Tuesday 27 November 2012

MALAYSIA REBAH DI BUMI SENDIRI

Apa dah jadi dan kenapa Apek yang menjadi mangsa? Coach Rajagopal sepatutunya malu kerana pasukan singapura boleh memberi statetment sinis yang mana antara maksud Kapten Pasukan singapura itu adalah Pasukan Kelantan yang mana rata-rata pemain dalam skuad kebangsaan sekarang ini adalah dari pasukan lain.Tonggak Utama Kelantan di ketepikan walaupun memenangi 3 piala semusim dan mereka adalah yang terbaik di dalam yang baik.hanya penjaga gol dan seorang striker sahaja di panggil.

Perhatikan dan dalami apa yang di maksudkan dengan Shahril Ishak,Kapten pasukan singapura.Malu dan rasa sangat kecewa dengan apa yang di pertontonkan oleh Harimau Melaya dan Masalah Malaysia adalah overall bermula dari pertahanan yang nampak goyah dan kurang bermaya.Tiada penguasaan di bahagian tengah yang mana bahgian inilah yang bakal menentukan bola sampai atau tidak kepada striker.berapa banyak bola yang berjaya di hantar oleh Shafiq dan Amarulhidan? dan bola itu pula adakah bola yang diinginkan oleh striker? cuba dengar apa yang diluahkan oleh Ultras Melaya:-

Baik semua dah dengar kan.Nama Piya dan Farhan semua orang tahu termasuk asia.Pemain tengah terbaik Asia.di mana asia menilai Piya dengan apa yang Piya lakukan tetapi di tanah air sendiri dia di singkirkan kerna  apa? kerana politik dalam bolasepak Malaysia.yang rugi dan merana siapa? Malaysia jugak lah kan.FAM perlu di bubarkan jangan ada campur tangan Istana.Cukuplah dan berapa tahun kita malap.Bukan nak meninggikan jurulatih import tapi tahap bolasepak sekarang ni orang kita dah jauh ketinggalan dan apa salahnya kita ambil jurulatih import yang benar-2 berkualiti.Biar cara dan permainan kebangsaan kita ada tektikal dan right football.Kita dah ada 2 pemilik besar dari EPL.mereka tentunya ada barisan jurulatih terbaik di dalam carta mereka.Mintak lah pandangan dan bantuan dari orang bolasepak.


Perhatikan barisan pertahanan kita.Berapa kali full marking? mana head di defend? siapa yang lead? barisan tengah kita pula.Mana Shafiq? berapa lama dia pegang bola? Shafiee sali,berapa kali dia mencuba? kenapa Mat Yo sahaja di baiarkan oelh singapura? berapa banyak free kick di ambil oleh shafiq? berapa gol dari free kick?
Bagi kawe tak payah jawablah semuanya tu.Sebenarnya pemain yang di pilih oleh Rajagopal adalah pemain yang sudah hilang sentuhan semasa di liga Malaysia.berapa kerap mereka semua berjaya dalam pasukan? di mana pemain dari kalangan Juara trebles Malaysia? 2 orang sahaja dan nak cover 9 lain pemain mana boleh.Messi pun berapa tahun cuba dengan skuad kebangsaan Argentina baru nak nampak berjaya tapi masih jauh lagi.Pemilihan pemain yang kurang bermain dalam liga dan kurangnya biasa menjaringkan gol menyebabkan mereka sebenarnya jauh dari prestasi sebenar dan semasa menjuarai Piala Aff 2010 adalah kerana mereka masih segar dan selalu berjaya dalam pasukan.Kenapa tidak senaraikan Nazmi? mungkin sbb dia Exam.Tapi zaman UBB My Team.Haris Safwan di ambil oleh Helikopter untuk ke Final.semua contoh dah ada tapi FAM masih FAM.Tak pernah belajar dari kesilapan malah selalau mengulangi kesilapan yang sama.Pemain yang ada sekarang dalam pasukan seperti Badrol Badtiar dan Shakir Shaari tidak di turunkan dalam first eleven.Kita tengok perlawanan kedua pada 28 ni menentang Loas.Dengar cerita Rajagopal telah mengugurkan 2 pemain dan bakal memasukkan 2 pemain baru.kalau nak masukkan pemain TRW rasanya tak mungkin sebab TRW dah terbang ke East COst Australia.
 Senarai panjang yang di daftarkan 50 pemain dan hanya 23 yang boleh di daftarkan pendek,cuba perhatikan:-


PENJAGA GOL
KHAIRUL FAHMI CHE MAT (KELANTAN)
FARIZAL MARLIAS (N.SEMBILAN)
IZHAM TARMIDZI (H.MUDA A)
SHARBINEE ALAWEE (TERENGGANU)
NORAZLAN RAZALI ( SELANGOR )
SYED ADNEY SYED HUSSEIN ( SABAH)

PERTAHANAN
FADHLI SHAS ( H.MUDA A)
MAHALI JASULI ( H.MUDA A)
ZUBIR AZMI ( TERENGGANU)
MUSLIM AHMAD ( TERENGGANU)
ASRARUDIN PUTRA ( SELANGOR)
NASRIQ BAHAROM ( SELANGOR)
BUNYAMIN OMAR ( SELANGOR )
SABREE ABU ( KEDAH )
KHAIRUL HELMI JOHARI ( KEDAH )
AZMI MUSLIM ( ATM )
AIDIL ZAFUAN (ATM)
AMIRIDUAN TAJ ( ATM )
S.SUBRAMANIAM ( KELANTAN )
DAUDSU JAMALUDIN ( KELANTAN)
ZAIZA ZAINAL ABIDIN ( PAHANG )

TENGAH
SAFIQ RAHIM ( SELANGOR )
AMRI YAHYAH ( SELANGOR )
AMIRULHADI ZAINAL ( SELANGOR )
SHAKIR SHAARI ( KELANTAN)
BADRI RADZI ( KELANTAN )
NURUL AZWAN ROYA (KELANTAN)
BADDROL BAKHTIAR (KEDAH)
AMAR ROHIDAN (KEDAH)
S.KUNANLAN (N.SEMBILAN)
SHAHRUAIN ABU SAMAH (N.SEMBILAN)
WAN ZACK HAIKAL (H.MUDA A)
IRFAN FAZAIL ( H.MUDA A)
FANDI OTHMAN (H.MUDA A)
WAN ZAHARUL NIZAM (H.MUDA A)
ASHAARI SHAMSUDIN (TERENGGANU)
MANAF MAMAT (TERENGGANU)
ISMAIL FARUQI (TERENGGANU)
C.JAYASEELAN (ATM)
AZAMUDIN AKIL( PAHANG)

PENYERANG
SAFEE SALI (PELITA JAYA)
NORSHAHRUL IDLAN TALAHA (KELANTAN)
HAZWAN BAKRI (H.MUDA A)
FARIS DANIEL ( H.MUDA A
KHYRIL MUHYMEEN (KEDAH)
ZAQUAN ADHA (ATM)
ROZAIMI ABD RAHMAN (SABAH)
SHAKIR ALI (N.SEMBILAN)
FAKRI SAARANI (FELDA UNITED)
AFIQ AZMI (K.LUMPUR)

siapakah 2 pemain yang bakal keluar dan pemain yang bakal masuk? kita tunggu esok.



Monday 26 November 2012

Bila The 12th and 13th Worriors Bergabung

Pada hari Ahad 25 febuari Kawe dan adik kesayangan kawe berkesempatan ke SSMIV melihat pemain-pemain muda kelantan di sesi pemilihan akhir.Melawan Team Liga Super kelantan yang di barisi pemain import sepatutunya pemain-pemain muda president kelantan perlu tunjukkan kemampuan sebenar mereka.Tetapi dengan beberapa pemain yang ada dalam skuad TRW 2013 yang masih belum sempurna pemainnya dengan mudah dapat mengalahkan president worriors dengan jaringan 4-0.
Dari barisan pemain Kelantan yang ada setakat hari ni.kawe tengok pergerakkan Nanthakumar amat menarik.Dia di cuba uji oleh Bojan di 2 posisi.Defensive midfielder dan defend.Dia mudah mengambil bola dari kaki pemain lawan.Tapi mungkin fitness dia masih belum capai tahap kerana miungkin dah agak lama kurang bermain berbanding team asal TRW yang baru selesai Piala Malaysia.Tapi pengalaman Nantha akan membawa impak dalam team TRW 2013.
Dari segi pemain import kawe lihat kelibat Keita Manjou masih kurang impaknya dalam pasukan rata-rata bola di kuasai skuad TRW 2013 namun hantaran dari piya tidak dapat di tafsirkan dalam bentuk jaringan oleh Keita.Antwi pula masih stail lama.Terlalu lama memegang bola dan membuat pemain lain kurang menyokong setiap kali dia mandapat bola.Obinna pula seperti biasa dapat mengawal dan membaca pergerakkan pemain muda President Worriors dengan mudah.Rizal Fahmi pula agak aggresif walaupun pemain muda cuba melepasi beliu namun tidak berjaya.
Ada beberapa pemain muda Klate yang mungkin boleh di pertengahkan pada masa yang akan datang di harapkan mereka boleh membawa cabaran Kelantan dari usia muda lagi.Untuk Skuad TRW 2013 pemain muda yang di naikkan pangkat ke Skuad senior di berikan pendedahan awal oleh Bojan dan mereka pastinya akan menjadi pemain bintang satu masa nanti.

Apa pun kawe berharap bila semua pemain melaporkan diri nanti baru kita dapat lihat apakah perancangan baru pengendali dan juga pengurus pasuakan Kelantan Bojan Hodak.Malam 26 haribulan Kelantan akan bertolak ke Australia bagi pelancongan dan perlawanan persahabatan di sana.Manakala selepas kembalinya dari Australia TRW 2013 akan menentang juara liga Indonesia seperti berikut :-

Insyaallah JUARA LIGASUPER MSIA KELANTAN AKAN BERTEMU JUARA LIGA SUPER INDONESIA SRIWIJAYA PADA 7 DIS DI KOTA BHARU DAN 14HB DI PALEMBANG INDONESIA

dari Facebook Tan Sri Haji Anuar Musa.

Apa pun Go FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!




PIYA HARAP PENGGANTI MAT YO LEBIH BAIK


Kota Bharu: Kami harap pemain yang menyarung jersi nombor 9 lebih baik daripada Mat Yo (Norshahrul Idlan Talaha) dan bantu Kelantan lakar sejarah lebih gemilang, kata ketua pasukan Kelantan, Mohd Badri Radzi.

Pemain tengah yang dikenali sebagai Piya berkata, pemain lebih baik daripada Mat Yo diperlukan untuk mengemudi jentera serangan yang ditinggalkan Pemain Paling Bernilai Liga Malaysia tiga tahun berturut-turut itu. Dia bagaimanapun mengakui Mat Yo adalah antara penyerang terbaik pernah dimiliki The Red Warriors (TRW).

Kehilangan Mat Yo memang dirasai pasukan, namun kita perlu menerima realiti dalam dunia bola sepak pemain datang dan pergi adalah lumrah. Apa yang diharapkan pengurusan dapat mencari pengganti, malah lebih baik daripada Mat Yo bagi menggalas tugas di barisan depan, katanya ketika dihubungi, semalam.

Mat Yo tidak tersenarai dalam barisan pemain diumumkan penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa baru-baru ini dan pemain yang akan menggantikan tempatnya masih menjadi teka-teki.

Setakat ini, pasukan Kelantan sudah mengikat kontrak empat muka baru iaitu K Nanthakumar dari Perak dan dua pemain T-Team, Zairo Annuar Zailani dan Mohd Faiz Subri serta bekas pemain Kelantan, Muhd Izuan Salahuddin yang dipanggil semula dari pasukan Harimau Muda A.

Dalam perkembangan lain, pemain Kelantan menerima sumbangan pakej umrah daripada kerajaan negeri sebagai penghargaan ke atas kejayaan musim ini.

Pakej umrah itu diberikan kepada pemain beragama Islam dan pemain bukan beragama Islam, kita tukar kepada wang tunai yang sama nilai, kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Insan, Sukan dan NGO Kelantan, Datuk Abdul Fattah Mahmood.

