Tuesday 30 May 2017

MY WAY



    Assalamualaikum,dari apa yang saya bagitau hari tu tentang permainan bowling saya.Masa kini pun saya masih tercari-cari keadah yang sesuai untuk bermain di CCB.Bermain bowling bukan hobi semata-mata dah sekarang ni dan kena cari kaedah yang bersesuaian dengan bola dan cara mainan kita.Kalu dulu saya bermain di MIG BOWL dengan cara baling simple dan ketikan bermain di CCB kaedah ini masig belum dapat saya gunakan.Mungkin saya perlu buat 1 step throw.biasanya 1 step adalah kaedah yang paling sesuai untuk mencari corak baling.mungkin juga 3 step selepas itu.Bukan apa sebab 3 step drill adalah untuk mencari timing dan cara balingan yang betul dan selepas itu baru lah 5 step.


Kalau orang lain ada idola masing-masing.saya pun ada jugak Sean Rash dan mungkin saya akan mencuba juga kaedah ini dalam masa terdekat.Jarinya sahaja dan sekuat badak jantan dan balinganya sangat laju.Balingan laju ni masalah bagi saya sebab saya tidak biasa bermain laju kerana  yang pertama sukar untuk saya maintain kelajuan bola dan yang kedua corak balingan saya tidak sekata.



Baru-baru ni saya dan mencuba kaedah ini.2 angle video ini telah menunujukkan cara simple saya bermain.Thanks Coach Ismizul.Apa yang bermain di benak fikiran saya sekarang adalah yang pertamanya cara simple coach dan yang keduanya adalah cara Sean Rash tapi untuk kaedah Sean Rash saya cuma nak ambik cara dia membaling bola dan speed bola adalah kaedah saya.Saya juga pernah mencuba bermain di arrow 3 cuma kena buka dan flik bola tapai banyak sangat menggunakan kudrat jadi apa yang dapat saya rumuskan adalah bermian simple lebih baik.kalau tersalah baling ke terlebih tarik ke bola akan pergi outside pocket itu lebih selamat saya rasa.Ok lah apa-apapun saya akan mencuba kaedah simple ini pada game yang akan datang dan saya berharap sangat ada keputusan positif dari Bola Storm IQ kegemaran saya dan Bola Rotogri.Jadi apa yang saya perlu buat adalah Trainning dan terus Trainning walaupun di bulan puasa tapi latihan saya akan bertukar di waktu malam sesudah terawih semoga ada rezeki untuk bertemu cara palaing senang dan simple.Insya Allah...mudah-mudahan Allah permudahkan.amin...


sudah datang event CCB yang baru.kali ini format 3 6 9.ok untuk format ini strike telah di letakkan pada frame ke 3 6 9 jadi bowlers hanya perlu mencari strike untuk frame ke 1 2 4 5 7 8 10 11 & 12.Insyallah kalau tiada aral yang melintang saya akan bersama-sama untuk menyertai pertandingan ini.Melalui latihan 2 malam di CCB saya akan cuba guna bole Roto grip dan Akan bermain di arrow 3 dengan simple cruv seakan c tapi bukan c besar.Insyaallah saya akan bermain dengan semangat kesukanan yang tinggi dan mencari setinggi-tinggi score yang boleh.Event brunih no 20.Insyallah saya akan baiki kedudukan dari masa ke semasa.Harap ada sinar di ramadan yang berkat ini.Insyaallah

Saturday 27 May 2017

CCB FIRST EVENT 2017


  Pada 25 mei 2017 ,CCB membuat event pertamanya.Kawe juga menyertainya.Kawe turun dari rumah awal sikit hari ni sebab nak rasa rilex dan tak nak kejar-kejar masa sebab dekat CCB tu ada surau dan mudah nak solat.Kawe sampai sebelum magrib dah siap-2 makan kat rumah.Hari ni kawe nak betul-2 fokus.Selepas Solat kawe pun Mendaftarkan diri dan cabut undian dan kena lane terakhir di lane 28.Satu lane 3 orang bermain kira sedap lah tu kan.harap ada sinar malam ni.
  Bermula game yang pertama kawe menggunakan bola first ball tapi entah kenapa rasa berat semacam je bola tu malam ni.first game kawe buat score 222.Not bad lah untuk 9 pin tap ni.dalam hati dah terdetik semacam.rasa kurang senang dah datang.Tapi kawe stik dengan plan kawe untuk still main bola tu walaupun kawe tahu lane di oily pada jam 5.30 petang tadi.Kawe dah berlatih selam 3 hari untuk game ini dan telah memprogramkan cara mainan dan memang kawe nak kekalkan cara permainan ini tetapi masuk je game kedua dari awal dan susun strike namun datang split 2 kali.jadi kawe tukar bola pakai bola roto grip sebab bola first dan tunjuk ia memang dah x boleh nak main.Tapi masih dapat baiki dan dapat score 226.Level 9 pin sekarang ni dah tinggi dalam 280 ke atas .kawe berharap dapat buat satu game tinggi dan mungkin ada lah top 5 nanti.
     Game ke tiga kawe dapat score 249 ingatkan dah dapat 250 kurang plakk 1 pin.Takpelah tinggal satu game je lagi .harap sangat dapat buat perfect game namun first  trow je spare 8.Semangat dah turun sedikit namun kawe mngerah kundrat yang ada dengan cara permaian yang telah di set kan.namun lastly dapat score 220.jadi total score kawe 917.lepas semua result keluar ingatkan balik tangan kosong jer.rupanya no 20.bolehlah bawak balik rm20 .rugi sikit hari ni tapi xpe lah.sekurang-kurangnya kawe dah belajar dan makin tahu situasi dan apa yang akan kawe lakukan nanti.Thanks you CCB nest time kita fight lagi.

no 20 malam ni dapat RM20.

PIALA MENTERI BESAR TERENGGANU



Assalamualaikum,Pada 20 mei 2017 yang lalu,kawe telah menyertai satu Big event iaitu Piala M.B Terengganu tertutup Pantai Timur.Pelik jugak bunyinya kan sebab Menteri Besar Terengganu Tetapi di buat bukan untuk rakyat Terengganu tetapi di buka untuk rakyat Kelantan dan Pahang.Memang ada salahnya kerana Menteri Besar setiap negeri hanya seorang sahaja.Tidak ada seorang Menteri besar Pantai Timur kan.Persatuan, Sepatutnya fikirkan hal ini dengan lebih mendalam.Lagi satu jika kita sebut mana-2 event terutamanya Menteri Besar ,Pesatuan Boleh berjumpa dan memohon budget dengan M.B dan mendapat kelulusan untuk budget dan biasanya yuran bayaran tidaklah setinggi RM160.Bukan semua Bowlers di Terengganu akan bermain bukan kerana Yuran tetapi level mereka tidaklah boleh untuk menandingi level pemain-2 luar dari Terengganu.Jadi Piala Menteri Besar Terengganu ramai rakyat Terengganu tidak bermain kerana mereka tahu level mereka setakat mana.ada yang sama level pun tidak bermain juga mungkin mereka tidak setuju dengan nama event yang bukan untuk rakyat Terengganu.Tak payah membebel lah kan.
 Kawe bermain di Lane 28 bersama-sama bowlers yang lain.Tetapi apa yang berlaku di game yang pertama di mana kawe sendiri kena Fouls dan do screen tertulis perkataan F.yang menjadi masalahnya adalah score kawe akan menjadi rendah apabila score frame sebelum + 0(bila ada fouls) score akan menjadi rendah.Buat kali pertama kawe x kisah tetapi bila kena kali yang kedua kawe mula gelisah bukan apa sebab score tu lah.Ada Bowlers lain pun kena jugak last-2 kita orang complain.Fouls kalau kaki melebihi fouls lane memang betul fouls tetapi kalau bola melalui sensord pun kira fouls macam mana nak main?Complain demi compalain,akhirnya fouls lane di tutup.


Bersama kawan-kawan yang turut sama menyertai event ini.Kawe selepas 1 game bermain baru sedar Handicap kawe hanya 3 sahaja di berikan.Macam-2 masalah yang mendatang ni.kawe x kisah pun pasala handicap sebab apa yang penting adalah cara pemainan dan strategi kawe.Kadang-2 apa yang kita plan semuanya menjadi nyata tap kekadang sebalaiknya.Jadi tidak apa yang perlu di khuatirkan.Kawe bermain game pertama sebanyak 187 jatuhanan pin dan itulah effect dari fouls.sepatutnya dah boleh dapat 200 ke atas.banyak betul gangguan pagi ini.Tapi kawe masih fokus dan masih bersemangat untuk meneruskan momentum kawe as a plan.Game kedua barulah tenang sikit tapi jari kawe tak rasa flip macam semasa latihan.tapi dapat jugak score 185 jatuhan pin.game ketiga permainan kawe sedikit merusut hanya dapat score 158 jatuhan pin sahaja.Ini lah yang merisaukan kawe bukan apa.sebab kalau score bawah pada 180 jatuhan pin agak sukar untuk mengejar top 10.event behenti rehat sementara untuk solat asar.dan masa rehat ni lah kawe reset balik mental dan akan all out kerana dah agak jauh ketinggalan. 
  Sebaik sahaja game ketiga bermula..memang dah tanam hajat untuk bagi apa yang kawe ada.Alhamdulilah game keempat kawe dapat score 203 jatuhan pin.Tapi masa ni memang kawe main hard...baling laju sebab keadaan minyak lane dah mulai kering.Game ke lima pula kawe dapat highers personel best 230 jatuhan pin.Tetapi game terakhir mungkin kawe dah mula kepenatan dapat juga lah score 176 jatuhan pin.Tengol result jatuh terus ke tempat 37.So far so good lah kan.Melalui apa yang kawe bermain munkin kawe perlu kembali semasa bermain di MIG Bowl Astaka,walaupun coach kata cara tu tidak sesuai bermain di sini.Tak pe selepas game nanti ke atau bulan puasa ke kawe akan cuba cara bermain dengan cara lama.




jadi dari segi personel kawe tahu apa yang perlu kawe lakukan tetapi kawe tidak boleh ubah lagi apa cara bermain mungkin memerlukan sedikit masa yang lapang,mungkin dalam 2 minggu untuk dapatkan art game kawe.Insya Allah kita tengoklah ada yang terhasil nanti.
   Dari segi persatuan beberapa senarai yang perlu mereka lakukan melalui event ini dan bukan niat kawe nak cari salah tetapi untuk kebaikkan mereka dimasa akan datang.
1. Nama event dan kalau Menteri Besar Terengganu buat Tertutup untuk Rakyat   Terengganu dan tidak di buka untuk negeri lain.
2.Pemberitahuan Handicap kena bagitau awal.bukan game dah start baru bowlers dapat tahu.Handicap Interstate,Pemian Negeri dan Sukma hendaklah 0.
3.Fouls lane jika memebrikan masalah kepada Players baik tutup jer lah.Walaupun tempat baru mungkin ada silap kat mana-2 kan.
4.Yuran kalau Piala Menteri Besar Kecik dah lah,sebab kalau Yuran Besar Bowlers yang baru nak berjinak-jinak atau bowlers yang score bawah 170 tu memang x akan bermain.Carilah sponser dan jangan fikirkan untung dari yuran semata-2.
5.Borang Score sheet kena bagi awal-2 sebab masa di lane kawe bermain pun dah start game kedua baru borang score tu sampai.


Inilah Ajk tertinggi Persatuan di harap di masa akan datang mereka perlu lakukan yang terbaik dan Syabas dan Terima Kasih.


Tahniah Terengganu Kerana memenangi Piala Pusingan Piala Menteri Besar Terengganu

Ok lah next event dari CCB sendiri 9 pin tab.Insyaallah last event sebelum bulan ramadan.Harap kawe mampu bermain dengan high games..supaya ada lah cham sekali dalam sebulan kira ok dah







Monday 15 May 2017

KEJOHANAN TEN PIN BOWLING TERTUTUP (PTBDM)


Pada 13 Mei 2017,Persatuan Ten Pin Bowling Daerah Marang telah menganjurkan Kejohanan Ten PIN Bowling di CCB PB Square.Jumlah Peserta Seramai 70 orang.Yuran Yang di kenakan adalah RM70.Seperti mana Yang di posterkan pendaftaran sedikit lewat dalam 10.15pg baru pintu CCB dapat di buka dan Persiapan AJK kejohanan telah bersedia.Kawe Juga Menyertai Pertandingan ini.




ALhamdulilah ,dapat tempat ketiga.dari awal permaianan kawe memang menghadapai masalah kerana oily lane pagi ni adalah 41ft.biasanya CCB akan oily 39ft.jadi kawe agak bernasib baik kerana cepat menyesuaikan pergerakakan bola  dengan keadaan minyak lane yang sebegini.Kebetulan semasa live talecast malaysia open brunih Shalin Zulkifli ada menyatakan jika minyak panjang biasanya bowlers akan bermain di arrow 2,2.3 dan 3 yang mana palaing hampir dengan pocket.Nasib kawe baik sebab mungkin hari tu kawe bermain dengan speed yang agak laju.Bila gunakan arrow 2 bola x masuk dan kalau arrow 1.5 pun lagi jauh.Jadi kawe maintain arrow 3 atau dalam bahasa baru board 20.Kawe tahu pemain yang boleh meraih Piala kali ini dalam senarai kawe adalah Syazwan,MBI dan Madi.Namun kawe tengok Madi macam tak boleh bermain dengan condition lane jadi tinggal MBI dan Syazwan.Namun DKNY tiba-2 menjadi plakk.Kawe memang aim Syazwan dari awal lagi namun pada game yang kedua Syazwan mula mendahului kawe sebab masa tu ada beberapa spare dan split datang.namun nasib baik still boleh score 180.Namun selepas dua game baru result keluar keduduakan kawe masa tu adalah di tangga keempat.Namun kawe nekad untuk terus mengejar Syazwan.Sehinggalah pada game yang keempat (last game) Kalau kawe boleh ambik spare pada frame ke 10 dan spare pada frame ke12 mesti score kawe menjadi 840.Namun kawe redha,Frame ke 10 jadi sedikit gangguan  dan kawe miss spare tu.Kawe akan baiki kesilapan ini dan berharap supaya tiada ladi kesilapan yang boleh menjadikan kawe berada di bawah.Namun kawe masih bersyukur dengan apa yang berlaku pada hari ini Alhamdulilah mungkin Allah mahu mengajar kawe agar terus yakin sampai ke wisel penamat.


Memang Rezeki memihak pada Bukhari lah kali ini.Kawe memang tak target pun orang lain hanya fokus pada Syazwan je.Bukan Benci pada Syazwan namun kalu boleh mengatasi dia rasanya mungkin ada sedikitlah gerun dia pada game yang akan datang.Tapi tak apelah Syazwan Kita fight lagi nanti.Samada dia jadi atau Kawe yang menjadi.Kita Tunggu


Inilah dia Syazwan.Bekas Pemain Sukma Terengganu Tahun 2010 /2012 .Permaianan dia baik,kawe pun minat juga cara maianan dia.Tapi sebenarnya kawe masih tercari-cari lagi cara maianan yang paling sesuai sebab sekarang ni pun Bola Storm IQ kawe memang nak bermain board 20.Kawe rasa macam boleh bermain Board 8/10/15.jadi apa yang perlu kawe buat adalh kena buat three step dan roll bola tu dulu dan baru boleh tengok macam mana hasilnya nanti.


Inilah kawe atau nama dalam bowling NIK M.Nasib lah kan ...tu lah orang kata dalam bowling ni memerlukan juga sedikit luck.Kalau terlalu berhati-hati juga lain jadinyakan.Tapi masih apa yang kawe katakan tadilah nasib dan redha semoga tidak akan berulang lagi kesilapan itu di masa-masa akan datang Insyaallah satu lagi game besar pada 20 mei 2017 nanti.Target Kawe top 3.

Sesi bergambar buat kenang-kenangan bersama peserta yang masih ada dan majoritinya ramai yang dah balik.
Hadiah Kemenngan tempat ketiga






Zoom medal sikit.

Bertambah lah koleksi yang di kumpul sejak 2012
OK lah rasanya dah banyak yang kawe tulis kali ini lan ni bari no3 kalau champions mahu 2 helaian.tak adalah bergurau je so Target dari 2 dah tinggal 1 sahaja lagi semoga kali ini ada sinar buat kawe.

Hadiah 3 ribu oooi...sapakah yang bakal membawa pulang Piala MB Terengganu kali ini.dan apa yang tambah menariknya adalah baju kejohanan ini. dan kawe dah dapat patern yang di berikan Oleh MBI.Kawe memang minat Bola Storm dan baju juga baju Storm kan.

Insyaalah kawe tidak berani nak kata apa-2 sebelum game cuma berharap agar kawan-kawan doakan kejayaan kawe kali ini.4 event dah mencuba.Harap kali terakhir sebelum raya ada pula lah giliran kawe .Insyaallah semoga Allah membuka peluang dan ruang untuk kawe mengecapi gelaran juara.I will do all My Best.Akan ku berjuang habis-habisan kali ini.Hingga ke Balingan yang terakhir.

Wednesday 10 May 2017

Open Pantai Timur 9 Pin Tap

 Pada 6 Mei 2017 yang lalu kawe menyertai satu pertandingan 9 Pin Tap anjuran Halil dan rakan-rakannya.dah lama sebenarnya x main 9 pin tap ni.Yang last sekali seingat kawe adalah tahun lepas di mana MQ event Khayrol buat,Banyak budget habis.sampai hari ni masih tidak boleh cover up lagi,Ingatkan pada game ni blh top 3 blh lah bernafas sikit lagi.Itu adalah perancangan kita tapi kita tak tahu apa yang telah di Tetapkan oleh Allah S.W.T



Alhamdulilah kawe mendapat tempat keempat semasa blok pertama.kondisi lane di ccb membuatkan kawe kurang yakin untuk bermain blok kedua kerana apabila lane tu kering betul-2 bola akan masuk tajam dan bagi pemain hook seperti kawe risikonya amat besar untuk jadi split.Jadi kawe putuskan untuk hanya bermain pada blok yang pertama sahaja.

Kawe di berikan handicap 5 oleh penganjur.Sebab dulu pernah menang 9 Pin RM3000 jadi semasa game pertama rasa semacam yang datang .Cara baling bola jadi laju padahal dah biasa trainning pkl 6 ptg.Game pertama kawe hanya buat 201 jatuhan pin sahaja.tapi kalau bermain 9pin tap ni kalau setakat 200 kecik susah nak g top 5.Namun kawe cuba baiki untuk game kedua walaupun ada lagi debaran tu dan kawe berjaya buat 215 jatuhan pin tu pun belum cukup lagi nak kejar yang top di atas.Game ketiga baru datang rasa bermain dengan ketenangan dan rilex barulah kawe dapat score 251namun kawe akan cuba buat yang terbaik untuk last game.Selama bermain 9 Pin dulu rasanya blm pernah buat buat lagi perfect game.Namun di CCB kali ini Kawe berjaya buat Perfect game di game yang terakhir 305 jatuhan pin dan 5 pin belakang tu adalah handicap.


Alhamdulilah kawe dapat no 8.9 pin tap terbuka pantai timur.Tetapi rasa debar lain macam bila nak buat perfect game tu.terutama pada 3 frame last tu.sebarang kesilapan boleh jadi perkara lain.kawe biasa amalkan system lock di jari,pergelangan tangan ,siku dan bahu supaya tidak lari dan ketiak kena kepit hingga rasa .Lagi satu bila pegang bola tu kita rasa penuh di tangan dan jari telunjuk kena rasa kuat.Insyallah di lain event kawe akan sentiasa membaiki dan memastikan rasa sedap sentiasa wujud setiap kali bermain.Bulan Mei ni ada dua je lain event.Tertutup Terengganu single 10 pin pada 13 mei ini dan Terbuka Pantai Timur Piala MB Terengganu 20 mei nanti.Harap -2 ada sinar gemilang untuk salah satu event ini.akan ku berjuang habis-habisan.

FIRST BOWLING TOURNAMENT TERENGGANU CLOSE AT CCB

Pada 7&8 April 2017 Persatuan Ten Pin Bowling Negeri Terengganu Telah Menganjurkan Pertandingan Bowling Tertutup negeri Terengganu.Kawe adalah salah seorang AJK Pertandingan Namun masih berpeluang untuk turut serta.Bermain 6 game pada blok pertama kawe menngduduki di tangga yang ke-23 akan tetapi masih berjaya untuk masuk ke pringkat Master.Di mana 3 pemain lelaki dan 4 pemain wanita akan di pilih untuk ke kejohanan Interstate Kebangsaan yang akan berlansung di Sunway Megalanes K.L.Ini adlah result Men Open :-


Jadi jumlah penyertaan untuk kategori master lelaki adalah 20 orang dan Master Youth adalah 10 Orang.Kategori open akan bermain 8 games dan kategori youth adalah 6 games.bermain di tempat baru dengan kondesi lane yang baik.ALhamdulilah kawe adalah antara 6 terbaik negeri Terengganu.



So far oklah ,walaupun tidak berjaya untuk join interstate namun pengalaman tu yang sangat berguna untuk di masa-masa akan datang Insyallah.No 6 Terbaik Negeri Terengganu yang kawe pegang setakat hari ini.Insyallah kawe akan berusaha lagi untuk menuju top 5 atau sekurang-kurangnya 1 champions sebelum puasa.

Manakala di atas adalah keputusan Master wanita dan Master youth.berikut adalah beberapa gambar yang sempat di simpan sebagai kenangan.

Ketegori Youth bawah 21 tahun

Champions Kategori Open Men
Champions Men Master
Peserta Master wanita dan Youth

Champions master and top 4 bowlers

Semoga bertemu lagi di tahun hadapan mungkin masa tu sudah ramai yang memehami dan kaedah yang terbaik untuk bermian di CCB.Insyallah,Yang bestnya boleh masuk papaer sinar harian tuuu.

Tahniah Kepada semua yang berjaya dan berharap dapat mengharumkan nama negeri Terengganu di Sunway Megalanes nanti ....GOOD luck and High Scores.

Tuesday 9 May 2017

CORAL CROWN BOWLING CENTRE (CCB)

Akhirnya bowling centre Terengganu yang baru bakal di rasmikan pada 10 march 2017.Terengganu memnag sudah lama tiada tempat bowling yang besar dan selesa selepas runtuhnya tempat boeling di stadium.Yang ada pun di Astaka.Mig Bowl.Tempat tu oklah tapi ada satu ketika di tutup pula kerana masalah lesen dan Hutang.Walaupun di ambil oleh pengurusan baru tempat tu seakan tiada seri lagi kerana satu faktor ketiadaan lift dan condition tempat tu agak panas sehingga berpeluh dan basah lah baju jika berlatih di sana.Tetapi oilingnya banyak kepada pemain straight ball dan pemain hook perlu bekerja keras kerana kondisi lane tersebut.Dengan adanya lane baru.

Tempat ini begitu luas sekali dengan air-condnya sejuk giler.Lane sepanjang 36 lane.waktu operasinya pada jam 10 pagi hingga ke 1.00 pg.Lane conditionnya selepas oily ada lah hook seakan akan lane Sunway Megalanes tetapi sedikit hanya sedikit perbezaannya.Terima Kasih YB Menteri Besar dan Kerajaan negeri Terengganu.Insyaallah akn lahirlah Pemain-2 berbakat besar negeri Terengganu dan Juga Pemain bowling Terengganu.