Tuesday 24 September 2013

Kelantan 4 - 0 Pahang



 
Kelantan Lawan Pahang final group stage di SSMIV 17 september 2013

  
Ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak mengangkat penyerang import berbisa, Dickson Nwakaeme sebagai wira The Red Warriors selepas pemain itu berjaya mencipta jaringan hatrik ketika menewaskan Pahang 4-0 di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu malam kelmarin.
Katanya, persembahan Nwakaeme yang memukau kira-kira 25,000 penyokong di stadium berkenaan ternyata di luar jangkaannya kerana pemain itu masih belum cergas sepenuhnya.
“Nwakaeme adalah pemain hebat dan semua orang boleh lihat kehebatann yang ada padanya apabila memberi impak besar kepada persembahan Kelantan selepas kemasukannya di separuh masa kedua.
“Apa yang menjadi masalah buatnya adalah dia tidak mampu bermain 90 minit kerana masih belum cergas sepenuhnya selepas baru pulih dari kecederaan.
“Semua pemain berhak mendapat pujian selepas menunjukkan disiplin tinggi dan kualiti sebenar pasukan Kelantan,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan.
Kelantan muncul juara Kumpulan C dan bakal berdepan naib juara Kumpulan B, Johor Darul Takzim pada peringkat suku akhir Piala Malaysia dan Hodak berkata kemenangan malam kelmarin memberi lebih keyakinan kepadanya bahawa Kelantan mampu mempertahankan status juara bertahan Piala Malaysia. 

Sumber : Berita Harian/23 September 2013

Alhamdullilah segala keresahan sudah berakhir seketika  dengan episod kemenangan di Stadium Sultan Muhammad ke IV di Kota Bharu Kelantan.Pada perlawanan ini Kelantan mencatatkan kemenangan selesa dengan 4 - 0 jaringan daripada Indra dan Dickson Nakeami.Pertahanan kita juga berjaya mengawal dan menyerap asakan Pahang dengan baik dengan Tanpa sebarang bolos.Edisi Piala Malaysia kali ini akan di teruskan lagi pada 20 september 2013 dengan Kelantan akan ke Stadium Larkin Johor Bharu bagi menentang JDT.Walaupun dengan perlawanan terakhir kumpulan yang menyaksikan JDT tewas 2 - 0 kepada Selangor Pkns

No comments:

Post a Comment