Tuesday 24 September 2013

Kelantan 4 - 0 Pahang



 
Kelantan Lawan Pahang final group stage di SSMIV 17 september 2013

  
Ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak mengangkat penyerang import berbisa, Dickson Nwakaeme sebagai wira The Red Warriors selepas pemain itu berjaya mencipta jaringan hatrik ketika menewaskan Pahang 4-0 di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu malam kelmarin.
Katanya, persembahan Nwakaeme yang memukau kira-kira 25,000 penyokong di stadium berkenaan ternyata di luar jangkaannya kerana pemain itu masih belum cergas sepenuhnya.
“Nwakaeme adalah pemain hebat dan semua orang boleh lihat kehebatann yang ada padanya apabila memberi impak besar kepada persembahan Kelantan selepas kemasukannya di separuh masa kedua.
“Apa yang menjadi masalah buatnya adalah dia tidak mampu bermain 90 minit kerana masih belum cergas sepenuhnya selepas baru pulih dari kecederaan.
“Semua pemain berhak mendapat pujian selepas menunjukkan disiplin tinggi dan kualiti sebenar pasukan Kelantan,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan.
Kelantan muncul juara Kumpulan C dan bakal berdepan naib juara Kumpulan B, Johor Darul Takzim pada peringkat suku akhir Piala Malaysia dan Hodak berkata kemenangan malam kelmarin memberi lebih keyakinan kepadanya bahawa Kelantan mampu mempertahankan status juara bertahan Piala Malaysia. 

Sumber : Berita Harian/23 September 2013

Alhamdullilah segala keresahan sudah berakhir seketika  dengan episod kemenangan di Stadium Sultan Muhammad ke IV di Kota Bharu Kelantan.Pada perlawanan ini Kelantan mencatatkan kemenangan selesa dengan 4 - 0 jaringan daripada Indra dan Dickson Nakeami.Pertahanan kita juga berjaya mengawal dan menyerap asakan Pahang dengan baik dengan Tanpa sebarang bolos.Edisi Piala Malaysia kali ini akan di teruskan lagi pada 20 september 2013 dengan Kelantan akan ke Stadium Larkin Johor Bharu bagi menentang JDT.Walaupun dengan perlawanan terakhir kumpulan yang menyaksikan JDT tewas 2 - 0 kepada Selangor Pkns

Wednesday 18 September 2013

Terengganu 1 vs Kelantan 3


Misi 3 mata Kelantan malam tadi berjaya di lunaskan dengan mencatat kemengan ke atas pasaukan jiran Terengganu.Kelantan yang turun dengan kesebelasan utama tanpa Nakaemi berjaya menjinakkan asakkan dari Terengganu.Dengan tektikal Bojan bermain hantaran pendek menyentap gerakkan Terengganu yang ingin bermain permainan laju.Tektikal ini jelas menampakkan aksi bersahaja namun hantaran pendek dan tepat ini menjadi keresahan pada pemian Terengganu.Gol pertama Kelantan di jaringkan oleh Pemain Terengganu sendiri dengan usaha untuk mengeluarkan bola dari kawasan berbahaya menjadi kesilapan ke gawang sendiri.Hasmizal menjaringkan Gol pertama buat Kelantan pada Minit ke 28.Jaringan ini sedikit mengubah permainan dengan Terengganu berusaha mengejar untuk mendapatkan gol.Kelantan bermain dengan agak laju juga kerana mungkin terikut dengan tektikal Terengganu.
 

Pada separuh masa kedua Kelantan bermain sebagaimana separuh masa pertama.Usaha Fakri mencari Jaringan masih lagi belum menemui sasarannya.Kelantan agak goyah dengan gerakkan laju dari Terengganu dan Bojan membuat beberapa pertukaran dengan memasukkan Nakaemi pada minit ke 50.Kemasukkan Nakaemi membuatkan pasukan Terengganu terpaksa mengalih tumpuan pada Nakaemi namun asist dari Piya membuat hantaran tepat pada Indra dan dengan Mudah Indra menanduk masuk Bola hantaran dari Piya menewaskan penjaga Gol Terengganu Hamiza.Gol Indra pada minit ke 56 membuatkan tuan ketinggaalan 2 gol.Terengganu terus menguasi permainan dan juga membuat beberapa pertukaran pemain.Terengganu memasukan Fakrurazi dan Hamdan.Kelantan terpaksa menahan asakkan dari Terengganu yang menyerang bertubi-tubi.Akhirnya pasukan tuan rumah berjaya menjaringkan gol hasil tendangan sudut dan dirembat oleh Asshaari Shamsudin pada minit ke 74.Selepas gol pertama Terengganu terus menyerang untuk menyamakan kedudukkan namun hasil gerakakan Piya menghantar bola kepada Nakaemi.Dengan mudah membuat true past kepada Piya semula dan Piya hanya menghantar bola ke sebelah tiang kanan gol dan menewaskan Hasmiza buat kali ke 3 pada minit ke 85.Kelantan juga merehatkan Farhan dan Piya di hujung saingan bagi memberi rehat sebelum aksi terakhir menentang Pahang di Stadium Sultan Muhammad ke IV.

Senarai perlawanan peringkat kumpulan Kelantan adalah seperti berikut

20.08.13 PM PAHANG 1 - 1  KELANTAN
24.08.13 PM KELANTAN 2 - 0  TERENGGANU
27.08.13 PM N.SEMBILAN 1 - 1  KELANTAN
31.08.13 PM KELANTAN 2 - 3  N.SEMBILAN
17.09.13 PM TERENGGANU 1 - 3  KELANTAN
21.09.13 PM KELANTAN
PAHANG


Jika di lihat dari jadual di atas Kelantan hanya sekali tewas dengan Negeri Sembilan tapi perlawanan itu di jalankan di Stadium Keramat kita.Mengenai keputusan dan jadual peringkat kumpulan selepas selesai perlawanan malam tadi.

Dari segi pengutan mata kita dengan Pahang mendatangkan debaran pada kita kerana Kelantan Wajib menang kerana jika kita kalah atau seri kita akan terkeluar dari saingan kerana kawe meramalkan Negeri Sembilan akan memenangi perlawanan dengan Terengganu dan akan membuatkan kedudukan mata Negeri Sembilan nanti menjadi 10 mata.Pahang hanya memerlukan seri untuk layak ke suku akhir dan Kelantan perlu 3 mata untuk menjuarai kumpulan dan Layak ke suku akhir.Bersamalah Kita berdoa agar misi 3 mata Kelantan berjaya.Insyaallah.

GO FOR MORE !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!