KELANTAN mula membuat persediaan
awal untuk menghadapi saingan suku akhir Piala Konfederasi Bola Sepak
Asia (AFC) apabila mendapatkan seorang lagi pemain import, Keita Mandjou
bagi menggantikan pemain dari Nigeria, Nwoha Onyekachi yang tamat
kontrak.
Pengambilan pemain import
terbaru itu nyata menunjukkan kesungguhan The Red Warriors untuk
berdepan saingan di peringkat antarabangsa dan mencipta kejayaan besar
musim ini.
Presiden Persatuan Bola Sepak
Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa dalam laman facebooknya menyatakan
persetujuan sudah dicapai dengan Mandjou akan menyertai mereka untuk
saingan AFC bermula Jun ini dengan pemain dari Guinea itu dijangka tiba
di Kota Bharu minggu depan.
Selain itu, Annuar turut
menyatakan Mandjou akan beraksi dalam perlawanan persahabatan menentang
Angkatan Tentera Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, 8
Jun ini.
Petikan dari TRW FM Bulettin
Kehadiran keita Manjou memang di perlukan kerana Kita memerlukan strike force yang mantap bagi menghadapi Suku Akhir Piala AFC nanti.kawe harap Manjou dapat sesuaikan diri dan cepat serasi dengan pemain kita dan kita perlu lebih banyak perlawanan persahabatan sebelum kita ke Suku Akhir nanti.Kita juga berharap pihak pengurusan dapat mencari team yang berprofil tinggi bagi membiasakan pemain dengan teknik dan tektikal di AFC.Semoga segala usaha kita bakal membawa hasil yang baik walaupun ramai yang tidak menduga kita boleh mencapai tahap sebagaimana sekarang.Suku akhir AFC bermakna kita team Malaysia yang pertama berjaya ke tahap ini.Apa sahaja persiapan perlulah di kaji dan di fikirkan dengan mendalam dan Kawe percaya Tan Sri sudah siapkan percaturan bagi ke Suku akhir nanti.
Apa pun.....GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment