KELANTAN
cukup optimis untuk melangkah ke pusingan separuh akhir kempen Piala Malaysia
2012.
Malam
ini, mereka bakal melayan kunjungan Felda United pada aksi suku akhir kedua di
Kota Bharu.
Selepas
berjaya memperoleh kelebihan dua gol di gelanggang lawan, di atas kertas
Kelantan sudah pastinya berdepan tekanan hebat untuk menjadi pasukan pilihan
mara ke pusingan seterusnya.
Malah,
saingan daripada Felda United juga seharusnya tidak boleh dipandang mudah
terutama apabila anak-anak buah E. Elavarasan mempamerkan aksi mantap dan telah
banyak kali Felda United membuktikan mereka adalah pasukan berstatus kelab yang
berada dalam kelas tersendiri.
Bagaimanapun,
hakikat tersebut pantas disedari oleh pengendali Kelantan, Bojan Hodak yang
sudah merasakan bahawa cabaran yang bakal dihadapi pasukannya malam ini
pastinya cukup sengit.
“Kita
mempunyai segala kelebihan, beraksi di laman sendiri selain reputasi semasa
sudah pastinya menjadikan kita pasukan pilihan berbanding Felda United yang
beraksi tanpa tekanan.
“Saya
fikir gol awal akan membantu memudahkan tugas kita melangkah ke separuh akhir.
Sudah tentu ia akan menjarakkan kedudukan dan memberi tekanan kepada Felda
United.
“Tetapi
ia bukan tugas yang mudah kerana mereka (Felda United) juga akan turun
habis-habisan untuk mencari kemenangan,” katanya di Kota Bharu semalam.
Tambahnya,
beliau menjangkakan Felda United yang tewas 1-2 dalam perlawanan minggu lalu
akan turun dengan taktik bertahan dan memburu gol melalui serangan pantas yang
sudah tentunya menyukarkan jentera hadapan dan benteng pertahanan The Red
Warriors.
Katanya,
mungkin sokongan daripada para peminat mampu memberi tonik tambahan kepada para
pemain Kelantan.
“Mungkin
sembilan atau 10 pemain mereka akan berkampung di kawasan pertahanan dan saya
harap kita tidak melakukan kesilapan dan terlalu ghairah memburu gol sehingga
menyebabkan kita terperangkap.”
Jelasnya,
dua gol melalui aksi di gelanggang lawan sudah memberi kelebihan namun beliau
tidak mahu anak-anak buahnya berpuas hati dengan keputusan tersebut. Hodak mahu
Kelantan melangkah dengan penuh bergaya dengan jumlah jaringan yang lebih
besar.
Mengulas
mengenai kemungkinan berlaku beberapa rombakan yang akan dilakukannya, Hodak
menjawab “Saya akan lakukan perubahan satu atau dua pemain tetapi saya belum
fikir tentang rombakan tersebut lagi, mungkin saya akan tengok dalam sesi
latihan petang ini (semalam).
“Muhammad
Ghaddar masih berada di bangku simpanan. Saya bersedia menurunkan dia pada
babak kedua. Saya yakin kita boleh menewaskan Felda United malam esok (malam
ini). Dengan stadium penuh dan sokongan peminat, kita boleh menewaskan Felda
United untuk ke separuh akhir,” jelasnya.
Petikan dari Klate.Net
THIS IS KOTA BHARU!!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment