleh Bojan memandangkan beberapa pemain utama sudah berhijrah dan rahsia pasukan kita mungkin akan didedahkan. 

   separuh masa kedua terlalu berhati hati dan pertahanan kita agak goyah sehingga dapat memberi ruang kepada Kedah untuk menjaringkan gol.Kelibat penyokong Kelantan yang terus menerus memberi sokongan tidak berbelah bagi bagi TRW.Mana kita nak cari situasi penyokong yang memenuhi stadium ketika perlawanan pershabatan? Hanya di Kelantan dan THIS IS KOTA BHARU!!!!!!! menarik dan sejarah terus di cipta oleh penyokong Kelantan.Tapi mereka mungkin agak kecewa dengan prestasi pada separuh masa kedua.Tetapi kita perlu memberikan masa bagi pemain baru yang memerlukan keserasian segera sebelum sepak mula berlansung.Insyaallah mereka bakal serasi.Apa pun Tahniah TRW ,2 perlawanan persahabatan di menangi dengan jaringan lebih dari 2 gol.Semoga kita terus berjaya dalam apa jua cabaran musim baru 2013.

GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!



No comments:

Post a Comment