Petikan dari Klate.Net

Seorang kapten yang prihatin terhadapa pasukan dan selalu mengharapkan yang terbaik dalam pasukannnya.memang pun setakat hari ini beberapa muka baru kena cepat serasi dengan corak permainan yang diingini oleh Bojan Hodak.Bukan senang nak bermain dengan TRW.yang pertamanya kena cepat pasih dengan corak permainan dan kesefahaman dan yang paling penting menyemai keserasian bersama penyokong Kelantan yang finatik.jika kedua-duanya pemain baru dapat atasi maka mereka baru layak di gelar worriors.Apa-2 pun kami sentiasa menyokong TRW.Permulaan amat penting bagi pemain mencari keserasian dan kesefahaman.

GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!


Saturday 24 November 2012

MALAYSIAN CLUB STALKING PETRATOS FOR LOAN


MALAYSIAN Super League champions Kelantan FA hope to snare Sydney FC striker Dimi Petratos on loan and this week filed a request for the young star.

The club is seeking to boost their foreign contingent ahead of its AFC Cup commitments which begin in March next year.

A spokesperson for the Red Warriors told au.fourfourtwo.com they were keen to sign Sydney’s out-of-favour striker on a five-month loan deal.

But the club was clearly surprised that news of their interest in the young speedster – touted as a future star – had already broken in the Australian media.

The spokesman asking: “How do you know about our interest in Dimi Petratos? We just started discussions. We sent a letter of request to the club in the last two days.”

Sydney FC refused to speculate about the future of the 20-year-old who was recently involved in a training ground bust-up with goalkeeper coach, Zeljko Kalac.

However Petratos’s agent James Hardy is pushing the club over the deal and said there was “concrete interest” from Malaysia’s championship outfit.

Hardy said a decision on the future of Petratos was expected next week.

“We’re at stand-off with the club,” he said. “Obviously I’m not very happy because a player like that should be playing regularly.

“He’s not even on the team sheet tonight. If he’s not playing, he’s not on the team sheet and he’s only played one game all year, I don’t see what the problem is. You either want him or you don’t. Someone else does want him and will play him.

“He’s young player, and we’re all about developing footballers and their careers, and if Sydney FC really care about his career they need to let him go. Putting him in the youth team is not developing him at all.”

With his career stalled, and little to no game time under his belt, those close to the player are concerned he’ll struggle to find another club when his contract with the Sky Blues winds up at the end of the season. The club has been told it needs to make a decision sooner rather than later.

“(Sydney FC) expect to make a decision at some time next week,” Hardy added. “But at the end of the day Kelantan is a big big club over there and they’re very keen to get him.

“I recommended Dimi and they liked him. They’ve done their research and decided he’s the type of player they want.”

A former NYL player, Petratos burst onto the scene for the Sky Blues during their 2010/11 campaign but has since struggled for game time.

He has made just one appearance for the senior team this season in their 3-2 home loss to Newcastle Jets and was substituted early in the second half.

The Malaysian Super League kicks off again in January. While the Red Warriors have filled their two-player foreign quota, AFC Cup rules permit an additional overseas signing for the tournament.

Last season the club romped home with the Malaysian FA Cup, Malaysian Super League and the Malaysia Cup.

Meanwhile, Sydney FC declined to comment on speculation that a move by Petratos would free space on the roster to bring in an extra defender.

The Sky Blues have leaked 20 goals in the first seven games of the season and sit rock bottom of the A-League table going into round 8 of their campaign.

In May, Petratos was linked with a move to new A-League outfit Western Sydney Wanderers but was declared off limits by the Sky Blues.

Copy right from Klate.Net

Impressive and moving forward plan.TRW need a forward player to defend a tribles cup in malaysia Super League.Win the title was easy than defend a title.kawe still hope TRW will win a battle again next year.Be a part of a winning Team TRW make us be proud and love our team.Not so easy when all team want to bet a gourgous TRW.Kawe will be in SSMIV often then this year because my late Father was pass away on 11th november 2012.I have to visit my mother at least once a week.What else can i said.My Love to TRW is from my birth and untill now and hope fully i always in stadium when TRW have a match.This is not my promise but i will be fight for it.

GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!



Wednesday 21 November 2012

SENARAI PASUKAN KELANTAN 2013



Sebagaimana yang telah di janjikan.Malam ini di umukan senarai pemain TRW untuk musim 2013.Pertandingan Auto show pada jam 3-6 petang dan di sambung pada jam 10 malam membuka tirai malam perarakan dengan santapan di raja di Hotel Rainancen.Perarakan bermula di sana dan di bawa ke Dataran SSMIV dan di bawa masuk ke Stadium Keramat.
Tan Sri Haji Anuar Musa mengumumkan senarai pemain seperti berikut:-
 
Senarai Pegawai  TRW 2013 [RASMI] :

Ketua Jurulatih/Pengurus: Bojan Hodak
Pen.Pengurus: Wan Badri Wan Omar
Pen. Jurulatih I: Kamarudin Muhammad
Pen. Jurulatih II: Zahasmi Ismail
Jurulatih Penjaga Gol: Ismail Chawalit
Jurulatih Kecergasan: Rueben Jude
Fisioterapi: Zainudin Zakaria
Fisioterapi: Faris Musa
Kit Man: Pok Ronggg

Ketua Pasukan : Badhri Radzi
Pen. Ketua Pasukan : Indra Putra Mahayuddin

Senarai Rasmi Pemain TRW 2013:

1) Shahrizan Ismail
2) Azizi Matt Rose
3) K.Nanthakumar (BARU)
4) Obinna Nwaneri
5) Nik Shahrul Azim
6) Farisham Ismail
7) Zairo Anuar Zailani
8) Shakir Shaari
9) KIV **Tiga Hari Lagi
10) Norfarhan Muhammad
11) Abdul Aziz Ismail
12) Izuan Salahudin (BARU)
13) Faiz Subri (BARU)
14) Zamri Ramli
15) Daudsu Jamaludin
16) Badhri Radzi
17) Rizal Fahmi
18) Khairul Izuan Rosli
19) Khairul Fahmi Che Mat
20) Keita Mandjou (BARU)
21) Norhadi Ubaidillah (BARU)
22) Tuan Faim
23) Indra Putra Mahayuddin
24) Zairul Fitree
25) Aris Zaidi
26) *KIV* IMPORT yg bermain dengan negara ranking 100 kebawah.
27) Mijo Dadic (import)
28) S.Subramaniam *cedera ACL*
29) Okine (import)
30) Antwi (import)

KEITA MANDJOU
 Persoalan untuk pemain yang bakal menyarung jersi No 9 masih menjadi tanda tanya.Maknanya Mat Yo sudah Tiada dalam senarai pemain Kelantan.Jersi 26 pemain import juga masih menjadi Suprise buat kita semua.Kembalinya Izuan Salahuddin bakal menggantikan tempat Awe yang berhijrah ke JOHOR bersama Mat Yo.Ramzul pula ke Selangor.Manakala Azlan dan Chanturu ke Perak.5 pemain meninggalkan TRW dan 5 pemain baru masuk dalam pasukan manakala jersi 9 dan 26 bakal menjadikan 7 pemain masuk dalam skuad 2013.Maknanya Ghaddar sah telah juga meninggalkan kita.

Kekal Kapten TRW PIYA

 Kehadiran Zairo,Faiz Subri dan K.Nanthakumar memberikan Bojan lebih banyak opsen bagi mengisi posisi pertahanan tengah,midfielder dan Striker.Selamat datang ke Kelantan.Izzuan hadir tepat pada masanya dengan pemergian Awe sudah dapat diisi.Manakala Norhadi Ubaidillah dan Tuan Faim bagi pemain dari skuad presiden yang di naikkan pangkat.Azizi dan Aziz sudah pulih dari ACL dan Subra bercuti pula kerana ACL.


  Jersi yang sedang hangat di katakan dari jenama NIKE juga masih belum di umumkan.Mungkin akan di umumkan bulan 12 nanti bersama dengan Syarikat yang akan menjaga TRW 2013.Segala kekusutan kita semakin selesai dan dengan pemain yang ada kawe rasa kita masih kuat untuk mempertahankan Trebles 2013.Di mana saingan dari Johor dan TTEAM nampak agak mewah berbelanja.Selangor nampaknya masih juga belum mengumumkan barisan mereka.Apa-apa pun kita akan hadapi ATM mungkin di Stadium Bukit Jalil bagi pembukaan musim 2013.Piala Sumbangsih.DI harapkan sesiapa sahaja yang memakai Jersi TRW akan turun dengan semangat juang yang tunggi di samping misi utama kita di peringkat Asia.AFC.Tahun pertama dah layak ke suku akhir dan mungkin kita target Separuh Akhir pula.Tapi jika melangkah ke FINAL itu adalah Bonus.

  KIta tunggu sehingga Senarai penuh pemain lengkap dan baru kita akan nampak dengan jelas tentang lane up kita untuk 2013.Yang pasti kita kena siapkan 2 lane up yang berbeza pemain kerana kita akan bermain lebih banyak perlawanan berbanding negeri-dan kelab lain.
Semoga kita berjaya mengekalkan Trebles dan memenangi kesemua 4 Piala termasuk Sumbangsih dan 4 Piala tahun depan dan apa akan kita panggil.The Fourth ke? Kita tak perlu risau akan persiapan kerana kita tahu Bapa Bolasepak kita sudah ada rancangannya.

GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!





Wednesday 7 November 2012

SELAMAT TINGGAL AWE

Pemain Nurul Azwan Roya telah sah ke Johor dan bakal mendirikan rumahtangga bersama pasangannya dari Johor.Terima kasih atas membantu menaikkan nama kelantan selama berada bersama.Kami mengharapkan awe akan terus berjaya di masa-masa akan datang dan jika berasa ingin kembali kamu mengalu-alukan.Terima kasih AWE 12.
Antara pemain lain yang juga telah berhijrah adalah Ramzul ,Afiq ke selangor .Nwoha di katakan ke Sabah.yang lain kena tunggu dulu.

GOMO KLATE GOMO!!!!!!!!!



DAUDSU PILIH THE RED WARRIORS



KEUTAMAAN keluarga menjadi faktor utama tonggak pertahanan, Mohd Daudsu Jamaludin memilih kekal beraksi bersama The Red Warriors bagi saingan Liga Malaysia musim depan.

Meski pun mengakui menerima tawaran lumayan pasukan Johor, Mohd Daudsu bagaimana pun akhirnya memilih  terus menabur bakti bersama pasukan negeri kelahirannya bagi tempoh semusim lagi.

“Setelah berfikir semasak-masaknya, akhirnya buat keputusan kekal bersama Kelantan. Mungkin wang amat penting dalam kehidupan, tetapi keluarga saya adalah segala-galanya ketika ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

“Cukuplah dengan apa yang saya ada. Kalau hendak kejar kemewahan mungkin saya boleh berhijrah ke Johor tetapi saya fikir rezeki sentiasa ada di mana-mana. Jadi keputusan untuk kekal di sini pasti dapat menggembirakan, terutama penyokong Kelantan.

Keputusan tersebut sekali gus menamatkan keresahan penyokong setia The Red Warriors yang seakan tidak merelakan pemergian pemain kesayangan mereka itu beraksi dengan pasukan lain pada saingan Liga Malaysia musim depan.

Sebelum ini, Mohd Daudsu serta dua lagi pemain iaitu Mohd Nurul Azwan Roya dan Norshahrul Idlan Talaha ditawarkan gaji lumayan oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) jika memilih untuk menyarung jersi Harimau Selatan pada musim depan.

Menurut Mohd Daudsu, beliau turut mengambil kira faktor persekitaran seperti sokongan peminat tempatan yang tidak jemu-jemu memberi dorongan kepada beliau setelah kembali menyarung jersi negeri ini sejak tiga tahun lalu.

Pemain pertahanan berusia 27 tahun itu mengembangkan kerjayanya dalam sukan bola sepak dengan mewakili TNB Kelantan pada musim 2003 hingga 2004, Johor FC (2005 hingga 2008) sebelum kembali menyarung jersi Kelantan pada tahun 2009 hingga sekarang.

Petikan dari Klate.Net

Kemah kereta kebal Kelantan ini dan nampaknya dia akan terus kekal di Kelantan mungkin kerana sudah masak dan sudah menjadi sebahgian dari Rakyat Kelantan.Penyokong selalu di hatinya dan membuatkannya begitu selesa dan serasi di Kelantan.Kemah DS kita...