Thursday, 14 June 2012

Arbil (Iraq) Lawan Kelantan Suku Akhir Piala AFC 18 Dan 25 September

Kelantan telah diundi bertemu Arbil FC dari Iraq untuk saingan Piala AFC peringkat suku akhir yang mana perlawanan pertama akan berlangsung di Iraq pada 18 September 2012 manakala perlawanan timbal balik di Kota Bharu pada 25 September 2012. Undian telah disempurnakan oleh En Windsor John di AFC House Kuala Lumpur pada 14 Jun 2012.
Ramai peminat sukan menjangkakan Kelantan berpeluang menebus segala keputusan yang berlaku di Iraq apabila perlawanan timbal balik berlangsung di Kota Bharu. Arbil antara pasukan yang belum kalah sepanjang saingan peringkat kumpulan B dan peringkat kedua Piala AFC, jika Kelantan tidak berwaspada awal pasukan ini mungkin akan menjadi pemusnah impian pasukan Kelantan mara ke separuh akhir.
Kota Bharu tidak pernah menghampakan skuad The Red Warriors, semua pemain dan penyokong sudah bersedia menerima saingan suku akhir 1 dan 2 ini. GOMO KELATE GOMO....Mungkinkah sejarah bakal tercipta lagi....


#1 Kuwait FC (Kuwait) lwn Al Wehdat (Jordan)
#2 Arema (Indonesia) lwn Al Ettifaq (Arab Saudi)
#3 Arbil (Iraq) lwn Kelantan (Malaysia)
#4 Chonburi (Thailand) lwn Al Shorta (Syria)

Petikan dari Laman Web KAFA

 Dengar cereta pasukan dari Iraq ini agak kuat kerana jika di lihat dari liga Iraq mereka berada di atas dan masih belum tewas dalam 25 perlawanan.Pasukan kita pula berada di tangga ke2 liga dan masih beerbaki 6 perlawanan.Pertembungan menarik kerana kita akan bermain di Iraq dahulu sebelum datang ke Kota Bharu.Kalau kita dapat mengikat mereka dengan keputusan seri sudah tentu kelebihan akan berada pada kita.Memang ini adalah perlawanan paling mencabar kita bagi tahun 2012.Kedua-dua pasukan belum pernah bertemu.
                                                          Inilah Table liga di Iraq
Manakala kita pasukan kesayangan kita pula untuk liga super berada pada tangga kedua dan masih berbaki 6 perlawanan dan tentunya Juara Piala FA 2012 di Malaysia.Mampukah kita menyerap serangan dan permainan orang arab yang agak tegap dan kasar ni? mental dan disiplin yang tinggi di perlukan untuk mengatasi masalah ini.Kita tanpa pertahanan Obinna tetapi rizal Fahmi dan Subra pasti di tagih bagi menghalang serangan dan tentunya Apek sebagai benteng terakhir kita.Di harapkan jugak Mat Yo kembali menemui sentuhan penyudahnya dan kita masih ada masa hingga september ini.
 Kalau kita berjaya memenangi peringkat suku akhir kita sudah berada jauh dari pasukan yang ada di Malaysia dan Kita juga adalah sejarah baru Kelab Bolasepak negara yang berjaya mara hingga ke tahap ini dan pastinya kita mempunyai cita-cita yang tinggi untuk memasukki World Club Championsip di mana kelab- kelab handalan dunia akan bertanding bersama kita.Adakah mimpi kita untuk melihat Kelantan Melawan Barcelona akan tercapai? Kehadiran import baru kita juga memainkan peranan yang penting bagi mengimbangi pihak lawan dan Keita Manjou sudah sah akan bersama kita untuk piala AFC ini.
 Marilah bersama-sama kita memberi semangat dan kita iringi doa semoga Kelantan berjaya layak ke separuh akhir dan kita pasti akan menunggu kehadiran Kelab ini di Kota Bharu.Kawe pasti mereka juga akan terkejut dengan apa yang kita ada.Insyaallah nampak gayanya kita berada di landasan yang baik untuk AFC ini.Apa pun Teruskan perjuangan Worriors kita.Andai jatuh bertongkat dagu penyokong kita akan bersama untuk menaikkan semangat pejuang-pejuang kita.Bangun dan rebah kita bersama.
GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



No comments:

Post a Comment