Dengan Lafaz Bismillah,
Kawe memulakan posting hari ini.Tujuan sebenarnya hari ini tiada apa lagi yang hendak di perkatakan selain dari Perlawanan dengan QPR.Ini pun satu dari sejarah Kelantan.Permulaan tahun 2012 Kelantan sepatutunya sudah dapat mengapai Piala Sumbangsih tapi misi kita di tewaskan oleh Negeri Sembilan di Bukit Jalil.Selepas itu Ketua Jurulatih Kelantan pula meninggalkan kita,Peter James Butler.Kita di lihat agak sukar bila Butler meninggalkan kita tapi dengan tindakkan pantas pengurusan Bojan Hodak di lantik untuk mengetuai Jurulatih Worriors.
Kita bermula baik dalam liga dengan keputusan Menang dan seri tapi akhir saingan dengan Selanggor kita tewas.1 kali tewas pada pusingan pertama.Di AFC pula kita merancang dengan baik.Pemain Import pula sudah mula menunjukkan seserasian.Kelantan menewaskan Terengganu dengan 3-2 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV untuk mara ke Pusingan suku akhir Piala AFC.
Kita juga di kejutkan dengan Hukuman 2 tahun 6 bulan kepada Bapa Bolasepak Kelantan Tan Sri Anuar Musa.Namun dengan kebijaksanaan TSAM kini beliu sebagai penasihat KAFA dan masih boleh untuk berada dalam pengurusan dan tindakkannya TSAM melawan FAM di mahkamah satu tindakkan bijak.
Kelantan berjaya memiliki Piala Fa 2012 setelah kali keempat kita mencubanya.Atas permaianan dan tektikal kita berjaya menumbangkan Sime Darby 1-0 jaringan pemain import kita Mohammad Ghaddar.Kejayaan ini membuka mata semua pihak bahawa Kelantan semakin liat untuk di tumpaskan.Kejayaan ini mencapai matlamat antara 4 piala dan satu kita gagal dan satu kita berjaya.
Pada 7 July 2012 Kelantan telah di sahkan Juara Liga 2012 dan setelah di rayu dari FAM,Piala di sampaikan juga pada 14 July 2012 di Stadium Keramat kita Stadium Sultan Muhammad ke-IV.Dan Piala liga Super kita hanya tewas 2 perlawanan di tangan selangor dan Felda United.Satu pencapaian yang baik walaupun kita mensasarkan tidak tewas dalam liga Super.
Sejarah bakal di cipta lagi,Apabila QPR telah bersetuju untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan kita pada 20 July 2012 di Stadium Shah Alam,Mungkin ada baiknya jika di buat di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV namun kelengkapan kita di SSMIV tidak menepati citarasa Antarabangsa termasuk kemudahan yang perlu di adakan.Tapi tak pa lah FORTRESS sedang di bina menepati kemudahan antarabangsa.Jangan risau bila dah siap nanti Barcelona pun akan datang ke Kelantan.
Setakat July 2012 Kelantan sudah berjaya mendapatkan 2 piala dari 4 piala di Malaysia dan Kita mempunya 1 piala AFC dan masih berpeluang untuk mengapainya jika tektikal dan persiapan pasukan berjalan dengan baik.Dan ada ura-ura mengatakan Kelantan bakal bertemu dengan Lions XII bagi Piala Malaysia 2012 di Final..Benar atau tidak ramalan ini ,kita bakal saksikannya nanti.Insyaallah dengan pasukan yang ada sekarang ini semuanya berkemungkinan dan jika diizinkan Allah ,Insyaallah kita Akan berjaya.
Apa pun,Kejayaan Kelantan sebenarnya berada dalam tangan Anak Kelantan Sendiri.Penyokong Kelantan tiada siapa mahu pertikaikan lagi.Memang hebat dan mengkagumkan.Stadium sentiasa penuh dan kemana sahaja Kelantan bermain The 12th Worriors pasti akan berdiri teguh di belakang.Semoga berjaya di AFC dan Piala Malaysia 2012
GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment