Pada 9.06.2012 yang lalu kawe bersama wife kawe balik ke Kota Bharu untuk ke Majlis perkahwinan di Tunjung Pasir Mas Kelantan.Nama Kg tu rasanya Kampung Pondok.Kawe sebenarnya tak ingat pun saudara sebelah mana.Kalau tak silap sebelah Ibu kot.
Dapat juga bergambar dengan Ibu tersayang tapi Ijat potong je kan.Lama tak ambik gambar bersama ibu.Tapi kalau setiap kali pergi kenduri yang paling best tengok ijat makan.Kali pertama dia makan macam nak rasa je.
Inilah reaksinya bila kawe ambik gambar dia.Siap say haiii lagi.Ingatkan dia dah habis dah makan rupanya ada part2 plakk.Terpaksalah tunggu dia makan sampai habis.Bila tengok orang tua sambut tetamu kawe mari terfikir jugak sapa orang tua tu dengan kawe.Last-2 kawe panggil mek jugok.
Siap posing lagi wife kawe ni kan.Tapi telefon kawe macam ada masalah bateri je.Hari pulak dia nak buat hal dah low dan padam.Tapi sempat juga ambik gambar dengan Ibu dan abah sedang dating.heheheh
Tapi semasa nak balik,ribut kuat sangat macam nak hujan tapi hujannya renyai-2 sahaja.Angin memang kuat sampai jatuh frame gambar kat luar dan pintu gerbang pengantin juga tumbang.Harap tiada apa-apa lah kan.
Semasa pulang dari tempat kenduri,rupanya semasa masuk tadi kita orang ikut jalan belakang bukan sebab apa.Kawe memang ikut betul-2 Map yang di berikan pada kad perkahwinan tu tapi entahlah mungkin yang buat kad ni dah beranggapan semua orang sudah kenal rumahnya.Tinggal satu hari je lagi,Jalanraya kat Kelantan ni akan habis sibuknya.Kenderaan berduyunduyung tiap kali musim cuti sekolah.
Selepas hantar ibu dan abah kawe dengan wife singgah di rumah mak wife kawe.Rumah mak mertuaku.Tapi reaksi mertua dan adik-adik macam terkejut jee.Tiba-tiba je balik.hahahahah.Selepas itu kami pun bergerak balik ke Terengganu sebab esok kawe kerja.Balik semata-mata nak makan kenduri tapi best.Sebab kat negeri lain susah nak cari gulai macam mana yang ada di Kelantan.Negeri Tanak Tumpahnya Darahku,Kelantan Darul Naim
No comments:
Post a Comment