JURULATIH
Selangor, Irfan Bakti menasihatkan Kelantan – pasukan bimbingan Bojan Hodak,
tidak memasang angan-angan boleh menempah tiket ke final Piala Malaysia musim
ini.
Ketika
dihubungi hari ini, beliau berkata, kemenangan Kelantan pada perlawanan
pusingan pertama kelmarin tidak menjamin pasukan itu boleh mara ke final.
“Janganlah
mereka bermimpi di siang hari untuk mara ke final.
“Perlawanan
belum berakhir, dan apa yang boleh saya katakan mereka tidak boleh terlalu
yakin kerana Selangor bersedia untuk memastikan mereka tersingkir di tempat
lawan,” kata Irfan kepada Sinar Harian Online, hari ini.
Beliau
berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keyakinan Kelantan untuk mara
ke final setelah memperoleh kelebihan satu gol dalam aksi separuh akhir pertama
di Kota Bharu.
Dalam
pada itu, ketika ditanya peluang pasukannya yang dilihat semakin samar, Irfan
bagaimanapun tetap bersikap realistik dan yakin The Red Giants masih berpeluang
melangkah ke final.
“Harus
diingat masih ada 90 minit lagi, bermain di Shah Alam.
“Kami
akan cuba melakukan yang terbaik demi pasukan kerana misi perjuangan Piala
Malaysia masih belum tamat.
“Dan
saya akan ubah corak permainan dengan lebih tersusun serta membuat sesuatu
untuk ke final,” kata beliau lagi.
Perlawanan
pusingan kedua separuh akan berlangsung Khamis dan Jumaat ini.
Sementara
Selangor terima kunjungan Kelantan, Angkatan Tentera Malaysia bertemu dengan
Lions XII. – www.sinarharian.com.my
Petikan Dari Klate.Net
Cakaplah gajah rimau pun...Setakat raksasa merah kami apa takut.The Reds Worriors pasti akan menembusi Benteng selangor.1 gol sudah selangkah ke Final dan jika 2 gol kita dan tentu ke Stadium Nasional Bukit jalil.Jika Irfan ada strategi dan kita pasti dan yakin Bojan juga ada resipi kejuaraan.Kita tengok siapa yang kena.Shah Alam sudah ada sejarah Kelantan kenduri Gol dengan 1-5.Adakah sejarah bakal Berulang? Nanti kan jumaat ini jam 8.45 malam.Malam penentuan bagi siapa yang bakal ke Final.
GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment