MALAYSIA
TEWAS DI SEPARUH AKHIR PIALA AFF SUZUKI KEPADA THAILAND -GAGAL PERTAHANKAN
KEJUARAAN – MUTU PENGADILAN BERAT SEBELAH Perjalanan skuad negara dalam kempen
mempertahankan Piala AFF Suzuki akhirnya terhenti selepas tewas 0-2 kepada
Thailand pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Suphachalasai, Bangkok
sebentar tadi. Thailand mara ke perlawanan akhir selepas menang menerusi
agregat 3-1 ke atas Malaysia.
Thailand
akan bertemu Singapura yang menang ke atas Filipina semalam. Perlawanan bermula
dengan Thailand mengasak ke gawang Malaysia.
Malaysia
kembali mengawal permainan dengan cubaan yang kerap kali tersasar dengan
jurulatih K.Rajagobal menggunakan formasi 4-5-1, Norshahrul Idlan sebagai
penyerang tunggal. Bagaimanapun, keadaan padang yang agak teruk merencatkan
rentak permainan terutama skuad negara yang sebelum ini tidak dibenarkan
berlatih diatas venue itu menyebabkan pemain sukar menyesuaikan diri dengan
kawalan bola yang kerap kali terlepas.
Permainan
sedikit terjejas dengan mutu pengadilan yang tidak bagus dan berat sebelah oleh
pengadil dari Korea yang juga pengadil yang pernah di tackle oleh K.Reuben
sewaktu Malaysia tewas 0-5 kepada Australia dalam satu perlawanan persahabatan.
Pengadil melayangkan kad kuning kedua kepada Fadhli Shas pada minit ke 44
sedangkan pemain Thailand, Datsakorn yang menyiku dan memulakan dahulu
provokasi ke atas Fadhli.
Keputusan
0-0 kekal sehingga rehat, Memasuki babak kedua, Rajagobal masih mengekalkan
pertahanan dan memaksa Amar Rohidan sedikit turun ke bawah. Bahagian tengah
dilihat jelas kekosongan dan Mat Yo jarang mendapat umpanan yang baik.
Pemain
negara lebih banyak bertahan dengan Thailand menguasai bahagian tengah.
Hasilnya melalui satu serangan pantas, hasil kesilapan pertahanan negara,
Terasil Dangda menjaringkan gol pertama Thailand pada minit ke 66, selepas bola
terlepas dari kaki Amar Rohidan dan gagal dikeluarkan juga oleh Aidil.
Thailand
terus mengambil kesempatan kekurangan pemain negara dengan melancarkan serangan
bertubi ke arah gawang Malaysia. Farizal Marlias akhirnya tewas buat kali kedua
apabila bola muntah sepakan percuma dimanfaatkan Theerathon untuk menjaringkan
gol kedua pada minit 66.
Selepas
ketinggalan dua gol baru jurulatih K.Rajagobal mengeluarkan Amar Rohidan dan
memasukkan Faizal Muhammad dan menggantikan S.Kunanlan dengan Khyril Muhymeen.
Namun Malaysia masih gagal menembusi benteng pertahanan Thailand kerana
kekurangan bantuan dari pemain lain yang kelihatan keletihan beraksi 10 orang.
Safee
Sali yang mengalami masalah ketegangan otot juga dimasukkan pada penghujung
perlawanan namun masih gagal memburu jaringan buat skuad negara. Thailand
beberapa kali hampir berjaya menambah gol, namun kecekapan Farizal Marlias
harus dipuji mengelakkan gawang negara dibolosi lebih banyak.
Malaysia
beraksi tanpa 5 tonggak utama iaitu Wan Zack Haikal, Shaakir Shaari yang masih
cedera. Gary Robbat yang mengalami keracunan makanan.
Malaysia
terpaksa membayar harga yang mahal selepas gagal mempertahankan kejuaraan AFF.
Dan hasil ‘eksperimen’ yang dilakukan Datuk K.Rajagobal dalam perlawanan
persahabatan, Malaysia juga merudum dari segi ranking FIFA.
Jadi
bukan sahaja ranking turun malahan kita gagal pertahankan Piala AFF. Ini
merupakan sesuatu yang harus dipandang oleh Rajagobal.
Perlawanan
akhir Piala AFF Suzuki 2012 akan berlansung pada 19 Disember untuk perlawanan
pertama di Stadium Jalan Besar, Singapura.
Petikan dari Portalsukan.com
Memang kekalahan ini adalah wajar bagi malaysia.Semuanya bermula ketika sesi experimen RG.Dia sepatutunya sudah menyiapkan awal lagi pasukan.Bukan bertukar-tukar pemain dan antara pemain utama yang sentiasa berada dalam pasukan pun tidak di panggil.Sepatutunya sebelum sebelum AFF suxuki ini bermulapasukan kebangsaan kita sudah mantap dan melalui perlawanan persahabatan mereka sudah boleh mencatatakan kemenangan.
Sesi pemilihan pemain juga agak membosankan.RG memilih ramai pemain yang bermain untuk liga Perdana yang mana kita ketahui Liga Perdana adalah jauh bezanya dengan liga super.Pemain yang berada di bawah tahap sebenar boleh bermain untuk skuad kebangsaan.Mana lagi pemain dari Kelantan ? seperti Farhan,Indra dan Piya.Pemain singapura boleh bercakap yang mereka bernasib baik kerana pemain ini tidak ada dalam skuad kebangsaan.Asaari Shamsudin dari terengganu,Zairo dari TTeam,Hairuddin Omar,Amri Yahya,Sepatutunya RG kena pilih ramai dari Liga Super dan hanya beberapa pemain sahaja dari skuad lain.Liga Super ambik pemain dari Top 3 Carta yang dari malaysia lah.
Persiapan pasukan rasanya pemain tidak cukup latihan dan kepenatan kerana perlawanan persahabatan terlalu kerap dan masa terlalu rapat.Tektikal RG tidak menjadi dan sudah dapat di baca oleh pasukan lawan.Memudahkan pasukan lawan meletakkan pemain yang cergas di bahagian pertahanan kanan dan kiri sebab Malaysia akan bermain bola lambung.Kita tengok dulu sedutan aksi Malaysia pada perlawanan ini.
Pada perlawanan ini kita dapat lihat di awal permainnan kita di serang habis-habisan dan pemain kita berada dalam tekanan dan ini salah satu sebab kenapa pemain kita terpaksa melakukan terjahan-terjahan wajib tapi ia bakal mengakibatkan layanan kad terpaksa di keluarkan.Memang pengadildari Korea tu suka keluarkan kad tapi kita perlu tahu macam mana nak serapkan tekanan tersebut.Arwah Abah kawe pernah mengatakan yang RG ni tak ada tektikal.Dia pilih pemain mengikut cara yang dia suka jadi pemain hanya bermain macam biasa dan tektikal tu datang sendiri.Fadlisas sepatutunya tahu dan kenal pengadil tu.Dia hanya perlu diam dan tidak bertengkar dengan pemain Thailand.Namun kad merah yang di terima memang menyusahkan kita.walaupun berjaya bertahan sampai separuh masa pertama dengan amar di letakkan di bawah bagi menggantikan Tempat Fadlisas sepatutunya RG mengeluarkan Amar dan memasukkan pemain pertahanan yang biasa bermain di posisi tersebut.Sebab kita bermain dengan 5 midfielder.satu hilang kita masih ada 4 pemain di bahagian tengah.Kalau kita lihat barisan tengah tanpa Shakir yang cedera.Barisan yang ada gagal membentuk gerakkan yang baik kerana hantaran dan sokongan antara sendiri tidak ada dalam barisan kali ini.
Sebaik separuh masa kedua bermula.Kita terus di asak bertubi-tubi dan keadaan Amar yang off form membuat kesilapan mudah kerana miss kick dan sokongan dari Aidil masih juga gagal menghalang pemain Thailand menembusi gawang Malaysia.Ini lah detik bermulanya High Preasure game buat Malaysia.Selepas gol pertama itu baru lah RG nak tukarkan Amar.Ini di kira lambat.sudah terlambat baru ternadah.namun kita terus gagal menjaringkan gol kerana walaupun Mat yo keseorangan di atas support dari maidfield tidak cukup kuat untuk membantu bahagian serangan.Gol kedua Thailand berpunca dari kegagalan penjaga gol kita menangkap kemas bola percubaan dari Thailand.gawang kita di bolosi lagi.Harapan kita sudah semakin tertutup dan masa semakin sempit.Akhirnya wisel di tiupkan dan kita gagal ke Final.Ranking Malaysia pasti akan turun lagi dan ini mengakibatkan pemain muda kita bakal kehilangan peluang untuk bermain di liga terbaik dunia di sebabkan Ranking negara bukan berada di 10 negara terbaik.kesian kan.
Antara RG dan OKS kawe masih kuat untuk menyokong OKS kerana dia begitu tegas dari segi pemilihan pemain dan mempunyai tektikal yang jelas kita dapat lihat.Kawe harap RG meletakkan jawatan dan memberi laluan kepada OKS untuk mengambil alih atau jurulatih dari 50 jurulatih terbaik dari luar.Kita bayar meraka mahal tak apa janji ranking kita semakin naik dan kita semakin di segani.RG LETAK JAWATAN!!!!!! anda telah memalukan Negara.Semoag Malaysia mendapat jurulatih batu untuk kelayakkan piala Asia 2013.Di jadualkan pada Febuari nanti.Pemain yang bermain selam di AFF adalah yang terpilih dan anda semua telah melakukan yang terbaik bagi diri anda namun perjuang anda amat negara hargai.Pamain tak salah tapi kesalahan kawe letakkan semua ini kepada RG.
HARIMAU MELAYA SELAMANYA DI HATI
No comments:
Post a Comment