Norfarhan anggap aksi 90 minit separuh akhir kedua bermula dengan kedudukan 0-0 |
Jaringan awal Jumaat
ini penentu tiket ke final
Kota
Bharu: Penjaring gol kemenangan Kelantan, Norfarhan Mohammad berjanji akan cuba
merobek sekali lagi gawang Selangor bagi membantu The Red Warriors mendapat
jaringan awal dalam perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Shah Alam, Jumaat
ini.
Pemain
sayap berusia 28 tahun itu menegaskan jaringan awal dalam perlawanan itu amat
penting bagi mengukuhkan kedudukan pasukan sekali gus memberi tekanan berganda
kepada barisan Red Giants.
“Saya
percaya jika kami dapat jaringan awal, ia akan membuatkan Selangor tambah
tertekan. Jadi, kami akan buru jaringan awal dalam perlawanan itu dan saya
berharap dapat menjaringkan gol lagi,” kata pemain kelahiran Terengganu itu.
Jaringan
Norfarhan pada minit ke-61 menjadi pemisah antara kedua-dua pasukan dalam
perlawanan suku akhir pertama di Kota Bharu, Sabtu lalu.
Kedudukan
masih 0-0
Norfarhan
juga mengingatkan rakan sepasukan melupakan segera kemenangan tipis 1-0 itu,
sebaliknya menganggap aksi 90 minit separuh akhir kedua baru bermula dengan
kedudukan kedua-dua pasukan terikat 0-0.
Norfarhan
berkata, dia tidak mahu rakan sepasukan selesa dengan kedudukan itu hingga
mengakibatkan mereka leka sekali gus dihukum Red Giants.
“Saya
harap rakan sepasukan yang lain dapat bermain dengan penuh semangat seperti
diperagakan dalam perlawanan separuh akhir pertama di Kota Bharu bagi
memastikan The Red Warriors layak ke final tahun ini.
“Walaupun
bekalan satu gol bukan jaminan selesa namun sedikit sebanyak saya akui ia mampu
menjadi penyuntik semangat buat kami beraksi dengan lebih yakin sekali gus
memburu tempat ke pentas akhir.
“Biarpun
sedar Selangor mempunyai kelebihan bermain di depan penyokong sendiri, namun
saya yakin dengan semangat yang ada kami mampu membenam lawan di Shah Alam
nanti,” katanya. – www.bharian.com.my
Petikan dari Klate.Net
Untuk memeberikan tekanan kepada Selangor kita memang perlu menjaringkan gol awal dan menyekat keegoan Irfan Bakti.Kelantan jika berjaya menjaringkan gol awal maknanya pintu ke Final sudah terbentang luas.Kedudukan sekarang dengan advantage tanpa bolos sudah menjadikan 2-0.Kawan Abah Kawe Mr Lokman kata kita akan tewas dengan 2-1 tapi kawe optimis Kita boleh menang dengan 3 jaringan.Insyaallah ..Bersam-samalah kita berdoa dan bersolat hajat agar kita di permudahkan ke Final dan seterusnya mencipta Trebles buat sejarah pertama kalinya bagi negeri Kelantan Darul Naim
Apa pun kita masih ada baki 90 minit.Ayuh Worriors ku..kita Gegarkan Shah Alam dengan semangat dan tekad serta Keizinan Allah kita pasti akan berjaya.Susun Barisan kita dan rapatkan Saff kita menuju ke kejayaan.
GO FOR MORE!!!!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment