Sunday, 3 June 2012

Norshahrul Bergelut Cari Semula Tahap Kecergasan Lama

TERLEPAS dua aksi persahabatan antarabangsa tahun ini – bertemu Filipina di Manila, 29 Februari lalu dan Sri Lanka di Shah Alam, 28 April lalu – penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha (kiri) kembali bersemangat menyarung jersi Harimau Malaya.
Namun pemain kelahiran Besut, Terengganu itu yang bakal genap 26 tahun, 8 Jun ini, bertarung dengan masa untuk mencapai tahap kecergasan terbaik menjelang aksi persahabatan antarabangsa bertemu Filipina di Stadium Shah Alam, Jumaat ini.
“Memang saya perlu segera mencari semula tahap kecergasan untuk beraksi 90 minit kerana selepas dua bulan berehat akibat kecederaan, saya baru lima perlawanan beraksi dalam kesebelasan utama bersama Kelantan.
“Jadi saya gunakan sepenuhnya tempoh beraksi 25 minit tadi (semalam) untuk mendapatkan kecergasan. Sepanjang baki tiga hari latihan, saya akan sedaya upaya meningkatkannya serta mencari semula keyakinan,” kata Norshahrul ketika ditemui selepas aksi bertemu FELDA United di Padang Wisma FAM di Kelana Jaya, petang semalam.
Norshahrul menjadi antara pilihan jurulatih Datuk K Rajagobal untuk mengemudi jentera serangan bersama Safee Sali, Ahmad Shakir Md Ali dan Azamuddin Akil.
Sesuatu yang positif bagi Norshahrul, aura dan semangat menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 kini kembali dirasai pemain memandangkan 14 daripada 25 pelatih kali ini adalah anggota skuad juara itu.
“Semangat memang tinggi kerana saya sendiri dah lama tak bersama rakan-rakan. Harap kombinasi dulu dapat dibentuk semula untuk tiga aksi persahabatan ini,” katanya.
Sumber: http://www.bharian.com.my

Petikan dari Klate.net

Memang tidak di nafikan selepas pulih dari kecederaan tempoh hari.Mat Yo Masih tercari-cari sentuhan berbisanya.Mungkin dia memerlukan satu rawatan yang intensif bagi mencapai tahap terbaiknya.Kita tunggu dan lihat masanya pasti akan tiba.Kawe percaya Mat Yo akan bangkit.Dia tahu apa yang di perlukannya.Jadi janganlah kita beri tumpuan pada Mat Yo dan mencari salah bila dia gagal menjaringkan gol.Mat Yo akan bangkit dalam masa terdekat.Sebab dia bermain sepanjang tahun dan Dia akan kembali..Believe it or not,just believe it.....
Apa pun .....GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!!!!!

 

No comments:

Post a Comment