Hodak terkilan gagal raih tiga mata, terlalu beri ruang pemain Terengganu bangkit
KOTA
BHARU – Usaha The Red Warriors untuk mempertahankan kejuaraan Liga
Super bukanlah merupakan satu tugas mudah dan ia kembali diwarnai dengan
pelbagai rintangan sebaik sahaja aksi liga bersambung 16 Jun lalu.
Setelah
mempamerkan aksi hambar dalam tiga perlawanan lalu, Kelantan yang
bangkit mempamerkan prestasi cemerlang walaubagaimana pun sekali
dihampakan setelah diikat keputusan seri 2-2 oleh Terengganu di Kuala
Terengganu malam kelmarin.
Pengendali
The Red Warriors, Bojan Hodak walaubagaimana pun tidak menganggap
keputusan seri itu menyempitkan laluan pasukannya untuk mempertahankan
kejuaraan Liga Super yang dimenangi musim lalu.
“Satu
mata ini lebih penting daripada kita menanggung kekalahan. Kita masih
ada tiga perlawanan dalam tangan dan saya sentiasa positif kita mampu
memintas Lions XII seterusnya mempertahankan kejuaraan,” katanya kepada
pemberita sejurus perlawanan berakhir.
“Menentang Selangor (malam esok)
merupakan satu lagi pertemuan yang cukup sengit. Kita akan kembali fokus
untuk meraih tiga mata di Kota Bharu. Ia pasti perlawanan yang
ditunggu-tunggu dan saya fikir kita mampu mengatasi mereka.
Dalam
pertembungan dua negeri berjiran malam semalam, Kelantan tampil garang
mendahului 2-0 menerusi jaringan Mohd Norfarhan Muhammad dan Mohd Badhri
Radzi dalam tempoh 20 minit awal babak pertama berlangsung.
Namun
Terengganu berjaya merapatkan jurang menerusi Abdul Hadi Yahaya di
penghujung babak pertama sebelum tandukan Mohamad Muslim Ahmad dalam
babak kedua memastikan kedua-dua pasukan berkongsi mata dalam perlawanan
tersebut.
Mengulas mengenai
keputusan seri 2-2 dalam perlawanan tersebut, Hodak jelas kecewa
setelah barisan pemainnya gagal membawa pulang tiga mata berharga ke
Kota Bharu.
“Kita menguasai
perlawanan dan mendahului 2-0 pada suatu ketika. Namun ia berakhir
begitu sahaja. Mereka cepat berpuas hati dengan jaringan tersebut dan
seakan mahu menamatkan perlawanan lebih awal.
“Akibatnya
ketika memberi ruang yang luas kepada pemain Terengganu untuk bangkit
menjaringkan gol. Selepas terikat 2-2 barulah kita kembali menguasai
perlawanan dan mencipta beberapa peluang untuk menjaringkan gol.
“Ketika
di dalam bilik persalinan (masa rehat babak pertama) saya beritahu
kepada pemain untuk mereka berusaha memburu gol ketiga. Namun itu tidak
berlaku. Apa pun, keputusan seri ini saya fikir adil untuk kedua-dua
pasukan,” katanya.
Petikan dari Klate.Net
Jangan salahkan Coach,sekarang ni pemain Kelantan perlu tahu yang mereka berada di landasan terbaik untuk mempertahankan kejuaraan Liga Super tetapi pemain perlu dengar apa yang Coach katakan dan apa yang dia nampak untuk kepentingan pasukan.Kawe harap tidak ada masalah dalaman yang boleh membuatkan pemian hilang semangat juang.Come on worriors!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! wake up!!!!!!!!!!!!!!
If you want to be a winner,your should play like a Winner...Come on WORRIORS!!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment