KOTA
BHARU – Kelantan membawa bekalan tipis tetapi cukup berharga ke Stadium Shah
Alam, Jumaat depan selepas menewaskan Selangor 1-0 pada pertemuan separuh akhir
pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, semalam.
Perlawanan
yang dicemari dengan beberapa insiden kekasaran itu turut menyaksikan Red
Giants terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas tonggak pertahanan, Nasriq
Baharom dilayangkan kad merah pada minit ke-64.
Meskipun
berdepan dengan sorakan padu kira-kira 25,000 penyokong tuan rumah, Selangor
berpeluang mendapatkan gol pendahuluan seawal minit kelima, namun Bosko Balaban
merembat bola melepasi palang gol.
Giliran
tuan rumah cuba menghasilkan gol pada minit ke-16 melalui larian solo Mohd.
Ghaddar, namun percubaannya tersasar ke sebelah kiri gawang.
Permainan
agak seimbang selepas itu dengan kedua-dua pasukan berbalas serangan, namun
tiada percubaan tepat daripada mana-mana pemain sehingga tamat babak pertama.
Sebaik
sahaja perlawanan babak kedua bermula, tuan rumah lebih agresif dengan serangan
yang lebih kemas dan gol yang dicari The Red Warriors akhirnya menjelma pada
minit ke-62 menerusi pemain tengah, Mohd. Nor Farhan Mohamad.
Farhan
mudah memperdayakan pertahanan pelawat sebelum merembat kencang ke sudut
gawang.
Gol
tersebut dianggap ‘hadiah’ gara-gara kesilapan pemain sayap pelawat, Syazwan
Fitri yang kehilangan bola meskipun dia tidak diasak.
Dua
minit selepas itu, Selangor terus ditimpa malang selepas pengadil perlawanan,
Mohd. Yusof Mat Karim melayangkan kad merah kepada Nasriq yang melakukan
terjahan keras kaki kiri yang hinggap di lutut kanan Nurul Azwan Roya.
Kelebihan
tersebut digunakan sepenuhnya untuk Kelantan melancarkan serangan balas yang bertali
arus, namun kecekapan penjaga gol Selangor, Norazlan Razali berjaya menafikan
serangan tuan rumah.
Selangor
turut berpeluang mencari gol penyamaan menerusi kapten pasukan, Safiq Rahim,
namun menyaksikan bola tersasar.
Petikan Dari Klate.Net
Pemain Kelantan telah menerima Bayaran intensif RM 125 000 dan tambahan 200 000 lagi jika layak ke Final.Duit bukan ukuran tetapi watak juara yang kami mahukan.Kelantan hanya perlu baiki Bahagian serangan yang mana kurang tajam tetapi kita tidak menumpukan pada Striker semata-mata kerana pemain lain mampu menjaringkan gol.
Ayuh Worriorku!!!!!! kumpulkan semangat,kuatkan azam kita bakal mencipta sejarah buat negeri Kelantan.Jika di Izinkan Allah S.W.T kita kan mencipta Tribles bagi tahun 2012.Tahun paling gemilang dalam sejarah bolasepak Kelantan.
GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment