Monday 28 October 2013

FAKRI,PIYA BAWA KELANTAN KE FINAL




Kebangkitan dramatik pada 10 minit terakhir permainan memastikan juara bertahan, Kelantan melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia buat kali keempat dalam tempoh lima tahun selepas menyingkirkan finalis musim lalu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui kiraan agregat 4-3 setelah terikat 2-2 di Stadium Sultan Muhammad IV, semalam.

 
Ketika ramai menyangkakan Kelantan akan melangkah ke perlawanan akhir dengan mudah, percaturan pengendali ATM, B. Sathianathan begitu menjadi pada babak pertama apabila Marlon Alex James meledak dua jaringan pada minit ke-18 dan 35 bagi meletakkan The Gladiators berada di hadapan seketika menerusi kiraan agregat 3-2.

Namun, pemain gantian, Ahmad Fakri Saarani meniupkan api perjuangan The Red Warriors apabila berjaya menyamakan kedudukan agregat pada minit ke-82 sebelum jaringan menarik daripada ketua pasukan, Mohd. Badhri Mohd. Radzi, tiga minit kemudian memastikan Kelantan bergelar finalis Piala Malaysia sekali lagi pada tahun ini bagi memburu kejuaraan ketiga dalam sejarah penganjuran kejohanan itu.

Kejayaan anak-anak buah Bojan Hodak bagaimanapun terpaksa dibayar dengan harga yang mahal ekoran tonggak di bahagian pertahanan, Obinna Nwaneri mengutip kad kuning kedua sekali gus terlepas aksi di perlawanan akhir yang dijadualkan 3 November ini di Stadium Shah Alam.

Separuh akhir pertama ternyata menjadi milik ATM dengan benteng tuan rumah gagal mengunci pergerakan Marlon yang kerap kali berjaya meloloskan diri di dalam kotak penalti lawan di samping kepantasan Christie Jayaseelan dan Venice Elphi Danny Kaya di bahagian sayap menjadi taruhan utama Sathianathan dalam melancarkan serangan balas.

Malah, pertahanan ATM sebelum ini yang nampak longgar ketika aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Majlis Perbandaran Selayang cukup berdisiplin serta tidak membiarkan Dickson Nwakaeme terlalu bebas mengawal bola.

Bagaimanapun, tindakan bijak Bojan Hodak meningkatkan tempo permainan anak-anak buahnya pada separuh masa kedua akhirnya memberikan pulangan setimpal apabila Fakri yang masuk menggantikan Zairo Anuar Zailani membuktikan dia masih ada bisa apabila menjaringkan gol penting, lapan minit sebelum perlawanan tamat sebelum disudahkan Badhri atau Piya dengan penuh bergaya pada minit ke-85.

Sumber : Utusan Malaysia/26 Oktober 2013


Bagai tersentak dan nak keluar jantung.Perlawanan paling best di Malaysia abad ini.Bagaimana Kelantan boleh melepaskan 2 gol yang diingini oleh ATM? Pada pandangan kawe Strategi Bojan sudah boleh di baca oelh Sathia.Kelantan hanya bermain long Ball untuk mencari targetman Dickson.Sementara Dickson pula di jaga oleh 3 atau 4 pemain setiap masa.Macam mana dia nak bergerak? Pemain pula terus bermain mengikut strategi pasukan.Walaupun ada peluang terutama dari Piya namun aksi pemain masih menunjukkan mereka masih berjuang.ATM berjaya menembusi 2 gol pada separuh masa pertama.Seluruh rakyat Kelantan dan Penyokong resah ,gelisah dan berdebar.Jantung boleh di katakan berada di luar bagai nak pecah.
 Separuh masa kedua,Sathia menjangkakan kelantan akan menyerang bertubi-tubi dan Sathia merancang dengan teliti counter attack bagi mandapatkan 1 gol sahaja lagi.Bojan pula lain,Inilah yang di katakan Bojan adalah master Tectikal.Dia mengarahkan anak buahnya bermain hantaran pendek dan true pass.Lain yang Sathia jangka dan lain yang di buat Bojan.Pemain Kelantan menguasai separuh masa kedua di samping Zairol yang nampak tenggelam dan gagal untuk membantu rancangan bojan di keluarkan.Masa sudah menunjukkan minit ke 80.Fakri entah apa yang dia makan.Mendapat satu peluang untuk merencana namun gagal,tetapi satu hantaran yang dia dapat dan terus menjunamkan bola ke gawang ATM membuka semula peluang pada minit ke 82.Memang betul Gol jaringan Fakri di saat Kelantan teramat inginkan Gol hadir tepat pada masanya.Walaupun selama ini dia selalu di kecam dan di BOO oleh penyokong.Namun malam ini dia baru dapat inspirasi yang selama ini cara bermain dan menangani Penyokong Kelantan adalah sebegini caranya.Mungkin dia kan di julang.Piya meletakkan Kelantan terus berada di pentas Final.Bola hantaran Zairul Fitree menuju ke belakang Piya.Tetapi ini lah Piya.Dia undur sedikit ke belakang dan menahan bola dengan kemas dan melepaskan rembatan padunya walaupun Farizal melayangkan badan namun bola terus menerjah jaring dan melekat di sudut itu,Itulah jaringan Maut Piya.Walaupun ada orang tak nampak namun dia terus buktikan yang dia adalah yang terbaik.Jaringan Piya pada minit 85 itu membuatkan ATM terus berusaha namun kita masih ada tangan Emas,Apek berjaya menangkis 2 peluang dari SHukur dan HAi-O.Kalu tidak tentunya bola yang pada kawe itu adalah Gol.Bagi kawe Fakri pembangkit,Piya kenyakinan dan Apex adalah Penyelamat Final.
  Seluruh rakyat Kelantan bergembira bila wisel di tiupkan.Namun kegagalan Azizi malam ini terpaksa di bayar dengan pengorbanan Obinna yang di layangkan Kad Kuning kedua dan terlepas aksi Final.Apa yang ada dalam benak Bojan? siapa yang akan menerajui Center Back? Pertahanan akan di berikan perhatian Kursus oleh Bojan di samping Midfield dan Atatcking.Insyaallah semoga Kita semua selamat sampai di Shah Alam dan Pulang dengan mempertahankan Piala Malaysia untuk terus berada di bumi KELANTAN.Lawan kita adalah Pahang.Ercoast Derby Pantai Timur.

GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!! 

 

KELANTAN BAWA BEKALAN TIPIS KE KOTA BHARU




Pentas akhir Piala Malaysia semakin menggamit juara bertahan, Kelantan, apabila meraih bekalan yang cukup berharga untuk dibawa ke Kota Bharu melalui kemenangan 2-1 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Dua watak penting yang membawa kemenangan The Red Warriors adalah Mohd. Badhri Mohd. Radzi yang menjaringkan gol pertama pada minit ke-12 sebelum jaringan kemenangan dicipta Mohd. Nor Farhan Muhammad pada minit ke-78.

Christie Jayaseelan menjaringkan gol sagu hati buat ATM pada minit ke-19 yang sekadar gol penyamaan sementara namun itu masih belum cukup untuk memberikan Kelantan satu kelebihan selesa dengan dua gol di tempat lawan.

Jika tidak kerana kecekapan penjaga gol ATM, Farizal Harun, skuad kendalian B. Sathianathan pasti kalah dengan keputusan yang lebih teruk ketika barisan pertahanan yang diketuai Shukor Adan begitu sukar mengawal kekuatan fizikal yang ada pada penyerang import Kelantan, Dickson Nwakaeme.

Selain itu, faktor keletihan dialami oleh kebanyakan pemain ATM yang berusia 30an ke atas bijak diambil kesempatan oleh pasukan pelawat pada 20 minit terakhir permainan dengan melancarkan serangan pantas bertali arus selain kecederaan yang menimpa Norfazly Alias.

Kelantan menggamatkan suasana di Selayang terlebih dahulu apabila membuka tirai jaringan pada minit ke-12 melalui pemain pujaan The Red Warriors, Badhri Radzi. Badhri atau lebih popular dengan nama jolokan Piya meledak melalui rembatan jarak jauh dari luar kotak selepas melakukan tindakan susulan percubaan Nor Farhan Muhammad.

The Gladiators tidak menunggu masa terlalu lama memadamkan kelebihan pelawat apabila Christie dalam situasi yang tidak diduga bijak menghukum kealpaan pertahanan Kelantan, enam minit kemudian.

Fitri Omar yang sebelum itu gagal melunaskan peluang keemasan pada minit kesembilan, sekali lagi menghampakan rakan-rakan sepasukan apabila bola sepakannya sedikit tersasar di sebelah kiri pintu gol Kelantan pada minit ke-51.

Pada minit ke-71, Kelantan seharusnya boleh kembali berada di hadapan namun K. Reuben menjadi penyelamat ATM apabila dapat mengeluarkan bola di atas garisan gol hasil percubaan Nor Farhan.

Bagaimanapun, Nor Farhan menebus kembali kehampaannya pada minit ke-78 selepas berseorangan di dalam kotak penalti dan mudah menewaskan Farizal yang tidak dapat berbuat apa-apa.

Sumber : Utusan Malaysia/19 Oktober 2013


Piya dan Farhan.adalah 2 watak utama membawa bekalan untuk Kelantan bagi beraksi di Kota Bharu.More Staylish Player di berikan kepada Dickson yang begitu efecttif merencana dan mengelirukan pertahana lawan.Apa yang penting kita ada 2 gol untuk ke Kota Bharu.Walaupun banyak peluang di cipta namun gagal di terjemahkan kepada jaringan.DI samping Farizal Harun yang banyak menyelamatkan keadaan.Farhan mengotakan janji untuk meledak malam ini dan Kapten Kita Piya walaupun di lihat boleh mengubah lagi keputusan namun dia sedikit kurang tenang di depan Gol.Selain Dickson dan Indra yang turut mempunyai peluang.Namun 2 gol sudah cukup untuk membawa bekalan.
 Kata-kata B.Sathianathan meresap kepada semua media dan blogger tak kurang juga pada media sosial seperti Facabook."apa yang Dickson makan pun sya tak tahu,Besi agaknya" tapi kawe percaya Dickson ada ramuannya tersendiri.Apa yang bakal di caturkan oleh Bojan di Kota Bharu? Adakah barisan pertahanan kita akan kuat seperti perlawanan pusingan pertama?Jawabpannya adalah pada  25 oktober nanti.Marilah Kita sama-sama berdoa semoga Kita berada di pentas Final Tahun ini,Insyaallah..

GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

 

Wednesday 9 October 2013

KELANTAN BERGAYA SINGKIRKAN JDT



Juara bertahan, Kelantan melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Malaysia, semalam selepas mengamuk di Stadium Sultan Muhammad Ke IV dengan membelasah Johor Darul Takzim (Johor DT) 6-1 pada suku akhir kedua bagi melayakkan diri secara agregat 8-5.

Turut mengiringi Kelantan adalah juara Liga Perdana, Sarawak yang mencatatkan kemenangan 3-1 ke atas Sime Darby di Stadium Negeri, Kuching bagi menempah pertemuan dengan Pahang sementara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menjadi lawan Red Warriors dalam satu lagi saingan separuh akhir.

Walaupun tumbang 2-4 di Larkin pada suku akhir pertama yang lalu, Red Warriors membuktikan Kota Bharu adalah gelanggang keramat buat mereka apabila langsung tidak memberikan sebarang ruang kepada Johor DT untuk bernafas selepas melancarkan serangan bertalu-talu sejak awal permainan.

Skuad kendalian Bojan Hodak memulakan kenduri gol mereka melalui pemain sayap, Mohd. Norfarhan Mohamad pada minit ke 19 hasil rembatan deras yang mengenai palang sebelum melantun masuk ke penjuru kanan gawang Harimau Selatan yang dikawal oleh penjaga gol pilihan kedua, Zulfadli Mohamed.

Dua belas minit kemudian, ketua pasukan, Mohd. Badri Radzi menggandakan kelebihan buat tuan rumah ekoran kegagalan bek kanan Johor DT, Nazri Ahmad yang gagal menanduk keluar bola dari kawasan penalti sebelum dia melepaskan rembatan voli dari jarak dekat berhampiran pintu gol Johor DT.

Penyerang kebangsaan, Safee Sali memberikan harapan kepada pasukan JDT apabila berjaya menyumbat gol pada minit ke 41 namun ia gagal membangkitkan semangat pasukannya apabila hanya empat minit selepas itu, Obinna Nwaneri pula yang berjaya merobek gol pelawat sebelum babak pertama berakhir.

Permulaan separuh masa kedua kekal dengan skrip sama apabila Kelantan terus bernafsu dan berjaya memperoleh gol keempat, satu minit selepas sepak mula melalui tandukan Nwakame hasil hantaran Indra Putra dan Norfarhan sekali lagi menjadi duri dalam daging buat pertahanan Johor DT apabila menambah jaringan tuan rumah pada minit ke-62.

Indra Putra Mahayuddin juga tidak ketinggalan berada dalam senarai penjaring apabila melengkapkan malam yang cukup indah buat semua penyokong Kelantan pada minit ke 88 manakala Harimau Selatan balik ke Johor Bahru dalam keadaan cukup terluka.

Sumber : Utusan Malaysia/6 Oktober 2013

Foto : Abu Izuddin Photography/Syeikh Khairder Syamzarey


Petikan dari Klate.Net

 

Alhamdullilah....Allahuakbar!!!!!!! Allahuakbar!!!!!!!!!!!!! Allahuakbar!!!!!!!!!!! kami bersujud syukur padaMu Ya Robbi...tidak ada apa lagi perkataan yang boleh di gambarkan betapa Bersyukurnya kami Rakyat Kelantan kerana Allah mendengar dan memakbulkan Doa kita semua.Amin Ya Alllah.Tidak ada perkataan lagi yang boleh di ucapkan selain dari Tahniah dan Terima Kasih kepada Semua pemain dan pengurusan TRW kerana memberikan hadiah yang cukup bermakna kepada semua penyokong.Kerana biar tewas kepada pasukan lain namun tidak kepada JDT kerana mereka pernak menyakiti kita.buat baik kita ingat buat jahat kita jadikan penyengat.Rasanya Perlawanan ini memberikan kepuasan kepada seluruh rakyat Kelantan.Terus maju Ke hadapan KlateKU.

GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!




KELANTAN PILIH JALAN SUKAR




Kelantan memilih laluan sukar dalam misi mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia apabila tewas 2-4 kepada Johor Darul Takzim pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam tadi.

Skuad bimbingan Azmi Mohamed itu mampamerkan aksi cemerlang di hadapan puluhan ribu penyokong sendiri untuk memastikan Harimau Selatan membawa bekalan selesa apabila berdepan Kelantan pada aksi suku akhir kedua di Kota Bharu minggu hadapan.

Pada aksi semalam, gol pertama tuan rumah diperoleh seawal minit keempat hasil sepakan percuma dari luar kotak penalti yang disempurnakan oleh Jasazrin Jamaluddin.

Johor hampir menambah jaringan seminit kemudian, namun percubaan Safiq Rahim berjaya ditangkap kemas penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat.

Kelantan turut memperoleh dua peluang terbaik untuk menghasilkan gol pertama, namun cubaan kapten pasukan, Mohd. Badri Radzi dan pemain import, Dickson Waekame masing-masing pada minit ke-7 dan 9 gagal disempurnakan dengan baik.

Sebaliknya, skuad Harimau Selatan menambah jaringan menerusi Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-20.

Bagaimanapun, Kelantan masih tidak berputus asa dan meneruskan asakan sehingga berjaya menjaringkan gol pertama melalui cubaan Indra Putra Mahyuddin pada minit ke-22.

Penyerang kebangsaan, Mohd. Safee Sali mempunyai peluang untuk menghadiahkan gol ketiga buat Johor DT, namun sepakan penalti yang diperoleh pada minit ke-33 gagal disempurnakan dengan baik apabila ditampan kemas oleh Khairul Fahmi.

Safiq turut meletakkan nama sebagai penjaring Johor DT pada minit ke-38 apabila berjaya menewaskan Khairul Fahmi selepas menerima hantaran cantik daripada Norshahrul di hadapan pintu gol.

Masuk babak kedua, permainan semakin rancak apabila kedua-dua pasukan saling berbalas serangan.

Kelantan berjaya merapatkan jurang pada minit ke-49 menerusi pemain import, Obinna Nwaneri.

Obinna dan rakan sepasukan, Dickson Waekame serta Mohd. Badri turut melakukan beberapa cubaan berbahaya, namun penjaga gol tuan rumah, Muhd. Al Hafiz Hamzah beraksi cemerlang menyelamatkan gawang Johor DT.

Kemasukan Leonel Nunez bagi menggantikan Muhd. Haidin ternyata berbaloi apabila pemain import Johor DT itu menghadiahkan gol keempat tuan rumah menerusi sepakan percuma pada minit ke-81.

Pusingan suku akhir kedua akan diadakan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada 5 Oktober ini.


Sumber : Kosmo/29 September 2013


 Malam ini persembahan Kelantan amat mengecewakan.Rupanya perlawanan terakhir kumpulan JDT adalah untuk merehatkan beberapa pemain penting bagi menghadapi Kelantan.Kelantan Bermula dengan permainan terbuka dan bukannya man to man marking.Kelantan seolah-olah terikut dengan gerakkan pantas yang di aturkan oleh JDT.Keadaan menjadi sedikit kelam kabut dalam gerakkan.Dek kerana terlalu ingin menyerang dengan satu death freekick.Kelantan bolos buat kali pertama oleh
Jasazrin Jamaluddin pada minit ke- 4 permainan.Walaupun ada usaha dari Piya dan Dickson namun gagal menerjah jaring.Sebaliknya Mat Yo melebarkan jaringan pada minit ke 20 hasil kelekaan pertahan Kelantan.Kelantan meraptkan kedudukan dengan Jaringan dari Indra pada minit ke 22.Namun Kelantan kecewa sekali lagi apabila Shafiq Rahim menggandakan Jaringan JDT pada minit ke 38 sebelum wisel separuh masa pertama di tiupkan.Kedudukan JDT 3 - 1 Kelantan.

Bermula babak kedua Kelantan dan JDT terus dengan aksi serang balas.Kelantan berjaya merapatkan kedudukan sekali lagi dengan jaringan dari Obinna pada minit ke-49.Kelantan mula menguasai permainan kerana pada separuh masa pertama tadi Kelantan terlalu banyak memberi ruang kepada JDT.Kekuasaan permainan yang di tunjukkan oleh Kelantan dan bermain seperti biasa barulah permainan dapat di imbangi dengan baik.namun Kelekaan pemain pertahanan menyebabkan berlaku sekali lagi kekasaran di hadapan kotak penalti Kelantan dan Nunez merembat masuk bola ke dalam gawang pada minit ke 81 dan menjadikan kedudukan JDT 4 LWN Kelantan 2.

Kedudukan di Larkin agak merisaukan.Kerana Kelantan pernah tewas di tangan Negeri Sembilan di SSMIV di peringkat kumpulan.Harapan penyokong sangat tinggi kerana kita kalah dengan JDT dengan aggregat 4-2.Namun jika semuanya menjadi Kelantan hanya perlu menang 2-0 atau 2-1 atau 3-1 janji 2 lebihan gol tanpa memberikan tidak lebih dari 2 gol kepada JDT.Kawe sendiri pun agak gusar dan resah.Apakah tektikal Bojan di Kota Bharu? jika terus dengan apa yang di tunjukkan pada separuh masa pertama di JDT keputusannya pasti akan mengecewakan.Kawe harap sangat Kelantan bangkit dengan permainan sebenar dan dapat mengatasi aggregat dari JDT.Ayuh semua Rakyat Kelantan.Penuhkan STadium Keramat kita dengan Laungkan semangat dan beri mereka semangat juang yang tinggi dan tolonglah jangan sesekali menjatuhkan mereka dengan kutukkan yang tidak munasabah.Kita inginkan pasukan kita Mara lebih jauh dan Mengekalkan Piala Malaysia di BUMI Kelantan.

GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!