Sunday, 3 June 2012

Annuar terus 'serang', mahu FAM berubah

TIMBALAN Presiden Persatuan bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa, yang kini digantung dua setengah tahun, meneruskan 'serangan' dengan mendakwa, mustahil dunia bola sepak tempatan tiada kemajuan berdasarkan sumbangan dan tajaan tahunan bernilai RM50 juta diperoleh oleh badan induk itu.

"Hampir RM50 juta setahun sumbangan kerajaan diberikan kepada persatuan FAM, terlalu banyak prasarana yang berkualiti di Malaysia.

"Mustahil dunia bola sepak kita tidak boleh maju atau adakah kita benar-benar mahu melihat dunia bola sepak Malaysia maju?" soal Annuar dalam reaksinya yang dipetik dari laman sosial Facebooknya.

Kenyataan Annuar berikutan kegagalan anak didik Datuk K. Rajagobal untuk melakar kemenangan apabila hanya terikat seri tanpa jaringan dalam pertemuan persahabatan dengan Filipina di Stadium Shah Alam, semalam.

Malah pada perlawanan semalam, turut menunjukkan beberapa kelemahan timbul khususnya di barisan serangan skuad Harimau Malaya.

Biarpun memiliki deretan peluang terbaik sepanjang 90 minit perlawanan berlangsung, jentera serangan Harimau Malaya yang diterajui dua penggempur berbisa, Safee Ali dan Norsahhrul Idlan Tahala gagal merobek gawang Filipina.

Annuar yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan turut mempertikaikan dimana peranan "anggota kepimpinan dalam memantau prestasi dan gerak kerja persatuan FAM?"

"Di mana 'blueprint' kita? Apa kerja pemimpin persatuan kita dan cara mereka menguruskan organisasi ini.

"Dan bagaimana cara mereka belanjakan wang tajaan yang diberikan oleh kerajaan? tambah Annuar sambil berharap persatuan FAM akan berubah demi masa depan dunia bola sepak Malaysia.

"Mereka harus berubah sekiranya mahu berjaya. Lagipun duit yang bernilai RM40 hingga 50 juta setahun bukanlah jumlah yang sedikit. Mereka haruslah menggunakan sumbangan itu dengan sebaik mungkin," kata Annuar lagi. 


Petikan dari TRW FM Bulettin
 
Baik kita perhatikan apa yang TS katakan selepas Malaysia seri 0-0
 
Spore vs Msia 8 ogos dan 12 ogos...HARAP JANGAN ADA MATCH FIXING SUDAH LAA...GERUN MENGINGATI STATEMENT PEGAWAI FIFA DULU
 Tan Sri Annuar Musa
Msia(ranking 154) 0-philippines(ranking 146)0...he he "RANKING TAK PENTING".."SAYA TAU PEMAIN SAYA"..
 Tan Sri Annuar Musa
Saya tak pandai...tapi tertanya tanya jugak KENAPA TOP TWO TEAM LIGA SUPER DAN AFC CUMA DIWAKILI SEORANG PEMAIN DLM FIRST ELEVEN TAPI SATU TEAM LIGA PERDANA ADA SAMPAI 3 orang DLM 1st eleven..SOME PLAYERS YG MAIN DLM TEAM LIGA TAK SAH DAN JARANG BERAKSI TERNYATA TERCUNGAP CUNGAP TP TETAP DITURUNKAN..national team(senior)must be represented BY THE BEST CURRENT players...BASED SOLELY ON CURRENT FORM...itulah amalan seluruh dunia...!!
 
Saya tau perancangan menyekat saya bermula seawal saya dicalunkan sbg timbalan presiden FAM..saya tau urusetia tidak pernah NEUTRAL malah mereka pernah buat pengakuan pd saya bahawa mereka terpaksa!..ramai yg tidak tahu bagaimana sy di layan sejak saya buat kejutan dgn MEMENANGI JAWATAN TIMBALAN walau pihak lain cuba BERKONSPIRASI..RAMAI YG TIDAK TAU SY DILAYAN MCM BUDAK2..RAMAI YG TIDAK TAHU SY TIADA OFIS,TIADA KERUSI ATAU MEJA DI WISMA FAM YG SERBA MEWAH BG BEBERAPA ORANG TERTENTU..RAMAI YG TIDAK TAHU BAGAIMANA MINIT MRAT SERING DIPINDA DARI APA YG DIPUTUSKAN..RAMAI YG TIDAK TAHU BEBERAPA KEPUTUSAN EXCO DI VETO DI LUAR MRAT..RAMAI TIDAK TAHU AHLI EXCO TIDAK DILAYAN URUSETIA KECUALI SEKERAT DUA SAJA..RAMAI YG TIDAK TAU SELEPAS SAYA DAN CEO MSL SELESAI DAPATKAN TAJAAN RM120j saya dan stuart mula dihimpit pelbagai tekanan dan halangan utk berfungsi..ramai tidak tau apabila BEBERAPA PEMBAHARUAN DAN PENJIMATAN NAK DIBUAT DAN MENJEJASKAN COMFORT DAN BENEFIT PIHAK TERTENTU MAKA CONSPIRASI PUN BERMULA UTK MELINDUNGINYA..PENGGANTUNGAN SAYA ADALAH PERKARA YG DIARAH DAN DIRANCANG..SAYA AKAN BUKTIKAN..mereka menutup semua pintu diplomasi dan perbincangan bersemuka..TIDAK MENGAPA..KERANA ITU MEMPERCEPAT TERBUKANYA PINTU MAHKAMAH..SAYA TAU SY KESEORANGAN TAPI SY BERIKRAR SY BERSEDIA HILANG SEMUA KEDUDUKAN DLM BOLASEPAK MSIA TETAPI SEGALA YG BERLAKU DAN UJUD AKAN SAYA KETENGAHKAN WITHOUT ANY FEAR..BILA MEREKA MENOLAK SAYA KELUAR MAKA HALALLAH PENENTANGAN SAYA DARI LUAR PULA...INSYAALLAH MINGGU DEPAN SAYA AKAN BUAT SATU KENYATAAN PENTING...
 
 Tan Sri Annuar Musa
PERAK MEMBUAT USUL PINDA STATUT..BEGITU JUGA PERLIS..tapi semua ditolak kononnya kerana tiada DUA SOKONGAN YG DIPERLUKAN..bagaimana nak ada sokongan KALAU CADANGAN PERAK DAN PERLIS TAK DIEDAR DULU PADA AHLI YG LAIN??JELAS SENGAJA MENCARI SALAH UTK MENOLAK..PENANG,KELANTAN DAN BEBERAPA AHLI LAIN TAU HAL YG BERLAKU..SEMUA INI AKAN KITA LALUI..JGN LUPA STATUT FAM DAN FIFA MEMBERI AHLI KUASA MEMANGGIL KONGRESS LUAR BIASA..NEGERI DAN GABUNGAN PASTI AKAN BANGKIT..DGN SYARAT ISU DIJELASKAN PADA MEREKA..kingress adalah kuasa tertinggi dan IA TERLETAK PADA PERWAKILAN..PRESIDEN DAN EXCO TIADA KUASA MENGUNDI DALAM KONGRESS..SEKARANG TERPULANG PD NEGERI MENCORAKKAN FAM..BUKAN PRESIDEN DAN EXCO SEBENARNYA...SELAMA INI NEGERI TERLALU MEMBIARKAN SAJA..RASANYA CUKUPLAH...MARI KITA BINCANG SECARA TERBUKA HAL PERSATUAN KITA..JIKA TIDAK KITALAH YG PATUT DISALAHKAN..
 
Buat masa ini TIADA UNDANG UNDANG UTK MENYEKAT HAK BERSUARA DLM FB ATAU TWITTER..OLEH KERANA MEREKA MEMILIH UTK MENYEKAT SEMUA VENUE LAIN MAKA JGN SALAHKAN SAYA JIKA AKHIRNYA MEDIA BARU JADI PILIHAN SAYA..saya mau tegaskan SAYA TIDAK MENGIZINKAN SESIAPA MEMETIK POSTING FB SAYA UTK TUJUAN AKHBAR..mereka yg buat ADALAH ATAS TANGGONGJAWAB MEREKA SENDIRI..posting saya hanya UTK KAWAN FB SAYA SAJA..DAN BUAT MASA INI IA TIDAK BERCANGGAH DGN MANA MANA BHG DLM STATUT FAM
 
Sejak hukuman dijatuhkan saya berdiam diri tanpa bahasan KERANA MENGHORMATI KENYATAAN DYTM TM PAHANG YG MAU MEDIATE SECARA KELUARGA FAM DAN IN THE INTEREST OF FOOTBALL..LALU SAYA BERUTUS WARKAH KEPADA PRESIDEN DAN MENUNGGU MRAT EXCO...SETELAH EXCO BERMESYUARAT MINGGU LALU DAN SAYA SUDAH MENDAPAT GAMBARAN PENDIRIAN FAM DLM HAL INI MAKA SAYA TIADA PILIHAN LAIN KECUALI MENGAMBIL LANGKAH BERASASKAN OPTION YG ADA PADA SAYA..FAM MUNKIN BOLEH MENAFIKAN SEGALA RUANG SEKALI GUS DAN MENUTUP RAPAT RUANG BERBINCANG...TAPI PERCAYALAH..DINEGARA YG ADA KELUHURAN UNDANG2 dan PERLEMBAGAAN MEREKA TIDAK BOLEH MENGUNCI SEMUA PINTU KEADILAN.."YOU CAN VICTIMISE SOME PEOPLE SOME TIME,YOU CAN VICTIMISE SOME PEOPLE ALL THE TIME...BUT YOU CANNOT VICTIMISE ALL THE PEOPLE ALL THE TIME...."
 
 
Utk anda yg ingin mengikuti PERKEMBANGAN MENARIK BERKATAN "THE RUNNING OF MALAYSIAN FOOTBALL-A REVEALATION!!"dijemput utk "LIKE"page saya....insyaallah anda akan dapat pengetahuan dan memahami perjalanan sebuah persatuan bola di sebalik segala tabir dan pagarnya..UTK PENGETAHUAN SAJA DAN BUKAN UTK SIARAN AKHBAR..
 
FAKTA....JUMLAH TIKET DIJUAL SEMPENA TRW VS SDFC DI FINAL FA CUP IALAH 87,000....JUMLAH KEHADHIRAN DI SNBJ MELEBIHI 90,000...PENYOKONG KELANTAN DIJANGKA 80,000...JUMLAH KUTIPAN OLEH FAM RM3,480,000..(RINGGIT MSIA TIGA JUTA EMPAT RATUS LAPAN PULUH RIBU)....sumber?...SAHIH...

No comments:

Post a Comment