16
Dis - Kelantan terikat jaringan 1-1 dalam pertemuan pertama menentang pasukan
Brunei DPMM dalam Kumpulan B saingan Piala Gabenor Aceh malam tadi di Stadium
Harapan Bangsa malam tadi.
Permainan separuh masa pertama lebih
didominasi pemain-pemain muda Brunei yang kerap melakukan percubaan untuk
menembusi gawang Kelantan. Kedudukan separuh masa kekal 0-0.
Gol pertama perlawanan dijaringkan oleh Brunei
melalui pemain tengahnya, Rocha, pada minit ke 66 separuh masa kedua. Walau
bagaimanapun, kedudukan tersebut tidak bertahan lama apabila Kelantan
menyamakan kedudukan hasil jaringan pemain import Dimitri Petratos pada minit
ke 75.
Kedudukan
1-1 yang kekal hingga ke wisel penamat menyaksikan Brunei dan Kelantan
berkongsi satu mata.
Kelantan
akan turun menentang pasukan Semen Padang pada 17 Disember jam 4 petang WIB.
Brunei tewas kepada Semen Padang 4-2 dalam perlawanan yang berlangsung pada 15
Disember.
Kesebelasan
utama pasukan Kelantan:
Shahrizan
(PG), Daudsu, Obinna, Lek Kcira, Zairul Fitree, Norfarhan, Nanthakumar, Piya,
Indra Putra, Dimitri Petratos, Keita Mandjou.
Simpanan:
Syazwan(PG),
Tuan Faim, Zamri Ramli, K.Izuan Rosli, Zairo Anuar Zailani, Izuan Solah dan
Harris Safwan Kamal
Petikan dari Theredworriors.com
Melihat pada kesebelasan utama yang di turunkan,nampaknya Bojan masih terus mencuba uji pemain import yang bakal di pertaruhkan untuk bermain di liga super bagi musim 2012.Tiada Live atau pun Live Streaming di Acheh.Cuma kita dapat update score sahaja dari Admin-2 TRW.INsyaallah dengan barisan yang ada kita bakal melihat perubahan demi perubahan bagi memastikan pasukan TRW terus mantap.Apa pun kita berharap TRW mampu memenangi Piala Gabenor Acheh ini bagi melengkapkan Piala yang sudah ada dalam gengaman.
GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment