Tuesday 21 May 2013

HODAK KECEWA GAGAL RAIH TIGA MATA



PENGENDALI The Red Warriors, Bojan Hodak nyata kecewa dengan prestasi barisan pemainnya apabila sekadar mencatatkan keputusan seri 1-1 ke atas Selangor pada ‘pertembungan epik’ dua pasukan berstatus Gergasi Merah itu di Kota Baharu, malam kelmarin.

Hodak yang hampa dengan keputusan itu turut memberi alasan faktor kepenatan mengharungi jadual perlawanan padat dalam tempoh sebulan setengah sebagai punca aksi mengecewakan anak didiknya pada perlawanan tersebut.

“Aksi perlawanan yang teruk, banyak kesilapan dilakukan di samping rentak permainan yang sangat perlahan. Bukan sahaja pemain Kelantan, malah Selangor juga menunjukkan persembahan mengecewakan malam ini.

“Saya beritahu pemain pada masa rehat, kena tukar corak permainan namun itu tidak berlaku meski pun kita menjaringkan gol penyamaan selepas itu.

Bagi saya, keputusan seri ini dianggap adil jika diambil kira persembahan hambar kedua-dua pasukan,” katanya kepada Sinar Harian sejurus perlawanan tamat.

Pada perlawanan tersebut, pemain pertahanan import, Adam Griffiths terlebih dahulu meletakkan Selangor di depan pada minit ke-55 sebelum Zairo Anuar Zalani muncul selaku penyelamat buat Kelantan menerusi rembatan jarak jauh 11 minit kemudian.

Keputusan tersebut menyukarkan peluang Kelantan untuk menamatkan saingan liga domestik dalam kelompok empat pasukan terbaik setelah hanya mengumpul 24 mata daripada 17 perlawanan setakat ini.

Malah ketiadaan penyerang import, Dickson Nwakaeme pada pertemuan tersebut menelanjangkan kelemahan jentera serangan Kelantan apabila gandingan Ahmad Fakri Saarani dan Mohd Khairul Izuan Rosli mempamerkan aksi lembik pada perlawanan itu.

Mengulas mengenai status terkini Nwakaeme, Hodak yang terus kempunan menggunakan penyerang kelahiran Nigeria itu memberitahu, pemain tersebut masih lagi dibelenggu kecederaan otot paha.

“Saya tidak pasti sama ada dia boleh bermain atau tidak untuk perlawanan menentang Johor Darul Takzim pada Rabu ini. Tapi saya harap dia cukup bersedia diturunkan pada saingan separuh akhir pertama Piala FA menentang Terengganu di Kota Bharu, pada 25 Mei nanti,” katanya.

Petikan dari Klate.Net



  Sayang sungguh perlawanan malam ni,sepatutunya kita sudah dapat merapatkan jurang dengan 4 tangga dan memotong Selangor yang dating dengan kepenatan perjalanan jauh.Line up meletakkan Fakri dan Khairul Izuan Rosli sekali lagi memakan tektikal Bojan.Sepatutnya pemain seperti Farhan dan Faiz Subri boleh di letakkan bahagian serangan manakala zairul Fitree boleh bermain Flangker sebelah kiri.manakala indra perlu kekal bermain Flangker kanan.Manakala tugas Piya perlu banyak ke hadapan bukan kerap turun kea rah Defensive.Walaupun kita baru mengalami kekalahan di tempat sendiri disini juga lah kita perlu bangkit mencapai kemenangan.Sudah 2 kali kita mengalami kekalahan di tempat sendiri.satu dengan pasukan ATM dan Satu lagi dengan pasukan Kitchee FC.Apa yang berlaku sebenarnya Bojan seolah-olah tidak tahu yang pemainnya boleh bermain di posisi lain dan merupakan posisi asal yang mereka sukai.Umpama suka sangat makan nasik dagang tapi di beri nasi kerabu,makan tetap makan tapi kepuasan tiada.Macam mana pemain nak bermain dengan sepenuh hati kalau tiada kepuasan.Kawe berharap pemain seperti Zairol perlu di letakkan di bahagian serangan kerana kreadibiliti pemain ini sudah terarah ke striker.Bojan perlu bijak menggunakan pemain yang sedia ada untuk di letakkan di posisi berlainan mengikut kaedah dan corak pemain itu sendiri.”Please Bojan you have to do it now” dalam liga kalau keputusan semalam adalah kemenangan sudah tentu jika ada keajaibpan kita mampu menyaingi Lions.Semoga tiada lagi episode kesilapan dari Bojan dari segi lane up.

GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!! 

 

Sunday 19 May 2013

KITCHEE LEBUR HARAPAN KELANTAN




KOTA BHARU – Kelantan gagal ke suku akhir Piala AFC selepas tumpas 0-2 kepada kelab Hong Kong, Kitchee Sport Club (SC) dalam aksi pusingan kedua di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, malam tadi.

Beraksi di tempat sendiri tidak memberi kelebihan buat tuan rumah apabila pelawat melakukan asakan awal dan meraih percubaan menarik menerusi ketua pasukan, Chui Siu Kei pada minit keempat namun dinafikan Khairul Fahmi Che Mat.

Tersentak dengan asakan pelawat, Kelantan pantas mengatur gerak dan mendapat peluang terbaik pada minit ke-12, bagaimanapun rembatan Dimitrios Petratos sekadar menggegar bahagian tepi jaring gol Kicthee SC.

Tiga minit kemudian, tuan rumah dikejutkan dengan gol pembukaan pelawat selepas pertahan The Red Warriors, Lek Kcira tertampan bola ke gawang sendiri ketika cuba menghalang rembatan pemain Kicthee SC, Pablo Gonzalez Counago.

Pelawat terus bersemangat dan hampir menggandakan jaringan pada minit ke-20, namun rembatan pemain pertahanan Cheung Kin Fung ditepis Khairul Fahmi.

Kelantan terus diasak hebat oleh pelawat menerusi serangan bertali arus sehingga memaksa barisan pertahanan tuan rumah yang diketuai oleh Obinna Nwaneri bekerja keras untuk mengelak gawang daripada dibolosi.

Peledak berbisa Kitchee SC, Josep menambah derita tuan rumah dengan menjaringkan gol kedua pasukannya pada masa tambahan babak pertama.

Bersambung babak kedua, tuan rumah yang terdesak memburu jaringan, membuat pertukaran dengan membawa masuk penggempur berbisa, Dickson Nwakaeme bagi menggantikan Mohd. Faiz Subri.

Percaturan Bojan Hodak membawa masuk pemain berkenaan membuahkan hasil apabila barisan serangan Kelantan berjaya mencipta gerak menarik di depan gawang lawan.

Pada minit ke-63, Kelantan berjaya meletakkan bola ke dalam gawang lawan menerusi Mohd Nor Farhan Mohamad, bagaimanapun jaringan tersebut dibatalkan oleh pengadil dari Korea, Lee Min Hu selepas Nor Farhan dikesan berada dalam kedudukan ofsaid oleh penjaga garisan.

Tuan rumah terus kempunan untuk merapatkan kedudukan apabila gol Nwakaeme kemudiannya dibatalkan Min Hu, selepas penyerang Kelantan itu berada dalam kedudukan ofsaid.

Petikan dari Klate.net



Apa yang berlaku pada separuh masa pertama? ramai yang mengeluh kerana seorang pemain sahaja boleh menhancurkan harapan kita untuk mara lebih jauh dalam AFC ini.Sikap pemain atau ada perkara lain? mungkin itulah yang menjadi topik perbincangan antara yang menganggap bila ada kekalahan.Bukan semua itu.ini kerana Pemain kekok beraksi dengan posisi mereka. Kedudukan Petratos adalah striker tunggal.kenapa jadi begitu? ini kerana indra bukanlah striker.Dia akan berasa lebih selesa kalau berada di winger sebelah kanan.Kerana dia mampu dan sudah biasa membawa masuk bola dan membuat hantaran.Petratos bola jarang sampai kerana Piya pada separuh masa pertama terlalu jauh berada di bawah dan membuatkan kawasan yang sepatutunya di kawal oleh Piya tampak kosong dan membuatkan Piya dan petratos jauh.Farhan bermain di winger sebelah kiri dan adakah dia selesa? jawapannya tidak kerana  dia adalah seorang striker dan sepatutunya dia berada bersama dengan petratos.Kelantan tiada penyerang yang bagus? itu adalah alasan yang tidak munasabah.Farhan,Faiz Subri ,Haris Safwan ,Fakri dan Khairul izuan adalah penyerang.Winger kanan adalah indra ,dan overlap boleh di lakukan oleh Nik Shahrul.Winger sebelah kiri kita ada Zairul Fitree kerana apa ? kerana dia boleh membawa bola ke hadapan dan boleh membuat hantaran baik kepada penyerang. dan seorang lagi stiker adalah Zairol tapi mengapa Zairol masih di simpan? Pertahanan Lek dan Obinna sudah bermain baik namun ketiadaan Daudsu yang cedera membuatkan Zairul Fitree di masukkan di sebelah kiri.dan sebelah kanannya Nik Shahrul.Inilah yang terjadi bila tiada kepuasan bermain bola sepak.Pemain nak kan posisi mereka kerana mereka nak tempat yang mereka selesa baru kita boleh nampak kesempurnaan dan kekuatan mereka akan terserlah.Bojan mungkin dah salah meletakkan pemain kerana dia sudah "Loose" kerana jarang dengar dia cakap saya kenal pemain saya.mungkin kita perlukan jurulatih lain tapi dengan sisa yang ada terpulang kepada pengurusan samada mereka masih nak kekalkan jurulatih atau mencari jurulatih baru.pemain kelantan sudah sempurna dari awal musim tetapi kerana Bojan tak kenal pemain sendiri 100% sebab itulah dia tak nampak apa pemain dia boleh lakukan dengan jauh lebih baik dari sekarang.Sesuatu perlu di lakukan sebelum semuanya dah terlambat.Kami syangkan Kelantan seperti nyawa kami sendiri.Bojan open your mind and please take note.....You already have full team,wake up and work for it before too late.


GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!

 

Monday 13 May 2013

Video: Malaysian star scores from corner kick again



Two in seven days for Mohd Badri bin Mohd Radzi as he scores from corner kick again

Mohd Badri bin Mohd Radzi might just be the best corner kick taker in the world.

The Kelantan midfielder has garnered a reputation as a set-piece specialist after scoring direct from a corner on several occasions throughout his career, most recently on April 30.

But would you believe it, he's been at it again. Just one week later Mohd Radzi scored another straight from a corner kick, bending home a goal against Negeri Sembilan as Kelantan won 3-0.

The last time he did we asked you if you thought he meant it. And it's safe to say this time around there's little doubt - the midfielder's a genius from corner kicks.

Watch Mohd Badri's latest wonder-goal in the video below...


Copyright from  .givemefootball.com

Our Kapten Marbles do it again.This time is on 10 mei 2013,when Kelantan FA vs Negeri sembilan at Paroi Stadium.Good job Kapten...I hope Piya will often to try to do it in next Game.But it not easy ,Piya do this for second time in one week.Gourgoes and brilliant.The most particular player in Malaysia.The Malaysia Star...Nice this word rigt...GOMO PIYA GOMO!!!!!!!!

GO FOR MORE!!!!!!!!!!!