Monday, 18 June 2012

Liga Super : Hambar, tapi Menang - Kelantan 2, Kedah 1

MELIHAT jurulatih pasukan, Bojan Hodak tidak senang duduk semasa perlawanan bagai menyatakan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan permainan pasukan ketika menentang Kedah malam tadi.

Baik di hadapan, di tengah mahupun di bahagian pertahanan, seolah-olah ada kelonggaran persefahaman di kalangan pemain. Selepas berehat hampir tiga minggu, perlawanan liga super semalam seperti satu lagi perlawanan "persahabatan", yang gagal menampakkan taring pasukan.

Tiada perubahan taktikal yang dibawa oleh Bojan Hodak, dan pada pendapat saya itu adalah pilihan yang terbaik. Bojan perlu menilai kembali prestasi pemain ketika perlawanan setelah lima daripada mereka tidak bersama-sama pasukan Kelantan kerana terlibat dengan persediaan dan perlawanan persahabatan pasukan negara.

Perbezaan cara kendalian latihan di peringkat pasukan dan kebangsaan telah memberi kesan kepada corak permainan pasukan. Kenapa tidak? Bojan melatih pemain untuk beraksi dan memberi yang terbaik ketika perlawanan, tetapi di kem latihan pusat, pemain-pemain Kelantan dilatih hanya untuk memanaskan bangku simpanan, atau setidak-tidaknya beraksi "10 minit".

Mereka yang terlibat dengan pasukan Harimau Malaya dan Ghaddar yang baru-baru ini pulang untuk membantu pasukan kebangsaan Lubnan, perlu kembali menyesuaikan diri dengan cara permainan The Red Warriors, dan Bojan tidak punya ruang masa yang lama untuk "memperbaiki kerosakan" berkenaan, kerana setiap pertemuan liga super dalam bulan ini adalah penting untuk pasukan mencipta kemenangan.

Kelantan akan bertemu Kuala Lumpur (19.6), Sabah (23.6), Terengganu (26.6) dan Selangor (29.6) untuk aksi-aksi liga super di bulan Jun, dan setiap pertemuan tersebut perlu dilihat sebagai "perlawanan akhir" jika Kelantan mahu mecipta kejuaraan Liga lebih awal untuk musim ini.


Pemain pertahanan Kelantan, Obinna Nwaneri, menjalani pemeriksaan dan penilaian di MSN hari ini. Nor Shahrul Idlan pula cedera ketika beraksi bersama Harimau Malaya. 

Sama ada mereka dapat diturunkan pada perlawanan pada hari Selasa menentang Kuala Lumpur akan diputuskan oleh Bojan Hodak setelah mendapat lapuran daripada jurulatih kecergasan pasukan, Rueben Jude Balraj.
 
Tanpa memperkecilkan pasukan lawan, Bojan tetap menganggap Kedah sebagai pasukan yang kuat tetapi kurang bernasib baik dalam saingan musim tahun ini.

Menurut Bojan, walaupun corak permainan pasukan agak hambar dengan beberapa kesilapan yang ketara dilakukan oleh pemain, yang penting pada beliau, Kelantan berjaya menewaskan lawan.

Mendengar komen dan perancangan oleh Bojan Hodak semasa berbual bersama beliau selepas tamat perlawanan semalam, saya percaya persembahan pasukan akan lebih baik pada perlawanan selepas ini. 

- Amierul Hisham
 
 
DiPetik dari TRWFM Bulettin
 
Alhamdullilah Besyukur kita ke hadrat Ilahi dengan mengizinkan 3 mata untuk Kelantan malam tadi.Kita memerlukan kemenangan 3 mata untuk bagi 5 lagi perlawanan jika kita mahu mengekalkan Piala Liga Super berada di negeri Kelantan.Piala FA kita sudah berjaya dan sekarang ni kita tengah berusaha mengekalkan kejuaraan Liga Super.Memang Jika di lihat dari prestasi semalam.Agak membimbangkan kita kerana corak permainan kita hambar.Sehinggakan jurulatih kita sendiri tidak senang duduk.Kawe harapkan tiada sesuatu masalah dalam team kita.
 
 

No comments:

Post a Comment