Tuesday 24 October 2017

Nik M Tour 2017 Part 1


Pada 22 Oktober 2017 saya memulakan perjalanan ke negeri Melaka kebetulan wife ajak bercuti di sini.Jadi saya memikirkan untuk membuat tour bagi menguji bola storm Intense.Tempat pertama yang saya tour saya adalah di MIBC Melaka.Sebab tahun depan selepas raya ada SUKBOM 2018.



Pada petang jam 1 Tengah hari ,selepas makan saya naik di MIBC.Mulanya agak terkejut juga dengan keadaan lane kat sini nampak macam tidak di jaga dengan baik.sudah ada lane yang sudah pudar warnanya.Keadaan di lane pun agak panas mungkin sebab hari week day kot.tapi tidak tahu lah kan.Promosi RM 12.70 untuk 3 game.Jadi saya bermain untuk 6 games.RM 25.40


 mula-2 cuba jugak untuk bermain macam di ccb tapi tidak boleh sebab backhand lane kuatbola sampai 30 kaki je dah masuk sebab bermain di board 15.jadi lepas tukar boar 10 sudah ok sikit tapi kena hati-2 kalau terlupa tarik memang akan ke longkang.hari ni kita roll je bola.esok pagi tengok oily dan ambik score.Tapi terpaksa tunda di masa lain sebab adahal yang perlu di sentlenkan di putrajaya.Tak pe lah masih banyak lagi masa untuk kaji tentang lane di sini.

Dari video yamh telah di ambil mungkin saya boleh study sikit lah macam oily dia dalam 45'.kalau main lembut jawapan memng awal masuk.Stail straight down lagi baik kat sini.Cari permainan yang paling simple tapi kena hati-hati silap atau over ball speed boleh
split.Senang nak strike senang jugak nak split.





Kena sendiri baru tahu kan.sebab itulah sebelum join tournament besar kita kena pergi test dulu sebab ada banyak yang kita boleh cuba,dan merasai sendiri lane tersebut.Ok saya berdiri di board 15 dan saya baling di board 10 cuma bola saya tuju pada pin 10.kalau saya baling lebih dari board 15 bola akan pegi separuh sahaja.dan bola itu akan tyerus masuk menuju pin 7.kalau masa baling tu terlalu flip mungkin ke lonkang.


Untuk sparing saya biasanya akan gunakan maxim plastik ball dan saya hanya baling straigh ball tuju terus ke pin 10.untuk pin 7 saya biasanya menggunakan first ball.Saya stand pada board 13 dan baling pada board 7 cuba flip tangan saya maksimum dan jari tunjuk ke arah pin 7.inilanh biasanya di hadapi oleh pemain tangan kanan hook.Tapi untuk ambil spare pin 10 di sini pun boleh jugak gunakan board 15,tetapi straight ball lah.Ambik cara hook pun saya tidak beberpa pasti.



 Bola Storm IQ 30th Universery juga saya sempat test dan tahu apa yang boleh saya lakukan terkadang ada juga kesilapan semasa uji cuba ini.Maklumlah jarang jumpa lane yang patern macam ni di Terengganu kalau di kl banyak lah kan.

   
Sparing rasanya tidak ada banyak masalah kerana untuk mengambil spare pin 10 dan pin 7 memang boleh guna board 20 dari kiri atau board 15 sebelah kanan.


Saya juga mencuba untuk bermain straight ball kerasna dalam team bomba ada macam-macam stail permainan saya stand di board 25 dan saya trown di board 15.irulah hasilnya.cuma nak baca cara permainan back up susah sikit sebab saya tidak pernah cuba bermain cara ini tapi untuk team saya cuba jugak lah kan.Tapi resultnya tidak seperti yang saya jangkakan bukan apa,sebab tu lah kan.


Selesai lah tugas saya untuk menguji lane di MIBC Melaka ini.DI harap sebelum kedatangan SUKBOM ,Saya masih ada peluang untuk betul-2 bermain di sini dengan Kedua-dua bola saya.


 

Kebetulan ketika saya berada di MIBC terjumpa pulak Coach Faizi (Coach Sukma Perak).Mula-mula jumpa dia semasa Khursus Coaching Level 1 di MSNT.Terengganu.Tidak Banyak bercakap bab skill dan performance cuma lebih banyak kepada developement coaching.Dia Juga menyarankan kepada saya untuk mengambil semula ujian lesen coaching yang akan diadakan nanti.Dia mintak saya hubungi Coach Ismizul kerana apa-apa maklumat berkenaan coaching ni akan di maklumkan kepadanya.Sambungan Part2 

Monday 23 October 2017

MY NEW STROM BALL INTENSE


Tahun 2017 ini rasanya sudah tiba masanya untuk saya membeli bola strom yang baru.Bukan kerana bola lama tidak boleh di gunakan tetapi mapping bola lama adalah untuk bermain di Arrow 5.Namun di CCB Paya Bunga Square bola lama masih belum menunjuk apa yang dia mahu.Bola Lama Strom IQ 30th Universery bola ni masih lagi best dan still performance.cuma xfhm je lagi keadaan lane baru di Coral crown bowling centre.



Inilah dia my new ball Strom Intense.corak menarik dan suka pulak tenngok bola ni bila roll.Bola ni memang masuk banyak so coach Ismizul dari Ismizul proshop mencadangkan supaya saya menggunakan board 15.so saya standing pada board 25/28 tapi board 25 pun kira ok lah.
Radial Accelerating Disk™ (RAD) technology was unveiled in the original X-Factor™ series as the first to feature dual density disc technology. More recently, this design premise emerged in the RAD4™ Core powering the Code™ series. With the new Intense, our R&D Team is taking it a step further with the new RAD-E™ Core. The “E” stands for ENERGY as the elongated ellipses near the pin increase the separation of mass as well as the potential energy of this dynamic beast.Itu Kata dari Storm RAD-E core and E Stand for Energy.


Inilah video yang sempat saya ambik semasa latihan di Crown Croll Bowling Centre, Paya Bunga wSquare,Terengganu.Saya perlu mulakan latihan dari awal yang pertamanya untuk event tempatan di sini dan pada bukan 6 tahun depan saya ada big event iaitu Sukan Bomba (SUKBOM) yang akan berlansung di Negeri Melaka.Apa-apa pun walau seberat,sepayah mana pun saya akan terus berusaha untuk memantapkan permainan saya.i will do that.Pray for my victory.

Thursday 19 October 2017

MALANG MENIMPA TEAM BASIKAL BOMBA TERENGGANU




Malang tidak berbau itulah yang dapat saya ungkapkan kerana sepanjang Latihan perlumbaan Basikal Sukan Bomba (SUKBOM 2017) Saya giat berlatih namun apabila tiba hari pertandingan segla persiapan telah kami semua buat dengan teliti.Perlumbaan berlnsung di Negeri Kelahiran saya sendiri dengan penuh semnagat kesukanan yang tinggi yang selama ini belum pernah saya rasakan dengan confident level yang tinggi sekali.Anda sendiri Boleh bayangkan latihan selama 12 hari berterusan degan segala kudrat dan pengorbanan yang kami semua lakukan.Semangat memang tinggi sekali walaupun berlumba atas tiket Bomba Terengganu namun tempat asal kelahiran tu yang menjadi kelainan pada perlumbaan saya kali ini.Ini adalah perlumbaan Ketiga saya bagi sukan Bomba SUKBOM.


 Pada Start perlumbaan saya berjaya menempatkan diri di kelompok pelaton yang pertama dalam erti kata lain untuk mendapatkan no adalah ruang yang terbaik.Peluang memng saya tidak akan lepaskan kerana sudah lama menanti untuk mendapatkan tempat di kalangan kelompok pelumba terbaik.Senasa lap pertama sejauh 27.8 km saya masih di pelaton pertama sebab dah ada break untuk pelaton kedua dan ketiga.Semasa Pusingan kedua menuju ke garisan permulaan dan penamat dalam 1km di situlah terjadinyaperistiwa yang tidak mungkin saya akan lupakan.Apabila barisan depan mula mengorak langkah tiba-2 ada pelumba dari sebelah kiri masuk ke bahagian tengah ,mereka berlaga dengan seorang pelumba yang lain dan jatuh.Saya dari belakang tidak sempat untuk mengelak dan melanggar salah seorang dari mereka ,apa yang pasti saya memijak peha salah seorang mereka yang jatuh dan menyebabkan saya juga jatuh bersama 3 lagi pelumba yang lain.ada 2 pelumba dari selangor masih berupaya bangkit dan meneruskan pelumbaan.saya pun ingat nk bangkit untuk kejar semula namun tangan kiri saya seakan tidak boleh bergerak.Saya ingtkan ada patah di mana-2 namun rupanya batu kecil memasuki atas jari saya dan keadaan siku saya pada masa itu adalah amat perit.jadi saya di pangku oleh Pengerusi Basikal Team Bomba Terengganu untuk ke tepi jalan.Sempat lagi bertanyakan basikal saya ok ke tidak.PPON kata ok cuma rantai je tercabut.


Bertambah lah koleksi parut di tangan kiriku.Saya tidak kisah pun,apa yang penting demi sukan kesyangan ku iniBukan apa kalau diikutkan Mohd Hariff Salleh( TSG) pom semasa LTDL,2 kali jugak lah jatuh.Tapi tengoklah di sukan Sea Kuala Lumpur Baru-2 ini Dapat pingat Emas walaupun masih Di belenggu kecerdaan tulang belakang lagi masa tu.


Walaupun jari terkena batu namaun semangat untuk terus berkayuh masih ada.InsyaAllah saya akan kembali.Tu pun kalau bpmba masih memerlukan khidmat saya dalam acara basikal ini nanti.Saya kalau dah minat ,saya akan usahakan untuk terus mengejar siapa di depan saya kalau kali ini saya tidak berjaya saya akan terus berusaha kerana saya pasti ...Saya akan berjaya suatu hari nanti.

Luka Di Peha

Calar belakang

Jersi baru pakai pagi race

kesan darah
Jersi bajuku

berlubang seluar

rosak jersi..sedih


     Biarlah luka ini akan menjadi Suatu tanda untuk saya bangkit di SUKBOM 2019 di Sabah nanti. Itu pun kalau saya masih di pilih.Saya berharap dapat menebus dan mendapat peluang untuk saya bangkit.Rise Together....What I believe ,Trainning make perfect.I Be Back soon.

RACE DAY ACARA BASIKAL SUKBOM 2017

Tag SUKBOM 2017 Negeri Kelantan
Alhamdulilah kami telah test track lumba basikal yang sepatutnya diadakan di Tunjung telah di tukarkan ke Jalan Melawi Bachok Kelantan.Satu Pusingan Track adalah 27.4km..selepas 1 loop baru boleh ambik bekalan seperti minuman dan suplyment tambahan.
Track Lumba Basikal di Jalan Melawi Bachok,Kelantan
Pada 17 Haribulan Julai 2017,Kami bergerak dari Asrama UMK di Taman Bendahara ,Pengkalan Chepa seawal Pukul 6.30 pagi.Kami sampai di Lokasi Perlumbaan Pada Jam 0700 pagi.Beberapa Team Sudah ada yang sampai lebih awal dari kami.Setibanya di situ kami melakukan persiapan dan dari 5 pelumba hanya tinggal 3 sahaja yang fit sepenuhnya.Tuan Khir Amir tidak dapat menyertai perlumbaan kerana tidak sempat berlatih kerana urusan kerjanya selaku Penolong Pengarah Bahagian Operasi Negeri Terengganu.Sementara Amri tidak dapat berlumba pada hari ini kerana tisu pehanya koyak.dari keadaan makin teruk baik dia tidak berlumba lah kan.

Dari Kiri Poknik.Safie dan En.Zuraidi

3 Pelumba pada Tahun 2017 ni,Tidak Mengapalah asal kami dapat menyertai SUKBOM 2017.Dari segi persiapan kami dah buat yang terbaik cuma tunggu siren starting sahaja.Kami rasa tenang sahaja sebelum bermula...pisang dan suppliement semua dah di sediakan oleh pengurus.Terima Kasih kerana tahu menguruskan kami Tuan Khir Amir.Jadi kami semua membuat last preaparation sebelum game.

Safiee sedang di periksa oleh marshal tentang chip pada basikalnya

Poknik Post sebelum game bermula

Safiee post sebelum game

En Zuraidi bergerak ke Rider signing

Kami mula bergerak ke garisan permulaan

Kiranya macam dah ready

menanti dengan penuh debar
 Perlumbaan Bermula tepat jam 8.30 pagi dan semua bermua dengan baik.Di Harap perlumbaan berjalan lancar dengan keadaan pusingan ini sejauh83.5 km.sebanyak 3 pusingan perlu di habiskan oleh semua peserta.satu pusingan sejauh 27.8 km.


 Tahniah kepada semua peserta yang berjaya menamatkan 3 pusingan.Pelumba dari Bomba Negeri Sembilan mendahului kategori individu iaitu Mohd EkbarBin Zaman Huri kedua juga dari bomba Negeri Sembilan Mohamad Azrin Bin Ahmad Sani Azmi manakala tempat ketiga adalah Amir Zulhilmi Bin Mohd Salleh dari Bomba Negeri Johor.


Bagi Kategori Berpasukan Bomba Negeri Sembilan Berjaya menguasi Tempat Pertama .Tempat Kedua adalah Bomba Negeri Johor dan Tempat Ketiga adalah Bomba Negeri Perak.Tahniah dan semoga berjumpa lagi di Edisi yang akan datang iaitu Sabah.