Tuesday, 2 October 2012

Taktikal Felda Sukarkan Kelantan

Pemain sayap Kelantan, Indra Putra (kanan) bersaing hebat dengan pemain pertahanan Felda United FC, Eddy Viator dalam pertemuan suku pertama kedua-dua pasukan di Stadium Hang Jebat, malam semalam. Bekas pemain kebangsaan berusia 31 tahun ini menjaringkan gol kemenangan Kelantan dalam perlawanan tersebut.



Dua gol di tempat lawan beri kelebihan, TRW yakin raih kemenangan di Kota Bharu

KOTA BHARU – Corak permainan bertahan yang dipamerkan barisan pemain Felda United FC terbukti berjaya menyekat penguasaan The Red Warriors untuk meraih lebih banyak jaringan dalam aksi pertemuan suku akhir pertama kempen Piala Malaysia di Stadium Hang Jebat, Melaka, malam semalam.

Memang itulah percaturan yang dilakukan oleh Felda United FC setiap kali berhadapan mana-mana pasukan yang kuat termasuk Kelantan, di mana mereka lebih gemar bermain secara bertahan dan menunggu pemain lawan melakukan kesilapan sebelum melakukan serangan balas pantas.

Pengurus Pasukan, Azman Ibrahim mengakui percaturan taktikal skuad bimbingan E Elavarasan sepanjang tempoh 90 minit perlawanan itu terbukti menjadi sehingga menyukarkan anak buahnya untuk menembusi benteng pertahanan mereka.

“Memang kita sudah jangka perkara ini akan berlaku. Itulah yang dilakukan oleh pemain Felda United FC setiap kali berhadapan dengan kita,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

“Malah permukaan padang yang disifatkan tidak sesuai juga membataskan corak permainan kita. Sebaliknya, pasukan lawan yang sudah biasa bermain di stadium ini menggunakan kelebihan tersebut.

“Namun saya gembira apabila kita berjaya memperoleh dua gol di sini (Melaka). Secara tidak langsung kita mempunyai kelebihan berdasarkan peraturan gol di tempat lawan. Saya harap tempoh 90 minit selepas ini, barisan pemain kita akan kembali beraksi lebih cemerlang di Kota Bharu nanti,” katanya.

Dalam perlawanan tersebut, Kelantan mencatatkan kemenangan 2-1 menerusi jaringan Mohd Nurul Azwan Roya dan Indra Putra Mahayuddin pada m-56 dan 74 sebelum pemain Felda United FC, Khairan Eruan Razali merapatkan kedudukan empat minit kemudian.

Mengulas mengenai aksi timbal balas di Kota Bharu malam esok, Azman optimis barisan pemain Bojan Hodak itu mampu menyekat kebangkitan pasukan yang terkenal dengan jolokan ‘The Seetlers’ sekali gus mencipta kemenangan dan mengekalkan rekod tanpa kalah beraksi di gelanggang keramat itu.

Dalam pada itu, Azman turut menyifatkan persembahan turun naik penyerang import sensasi, Mohamad Ghaddar tidak menggusarkan pihak pengurusan meski pun Kelantan dilihat begitu terdesak untuk menggunakan khidmat pemain kebangsaan Lubnan itu.

“Kita kena beri masa kepada Mohamad Ghaddar. Kita tahu dia masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan pahanya. Jadi dia masih mencari rentak sebenar dan kita harap dalam satu atau dua perlawanan lagi akan kembali ke prestasi kemuncaknya,” katanya.

Petikan dari Klate.Net


Aksi separuh masa menunjukkan kita ada sedikit masalah di bahagian serangan kerana tektikal Felda lebih bersedia bagi mengekang asakakan dari kita.Yang jelas adalah prestasi Afiq yang di lihat sedikit menurun selepas aksi AFC.Gol pertama Kelantan di jaringkan oleh Nurul Azwan Roya yang datang dan merembat bola yang memang laju dan sukar untuk di lakukukan apa-apa dari penjaga gol lawan.Manakala gol kedua Kelantan di jaringkan hasil kesilapan penjaga gol Felda yang menrjah rakan sendiri dan memudahkan Indra menjaringkan gol.Piya di lihat sukar untuk mengatur pergerakkan bahagian tengah kita tetapi sekali sekala membuat hantaran baik kepada rakan.Ghaddar pula di lihat sukar untuk menembusi pertahanan lawan selepas 3 pemain felda mengawalnya.
  Apa pu aksi kedua pasti akanmenyemarakkan semangat penyokong untuk hadir ke stadium bagi memberi semangat kepada pasukan kita.Sejarah lepas telah membuktikan yang kita GAGAH di SSMIV.Kelantan Home Ground.....be aware!!!!!!! coz this ground always give us Smile and happiness.  

GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!!

 

No comments:

Post a Comment