Thursday 25 April 2013

HODAK NAFI KELANTAN BERMASALAH



“TIADA masalah dalam pasukan ini, semuanya ok sahaja. Pemain saya cuma penat.”

Itu tegas pengendali Kelantan, Bojan Hodak yang menepis andaian wujud masalah dalaman termasuk pembayaran bonus sehingga pasukannya dibelasah 6-1 oleh Maziya Sports & Recreation Club (SRC)  pada saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Stadium Rasmee Dhandu, kelmarin.

Sebaliknya, jurulatih kelahiran Croatia itu tampil mempertahankan prestasi pasukan sambil menyifatkan kekalahan disebabkan pemain cukup penat mengharungi jadual perlawanan padat sejak akhir-akhir ini.

“Saya tidak pasti tentang perkara (bonus) itu, tapi itu bukan punca kekalahan kami. Yang perlu anda tahu ialah pemain saya keletihan. Setiap kali tewas, taktikal saya dipersalahkan sedangkan musim lalu saya membawa tiga piala tetapi tidak ada orang pun mempertikaikan kredibiliti saya,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Prestasi turun naik Kelantan sejak kebelakangan ini menyaksikan pasukan tersebut menerima aib paling besar dalam sejarah penyertaan kedua mereka pada kempen Piala AFC sehingga dibelasah teruk kelab daripada negara ke-158 rangking dunia itu.

“Anda sendiri boleh lihat berapa ramai pemain saya yang tercedera, berapa ramai yang mengalami kepenatan tetapi kami masih mampu beraksi dengan baik meskipun tewas kepada Maziya SRC.

“Saya tahu keputusan ini memang sukar diterima penyokong kita. Malah saya sendiri tidak duga kami boleh tewas dengan jaringan sebanyak ini. Semua orang bercakap itu-ini setiap kali kalah tetapi mereka tak tahu betapa sengsaranya pemain kami mengharungi banyak perlawanan,” katanya.

petikan dari Klate.net

Kita sendiri dah lihat senarai pemain utama yang di turunkan Bojan pada separuh masa pertama.keadaan agak baik dengan pertahanan dan midfield yang di kemudikan oleh Shakir.Selepas Zamri Ramli di kenakan Kad kuning kedua rentak dan irama kita sedikit sumbang dan Bojan mengeluarkan Khairul Rosli dan di gantikan dengan Zairul FItree.Apa yang berlaku selepas Maziya menjaringkan gol penyamaan.Kita semakin perlahan dan Dimitri Petratos berlari sahaja di depan selaku single striker.kenapa pemain lain tidak backup? Farhan juga tidak bermain seperti biasa hanya berlari ke depan dan bertahan.Rasanya Farhan tidak fit untuk game ni.Begitu juga dengan Haris Safwan yang masin tercari-cari prestasinya,walaupun telah meledak satu gol.namun selepas itu semua hantaran dan gerakkan kita di baca baik oleh Maziya.
  Jika alasan Bojan mengatakan pemain penat kenapa separuh masa kedua Piya dan Indra dimasukkan.Sepatutunya Bojan memasukkan pemain yang boleh bertahan di masa kedudukan 3-1.dalam masa 45 minit 5 gol bolos.Memang sukar untuk kita terima.strategi dan susunan pemain kena sentiasa berada dalam 70%. di masa kedua kita lihat susunan pemain hanya 50% keseluruhannya.macam Azizi dan Nik shahrul sepatutunya di letakkan shahrul di tengah.Ada satu yang pelik katanya pemain penat tapi kenapa Apek selalu bermain seenuh masa ? kita ada Mat Shah dan seorang lagi penjaga gol kenapa tak routate kan mereka?

   
Apa yang pasti Tan Sri Mahu siasatan di buat ke atas pasukan kerana kekalahan ini,

Apa yg berlaku di Maldives memerlukan satu siasatan oleh jk pasukan negeri yg di pengerusi Dato Rosmadi..Walau pun kita faham kita munkin tidak memerlukan kemenangan kerana telah layak dan coach mahu merehatkan pemain NAMUN UTK MELEPASKAN 5 gol dlm 45 minit MESTI DI SIASAT.....

Apa pun semoga kita berjaya dalam AFC tahun ni dan berjaya juga mengekalkan pretasi terbaik sebelum semuanya sudah terlambat.Bangkitlah wiraku!!!!!!!!!!!!! GOMO KLATE GOMO!!!!!!!!!!

GO FOR MORE!!!!!!!!!!!! 

 

Wednesday 24 April 2013

PRESTASI TRW LEMAH: FAUZAN

Stadium Shah Alam 19.04.2013


“BUKAN prestasi sebenar Kelantan.” Itu ulasan wira PKNS FC, Fauzan Dzulkifli atas kemenangan 2-1 skuad Semut Api ke atas juara bertahan itu Sabtu lalu.

Menyifatkan saingan yang diterima daripada skuad kendalian Bojan Hodak tidak seperti yang dijangka, pemain tengah berusia 26 tahun itu bagaimanapun tetap gembira dengan kejayaan pasukan.

“Saya menghormati Kelantan sebagai juara bertahan, agak pelik apabila prestasi mereka malam ini (Sabtu lalu) sedikit lemah.

“Apa pun, tiga mata ini sudah pasti akan membantu pasukan memperbaiki kedudukan dalam liga sekali gus meningkatkan moral pemain untuk menghadapi baki saingan,” katanya.

Petikan dari Klate.Net

Mesti semua bagai terkejut dan tidak menjangkakan keputusan ini.Apa tidaknya,kalau pasukan yang kuat seperti ATM kita tewas mungkin ada alasan yg Bojan dapat berikan tetapi PKNS pun kita tewas.Apakah yang berlaku dalam pasukan TRW? ada isu-isu lain yang memungkinkan kita bekerja sebagai satu pasukan?
 Kawe pun tidak pasti apa yang berlaku di dalam pasukan.Nampak gayanya sesuatu perlu segera di baiki oleh TRW.Kita tidak boleh selalu tewas di kala kita sepatutunya sudah mula mengejar tempat untuk mendaki ke puncak liga.Jurang yang ada sekarang dengan barisan pasukan di atas sudah mula kosisiten dengan kemenangan nampak agak sukar untuk kita mengejar tapi segalanya tidak mustahil.Kawe yakin TRW bakal berada dalam top 5 bila semua masalah kepenatan dan tidak bermaya ini dapat di atasi.Insyaallah...BAngkitlah wahai worriors ku!!!!!!!!!!! rapatkan sah mu !!!!!!!!!!!!! Ayuh bangkit!!!!!!!!!! Demi Kelantan dan demi penyokongmu yang sentiasa berada di belakang.Di kala inilah TRW memerlukan pertolongan kita.....Janganlah tinggalkan TRW di kala mereka kalah....Ayuh  kita kembali bersatu demi satu bendera dan satu negeri..KELANTAN DARUL NAIM!!!!!!!!!!!!!!!


AYUH BANGKIT LAH PAHLAWAN MERAHKU!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


                            GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!

 

Saturday 20 April 2013

PIALA FA 2013 HODAK PUJI AKSI AHMAD FAKRI

Stadium Negeri,Petra Jaya Sarawak 16.04.2013

Kota Bharu: Ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak memuji persembahan bekas penyerang Atletico SC, Ahmad Fakri Saarani (gambar) yang beraksi cemerlang dalam perlawanan menentang Sarawak pada suku akhir kedua saingan Piala FA, di Stadium Negeri, Petra Jaya, Sarawak, malam kelmarin.

Selain Ahmad Fakri, jentera tengah Kelantan, Mohd Badhri Radzi dan Shakir Saari turut mendapat pujian daripada jurulatih berusia 41 tahun dari Croatia itu apabila berjaya menguasai permainan di bahagian tengah.

“Ahmad Fakri beraksi dengan baik malam kelmarin walaupun ia baru kali kedua dia beraksi bersama Kelantan. Semua orang boleh lihat dengan jelas keyakinan tinggi dimilikinya. Walaupun dia tidak menjaringkan gol namun saya gembira dengan persembahannya.

Bahagian tengah mantap

“Barisan tengah saya juga berjaya menguasai permainan di bahagian tengah dan membuat banyak gerakan merbahaya. Ia terbukti apabila hasil gerakan Piya (Mohd Badhri) berjaya membuka ruang buat Indra Putra Mahayuddin menjaringkan gol pertama Kelantan.

“Kami menguasai perlawanan di separuh masa pertama dan berjaya mendapatkan dua gol awal sekali gus memberi tekanan buat Sarawak. Kami bermain secara bertahan di separuh masa kedua kerana sudah mempunyai kelebihan gol,” katanya, semalam.

Kemenangan 2-0 ke atas Sarawak malam kelmarin membolehkan Kelantan mara dengan agregat 4-1 dan akan bertemu jiran tetangga Pantai Timur, Terengganu di peringkat separuh akhir 25 Mei ini.

Selain itu, Bojan turut berkata, pasukannya akan melakukan persediaan rapi sebelum pertemuan dengan Terengganu bagi memastikan Piala FA dapat dipertahankan The Red Warriors (TRW).

Petikan dari Klate.net


GO FOR MORE!!!!!!!