Kota
Bharu: Penampilan sulung bintang muda dari Australia, Dimitri Petratos (gambar)
memukau penyokong The Red Warriors (TRW) apabila membantu skuad itu membenam
Perlis 5-0 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota
Bharu, kelmarin.
Kelincahannya
melegakan penyokong TRW yang kehilangan dua penyerang berbisa, Norshahrul Idlan
Talaha atau Mat Yo kerana berpindah ke Johor dan Mohamed Ghaddar yang enggan
memperbaharui kontrak.
Malah,
lebih 20,000 penyokong yang menyaksikan perlawanan itu menganggap kehebatan
Petratos di bahagian serangan mampu mengatasi kemampuan ‘Pemain Paling
Bernilai’ itu.
Timbalan
Presiden Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim (KELATE.NET), Mahizi
Mahmood, berkata kehadiran Petratos memberi nafas baru kepada penyokong TRW
apabila pemain berusia 20 tahun itu mempamer aksi memukau sekali gus memberi
gambaran pemain berkenaan mampu mengatasi Mat Yo dan Ghaddar.
“Tidak
pernah penyokong membanjiri stadium pada perlawanan persahabatan, namun kali
ini ramai yang hadir untuk melihat kehebatan pemain baru.
“Biarpun
dia (Petratos) pemain muda, namun kehebatannya mula mendapat kepercayaan
penyokong malah dia lebih baik daripada penyerang import yang diambil sebelum
ini apabila berjaya menjaringkan satu gol dalam perlawanan itu,” katanya ketika
dihubungi, semalam.
Petikan dari Klate.Net
Memang kawe sendir hadir di Stadium keramat TRW.Pada separuh masa pertama masih kedengaran nama Mat Yo dan Ghaddar kerana apa yang di pamirkan oleh Keita manjou yang di lihat perlahan dan gagal mengambil peluang untuk menjaringkan gol walaupun peluang keemasan berada di hadapan mata.Namun selepas masa kedua berlansung dan Bojan memasukkan Petratos ,nama Mat Yo terus lenyap dan Nama Ghaddar bagai sudah hilang dari memori kami.Penyokong TRW dengan penuh yakin kawe katakan...berdiri bulu roma sebab aksi yang di tunjukkan beliu.memang inilah citarasa Penyokong.Dia lincah setakat 2 atau 3 pemain tidak ada masalah baginya untuk melepasi dan cubaannya sentiasa on target.Rembatnya memang padu dan jika penjaga gol tidak berhati-hati dia boleh membuat kekesalan kepada penjaga gol.Sebagaimana kawe katakan sebelum ini Mat Yo + Ghaddar+KM = Petratos.Kepantasannya sukar di lihat dari mata jika jauh dari padang.Dia terlalu lincah.Speed nya dan pergerakkannya memang memukau kami.
Kawe yakin kalau prestasi yang di tunjukkan oleh Petratos dapat di kekalkan TRW bakal mempertahankan 3 Piala MSL dan 1 piala sumbangsih.4 piala semusim bakal menjadikan TRW team yang sentiasa meningkat.Cuba di AFC kalau kita berjaya mencapai peringkat suku akhir dan mungkin boleh ke Final.Peningkatan dan kemajuan sentiasa di dahagakan.Kami berdoa semoga kesebelasan dan tektikal baru untuk 2013 bakal menyajikan dan membuatkan TRW menjadi pasukan yang berjaya dan sentiasa cemerlang.Semoga kita berjaya menempuhi segala onak duri yang pastinya dan kita dapat atasinya dengan kematangan.Bukan Petratos sahaja malah semua pemain perlu memastikan ianya dapat di jayakan dengan cemerlang.
GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment