TERENGGANU 2
Abdul Hadi Yahaya (m-40)
Mohamad Muslim Ahmad (m-50)
Abdul Hadi Yahaya (m-40)
Mohamad Muslim Ahmad (m-50)
KELANTAN 2
Mohd Norfarhan Muhammad (m-6)
Mohd Badhri Radzi (m-20)
Mohd Norfarhan Muhammad (m-6)
Mohd Badhri Radzi (m-20)
KUALA
TERENGGANU – The Red Warriors gagal membawa pulang tiga mata setelah
terikat seri 2-2 dengan Terengganu dalam aksi perlawanan Liga Super yang
berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu
malam tadi.
Meski pun selesa
mendahului 2-0 pada suatu ketika namun Kelantan gagal mempertahankan
kelebihan tersebut apabila membenarkan Terengganu bangkit menyamakan
kedudukan untuk memaksa kedua-dua pasukan berkongsi mata dalam pertemuan
sengit negeri berjiran itu.
Keputusan
seri tersebut menyaksikan Kelantan meraih 48 mata, dua mata di belakang
pendahulu liga, Lions XII yang masih kekal dengan 50 mata setelah tidak
beraksi dalam saingan liga malam tadi.
Kelantan yang melakukan sepak mula berjaya menjaringkan gol pertama seawal minit keenam perlawanan.
Kelekaan
benteng pertahanan pasukan tuan rumah mengundang padah apabila Mohd
Norfarhan Muhammad memanfaatkan umpanan Mohammad Ghaddar dengan merembat
kencang melepasi jangkuan penjaga gol, Mohd Sharmiza Yusoff.
Norshahrul
Idlan Talaha hampir menggandakan jaringan untuk Kelantan pada m-15
perlawanan namun rembatannya hanya melintasi pintu gol Terengganu meski
pun Mohd Sharmiza sudah tertewas di posisinya.
Pasukan
tuan rumah yang tersentak dengan jaringan awal Kelantan walaubagaimana
pun kembali melancarkan serangan namun rembatan kencang Abdul Manaf
Mamat hasil umpanan Francis Forkey Doe ditepis keluar Khairul Fahmi Che
Mat dua minit kemudian.
Namun gawang
gol Terengganu bolos buat kali kedua lima minit kemudian. Sepakan
percuma lencong oleh Ketua Pasukan, Mohd Badhri Radzi terus menerjah
jaring gagal diselamatkan Mohd Sharmiza.
Anak
buah Bojan Hodak terus mengganas untuk menambahkan jaringan kali ini
menerusi gerakan solo Mohammad Ghaddar memperdayakan bek kanan
Terengganu, Mazlizam Mohamad namun hantaran lintangnya gagal disambar
rakan sepasukan lain pada m-24 perlawanan.
Ketinggalan
0-2 tidak mematahkan semangat anak buah Peter Butler untuk memberi
saingan kepada Kelantan. Hasilnya dua peluang terbaik dimiliki mereka
dalam tempoh lima minit namun rembatan Mohamad Ashari Samsuddin pada
m-27 dan tandukkan Abdul Manaf pada m-32 perlawanan tersasar daripada
pintu gol Kelantan.
Malah kalau tidak
kerana ketangkasan Khairul Fahmi di pintu gol Kelantan, sudah pasti
percubaan Abdul Manaf seminit kemudian menghasilkan jaringan untuk
pasukannya. Rembatan kencangnya dari luar kotak penalti ditepis keluar
penjaga gol kebangsaan itu.
Namun
usaha keras Terengganu akhirnya membuahkan hasil apabila penyerangnya,
Abdul Hadi Yahaya memanfaatkan situasi kelam-kabut hasil di depan pintu
gol Kelantan dengan menolak masuk menewaskan Khairul Fahmi untuk gol
pertama mereka pada m-40 perlawanan.
Pasukan
tuan rumah bermula garang sebaik sahaja babak kedua bersambung.
Hasilnya mereka tidak perlu menunggu terlalu lama apabila menyamakan
kedudukan pada m-50 perlawanan.
Bekas
pemain Harimau Muda, Mohamad Muslim Ahmad menjadi inspirasi kebangkitan
skuad Peteh apabila melonjak tinggi untuk menanduk masuk menewaskan
Khairul Fahmi berpunca sepakan percuma Ismail Faruqi Asha’ri di sebelah
kanan pintu gol Kelantan.
Ternyata
gol penyamaan tersebut berjaya menyemarakkan semangat juang pemain
Terengganu yang beraksi di hadapan hampir 8,000 penyokong setia mereka
itu. Ini terbukti apabila percubaan jauh Ismail Faruqi hampir menewaskan
Khairul Fahmi dua minit kemudian.
Asakan
bertali arus pemain tuan rumah ternyata memberikan tekanan kepada
Kelantan yang seakan terdesak untuk menjarakkan kedudukan. Satu-satunya
peluang terbaik The Red Warriors hadir pada m-66 perlawanan namun
tampanan Indra Putra Mahayuddin berjaya diselamatkan penjaga gol
Terengganu.
Pintu gol Kelantan cemas
kembali tiga minit kemudian apabila sepakan penjuru oleh Ismail Faruqi
membuka ruang kepada rakan sepasukannya untuk menjaringkan gol namun
Khairul Fahmi sempat menumbuk keluar bola tersebut.
Ancaman
Terengganu hadir lagi pada m-77 namun gerakan solo pemain gantian,
Joseph Kalang Tie pula tersasar jauh sementara sepakan percuma Mohamad
Ashari pada m-82 perlawanan terus ke dakapan Khairul Fahmi.
Rembatan
kencang Mohamad Ashari yang tersasar jauh daripada pintu gol Kelantan
di penghujung perlawanan menutup tirai aksi kedua-dua pasukan untuk
sekadar berpuas hati berkongsi mata dalam perlawanan malam tadi.
Kesebelasan utama pemain :
TERENGGANU :
Mohd Sharmiza Yusoff, Mazlizam Mohamad, Mohamad Muslim Ahmad, Mohd
Faizal Muhamad (KP), Mohd Muhaimin Omar (Hasmizan Kamarodin), Ismail
Faruqi Asha’ri (Joseph Kalang Tie), Erison da Silva Santos Carnietto
Baiano, Mohamad Ashari Samsudin, Abdul Manaf Mamat, Abdul Hadi Yahaya
dan Francis Forkey Doe.
FORMASI : 4-3-3
KELANTAN :
Khairul Fahmi Che Mat, Obinna Nwaneri, Nik Mohd Shahrul Azim Ab Halim,S
Subramaniam, Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid, Mohd Daudsu Jamaluddin (Khairul
Izuan Rosli), Mohd Badhri Radzi (KP), Indra Putra Mahayuddin, Mohd
Norfarhan Muhammad (Mohd Nurul Azwan Roya), Norshahrul Idlan Talaha
(Muhammad Ramzul Zahini Adenan) dan Mohammed Ghaddar.
FORMASI : 4-4-2
STATISTIK PERLAWANAN
Percubaan tepat : Terengganu (8) Kelantan (3)
Percubaan tersasar : Terengganu (6) Kelantan (5)
Sepakan penjuru : Terengganu (6) Kelantan (4)
Sepakan percuma : Terengganu (18) Kelantan (10)
Ofsaid : Terengganu (1) Kelantan (0)
Kekasaran : Terengganu (8) Kelantan (18)
Kad kuning : Terengganu (Mohd Faizal Muhamad dan Erison da Silva Santos Carnietto Baiano) Kelantan (S Subramaniam, Indra Putra Mahayuddin, Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid dan Mohd Nurul Azwan Roya)
Kad merah : Tiada bagi kedua-dua pasukan
Masa tambahan : Lima minit
Penguasaan bola : Terengganu (52%) Kelantan (48%)
Percubaan tersasar : Terengganu (6) Kelantan (5)
Sepakan penjuru : Terengganu (6) Kelantan (4)
Sepakan percuma : Terengganu (18) Kelantan (10)
Ofsaid : Terengganu (1) Kelantan (0)
Kekasaran : Terengganu (8) Kelantan (18)
Kad kuning : Terengganu (Mohd Faizal Muhamad dan Erison da Silva Santos Carnietto Baiano) Kelantan (S Subramaniam, Indra Putra Mahayuddin, Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid dan Mohd Nurul Azwan Roya)
Kad merah : Tiada bagi kedua-dua pasukan
Masa tambahan : Lima minit
Penguasaan bola : Terengganu (52%) Kelantan (48%)
PEGAWAI PERLAWANAN
Pengadil : Mohd Zamzaidi Katimin
Penolong Pengadil 1: Shahimi Abdullah
Penolong Pengadil 2: Mohd Juhairi Idrus
Pegawai Keempat : Ahmad Faizal Mamat
Kommissioner Perlawanan : Ahmad Zuhairi Mohd Sham
Penilai Pengadil : K Karupiah
General Koordinator : Ishak Salleh
Penolong Pengadil 1: Shahimi Abdullah
Penolong Pengadil 2: Mohd Juhairi Idrus
Pegawai Keempat : Ahmad Faizal Mamat
Kommissioner Perlawanan : Ahmad Zuhairi Mohd Sham
Penilai Pengadil : K Karupiah
General Koordinator : Ishak Salleh
Petikan Dari Klate.Net
Separuh masa pertama Kelantan bermain baik dengan serangan bertali arus dan penguasaan permainan.Mat Yo juga bermain baik di samping beberapa peluang gagl di sudahkannya.Tapi mngapa prestasi Ghaddar masa main tak nak main je.Sepatutunya dia yang kerap mengancam kubu lawan dan bukannya pemain tempatan.Kalau ada keita manjou lebih awal rasanya dah di tukar dah dengan Ghaddar nii.
Tetapi bila masuk separuh masa kedua pula,kawe agak terkejut keranan Terengganu di buka ruang untuk menyerang dan hasilnya mereka dapat menyamakan kedudukan.MUngkin Peter Butler dah tahu pemain dan strategi kita sikit-sikit kan.Tetapi kita bersyukur kerana keputusan seri dan kita memerlukan 2 kemenangan lagi untuk memeastikan kita mempertahankan kejuaraan liga super.Apa Pun ,pemain harus terus bersemangat untuk mengekalkan kejuaraan Liga Super 2012.
GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment