Azman akui jentera serangan kurang persefahaman, namun misi tiga mata tercapai
KOTA
BHARU – ‘Belum tiba masanya bagi kami menekan butang panik’. Itu komen
Pengurus Pasukan, Azman Ibrahim ketika ditanya mengenai prestasi hambar
The Red Warriors buat kali ketiga setakat ini.
Malam
kelmarin, Kelantan sekali lagi menghidangkan aksi di bawah keupayaan
sebenar dan hanya mampu mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas pasukan
bermasalah, Sabah sehingga mengundang kritikan penyokong setia mereka.
“Mungkin
pemain berdepan tekanan menjaringkan gol. Apabila Lions menang 9-0 dan
PKNS FC membelasah Sabah 4-0, jadi sangkaan peminat kita mampu melakukan
perkara sama,” katanya sejurus perlawanan berakhir.
Menurutnya, akibatnya pemain gagal bermain lebih tenang dan menghadapi kesukaran menjaringkan gol.
“Bagi
saya soal berapa gol dijaringkan perkara nombor dua. Lebih mustahak
kita meraih tiga mata dan pemain membuktikan malam ini (kelmarin).
“Anda dapat lihat Sabah hanya meletakkan
penyerang tunggal dalam perlawanan ini. Strategi mereka bermain secara
bertahan dan mahu memerangkap kita dengan serangan balas pantas. Itu
yang turut dilakukan Kedah dan Kuala Lumpur ketika bertemu kita sebelum
ini,” katanya.
Dalam perlawanan
tersebut, pasukan bimbingan Bojan Hodak menang 2-0 menerusi tandukan
Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid pada awal permainan dan jaringan Indra Putra
Mahayuddin dalam masa kecederaan babak kedua.
Azman
bagaimanapun tidak menganggap aksi hambar itu berpunca daripada
kemerosotan prestasi Kelantan, sebaliknya menegaskan faktor kurang
persefahaman di bahagian serangan sedikit menjejaskan persembahan
keseluruhan.
“Saya mahu peminat
bersabar serta menerima secara terbuka persembahan pasukan ketika ini.
Apabila bertemu Terengganu nanti, kita harap dapat kembali menyesuaikan
diri dengan corak sebenar,” katanya.
Sementara
itu, pemangku jurulatih Sabah, Andrew Majanggim berkata, meski pun
tewas, beliau berpuas hati dengan persembahan pemain sambil membayangkan
kebangkitan pasukannya bagi menamatkan baki enam perlawanan liga
selepas ini.
“Pemain menunjukkan
karakter positif dengan bermain lebih teratur dan mengikut arahan. Saya
tahu Kelantan akan menyerang dan kita berjaya mengimbangi kekuatan
mereka dengan bertahan.
“Sasaran awal
kita mahu mengutip satu mata di Kota Bharu tidak tercapai. Tapi saya
tidak kecewa kerana ramai pemain kita cedera. Kita akan bertemu Kedah
(di Kota Kinabalu) selepas ini dan sudah pasti mahu menang bagi
memperbaiki kedudukan dalam liga,” katanya.
Petikan dari Klate.Net
Apa pun . .GO FOR MORE !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment