JURULATIH
Kelantan, Bojan Hodak yakin pasukannya akan menjulang Piala Malaysia edisi 2012
dengan mengatasi Angkatan Tentera
Malaysia (ATM) pada final, 20 Oktober ini.
Kejayaan
Kelantan menewaskan Selangor 3-0 secara agregat malam tadi, sekali gus
melayakkan pasukan dari pantai timur itu ke pentas akhir.
“Secara
statistik, kami merupakan pasukan yang terbaik dan di bahagian pertahanan masih
boleh ditingkatkan untuk aksi final nanti.
“Saya
berpuas hati dengan persembahan para pemain dan ini merupakan corak permainan
yang terbaik,” kata Bojan.
Berikutan
dua pemain Kelantan yang tidak akan beraksi di pentas akhir kerana dilayangkan
kad kuning iaitu Mohd Norfarhan dan Mohamed Mahmoud Ghaddar, ia dilihat akan
menjadi satu masalah besar.
“Dua
pemain kami Norfarhan dan Ghaddar tidak akan beraksi di final nanti, akan
menjadi satu masalah besar. Kedua-dua pemain ini mempunyai kualiti permainan
yang bagus di mana mereka sering menjaringkan gol untuk pasukan.
“Matlamat
kami untuk menang dan saya yakin kami mampu untuk melakukannya walaupun
ketiadaan dua tunjang utama pasukan,” katanya lagi.
Bojan
turut memuji kecekapan penjaga gol
Selangor, Norazlan Razali dalam aksi penentuan ke saingan akhir malam tadi.
“Selangor
mempunyai seorang penjaga gol yang bagus. Jika kita lihat, dia berjaya
menyelamatkan lebih tiga kali serangan dari Kelantan, yang saya fikir kami
boleh menjaringkan gol,” jelasnya.
Bojan
perlu menyusun strategi yang mantap untuk menentang ATM, yang merupakan juara Liga Perdana.
“ATM
merupakan satu pasukan yang kuat, mempunyai barisan pemain kebangsaan dan dua pemain import yang
hebat.
“Begitu
juga dengan jurulatihnya, dia sangat bagus tetapi saya yakin dengan pasukan
saya akan meraih kemenangan,” tambah Bojan.
Petikan dari Klate.Net
No comments:
Post a Comment