Monday 31 July 2017

LATIHAN PENGUKUHAN KECERGASAN DAN FITNESS SUKBOM NEGERI TERENGGANU 2017




 

 Latihan Sukbom Bermula dari 2.7.2017 sehingga 12.7.2017 .Kami bermula dengan Kem pusat di Kem Pengakap Kampung Telaga Batin.Siap pasang Khemah lagi.Budget sangatkan latihan kali ni.siap untuk tidur dalam khemah.

Kalau lah di beri peluang memang saya akan cadangkan fitness pada jam 7 pagi dan larian serta station ni dah tidak di perlukan lagi untuk sesi terakhir latihan bukan apa,fitness yes,memang perlu tetapi bukan pada fasa yang terakhir sebab kalu dari segi sains sukan pun memng dah tidak buat fasa akhir fitness sebab akan banyak mendorong kepada kecederaan kerana waktu beginilah teknikal dan tektikal perlawanan yang akan di titik beratkan bukan lagi fitness.Tapi dah arahan macam ni kan apa yang perlu di buat adalah pandai-pandai hadir tetap hadir dan time larian tu lari tanpa push muscle.
    Selepas Habis Sesi Fitness saya pergi kedai makan dulu ,bukan apa sebab matahari pun dah mula naik,sarapan pun simple je air panas nescafe/tea tarik dan kueh sekeping.selepas tu jumpa team basikal untuk memulakan kayuhan.3 hari dok dalam kem nak kayuh pun susah...apa lagi yang hendak di buat fitness kayuh basikal 80km tak fit lagi ke?Mana perginya kewibawaan pengurus-pengurus pasukan di sebabkan kemahuan pengarah jadi kamu semua senyap dan ikut sahajalah kan.Pergi lah belajar Sains Sukan apa yang perlu ada dalam Team setiapa acara dan macam mana nak mengendalikan sesebuah Team Sukan.Acara Basikal lain,Futsal lain,Bola Tampar lain,Net ball lain dan sepak takraw pun berlainan semua tak sama.Kalau basikal awal pagi dah fitness nak kayuh lagi 80km apa hal mana nak datang tenaga.fikirkanlah...

Dari Kiri Amri,Safiee,poknik dan En Zuraidi
 Dari Jadual yang padat kami tetap berkayuh hari ke-4 dah sampai ke Gong Balai ,pergi dan balik dalam 85 km..oklah hari pertama.Di sebabkan ada Fitness kami memutuskan untuk buat satu sesi sahaja ,risau kecederaan kalau push terlalu kuat.So lepas Kayuh Kami buat recovery masing-masing dan balik untuk rehat.Esok pagi pukul 7 dah kena ada kat Balai Bomba Kuala Terengganu. Untuk Nyanyian dan Fitness.
 Latihan Hari ke-5 kami teruskan latihan sama macam semalam dan balik serta recovery masing-2.Apa nak buat kan yang paling takut bagi rider basikal adalah kecederaan kerana krem dan musle pain pada betis dan peha.Hal ini rider yang sudah biasa berkayuh akan tahu pasal ni dan mereka cukup hati-hati semasa berkayuh,walaupun jauh ada caranya tidak bagi preasure kepada betis dan peha.Kami tidak ada jurulatih yang boleh membimbing kami ke arah kejayaan cuma kami banyak bertanya kepada Otai-Otai basikal ,ada yang mngatakan perlu menggunakan motorsikal untuk menarik kami dengan speed yang berbeza-beza dan ada juga yang mencadangkan agar kami mengunakan kaedah Cardian.Crank depan Besar dan crank belakang 17/18.Ini tektikal yang bakal telah kami gunakan untuk laatihan fasa akhir ni.Starting dengan Cardian speed 25 ke 30 dan 28 everage speed tidak laju tetapi jauh.Semasa nak sampai ke penamat kami gunakan speeding seumpama sampai ke garisan penamat.
  Hari ke-6 kami kena pergi ke kolam untuk recovery dan kasi sejuk balik kaki dan rest.ok jugaklah mandi kolam ni.berjalan slow-2 dalam kolam sampai kecut kaki baru naik.so ada antara kami yang nk repair basikal ke hari ni lah masanya sebab esok dah start kayuh.Basikal semua sendiri dan repairpun atas sendiri.Kami semua rider ni tidak kisah pun pasal belanja cuma kalu dapat sedikit boleh lah jugakkan cover yang mana patut. Hari ke7 adalah hari jumaat kami rehat sebab susah jugak nak berkayuh hari jumaat sebab banyak orang mngajar terutama jalan marang dan Kuala Berang.

Amri ambik gambar dari belakang
Hari ke-8 kami,setelah berbincang kami memutuskan untuk ke Kuala Berang.So Kami bermula dari Balai Bomba Kuala Terengganu ke Balai Bomba Kuala Berang.Jalan Ke Kuala Berang ok cuma jalan berbukit banyak sikit.kena banyak mendaki lah hari ni.semalam dah rest jadi hari ni kena kerja kuat sikit.main bukit oooo.

posing kat BBP Kuala Berang
Sampai sahaja di Kuala Berang kami singgah minum dulu rehat sekejap selepas itu ke Balai Bomba Kuala Berang Untuk ambik beberapa Keping Gambar untuk di buat laporan oleh pengurus nanti.
Semua rider berada dalam keadaan baik begitu jugalah dengan Basikal masing-2 semua berada dalam good condition.


Jauh perjalanan makin kami kenal kerenah dan rasa impak dari kayuhan dan rasa tu yang penting untuk kami jadikan panduan bila berlumba nanti.Semua orang tahu apa itu basikal mahal atau murah itu sudah berbeza.Basikal ni pun ada kaitan juga dengan Body type setiap rider ada bermacam-macam saiz.Kalau saya 52cm.


Selepas berehat apa lagi kami bertolak balik ke Balai Bomba Kuala Terengganu.selepas sampai kami bersiap untuk balik dan berehat dan sambil rehat tu kena jugalah lap basikal.bukan apa kalau basikal yang selalu berkilat tu perjalanan akan licin sebab kilatan tu membantu menambah kelajuan.kalau tidak percaya cubalah.
  Latihan Hari ke 9 kami berlatih semula ke Gong Balai .sebab jalan tu macam best je kan dalam 84km juga pergi dan balik.Hari ni Pengurus ikut,ini yang bestnya sebab bila pengurus ada kami rasa lain macam sikit.

Hari ke 8 selepas nyanyian kami ke kolam buat kali kedua dalam seminggu untuk recovery kali ni dua jam sebab geng netball ada friendly.so kami rider termasuk semua atlet lelaki berendam selama 2 jam sampai beku badan-badan.
  Hari ke-9 kami bermula balik ke Gong Balai kali ni bertiga sahaja sebab en zuraidi ada hal dengan JPJ so oklah kami bertiga.Macam biasalah.85km.selepasa itu balik ke rumah masing-2.untuk recovery dan rehat.Susahlah jugak sebab ada fitness bukan nk kecam masa kayuhan kami yang menjadi masalah sebab selalu kena bermula dari jam 8.30 pagi.kita baru sampai ke destinasi target geng pelapis dan bertolak balik ke Kuala Terengganu dah.Buat Fitness boleh kena tengok atas sukan lah kan.nak cakap banyak pun susah jugak.Kita Bukan dari Golongan berpangkat tinggi.Biarlah mereka fikir sendiri kalau mereka tidak tahu tanyalah MSNT ke MSN ke kan.Kita di Malaysia ni Khusunya Terengganu semua dah ada.Cuma atas kita je kan.

dari kiri Amri,Poknik dan Safiee.


Latihan hari ke 10 kalau ikutkan hari lah kan.tapi kali ini kami berkesempatan untuk pergi jauh sedikit dari hari kebiasaan maklum lah setakat hari ini acara lumba basikal Sukbom 2017 yang di hantar adalah 85km.kami kena berlatih hari-2.Dengan latihan sekarang kita banyak pada cardean dan bukan performance.sebab kalu berlatih Cardean ,performance akan datang sendiri nanti.


kalau tengok pada miles basikal kalu DST tu maknanya jarak yang kita pergi dalam km.So sekarang 108km.Ye betul itulah milesnya sebab kami bermula dari Balai Bomba Kuala Terengganu melalui sungai tong dan masuk ikut telaga papan dan balik melalui jalan pantai dan ke Balai Bomba Kuala terengganu semula.penat memang penat sikit sebab jarak tu jauhkan tapi oklah semua peralatan basikal berada dalam keadaan baik dari mula sampai akhir.Alhamdulilah...best sangat.
 Latihan hari ke 11 kami bermain jalan marang sampai ke Gong Balai dan u-turn sampai Balai bomba Kuala Terengganu.begitu juga hari ke -12 kami ke kolam renang selama 2 jam untuk recovery dan tiada latihan untuk hari ke 12.Latihan hari ke 13 kami memendekkan sedikit jarak kayuhan dalam 70km kerana pengurus ada hari ni cuma en Zuraidi sahaja tidak bersama sebab dah pulang ke Kuala Berang untuk pesiapan ke Kelantan.Kami tidak di letakkan harapan yang tinggi kerana acara ini tidak begitu famous acara lain.Cuma kami hanya berdoa semoga kami di berikan kekuatan dan hasil dari latihan ini dapat kami tonjollkan pada hari sebenar 17 july 2017 nanti.Doakan kejayaan kami semua.Selesai Latihan Sukbom 2017.




  

Monday 24 July 2017

LATIHAN SUKBOM 2017

Surat Latihan Sukbom 2017
Sukan Basikal untuk acara Sukbom 2017 ,pada permulaannya keputusan mesyuarat telah memutuskan untuk tidak menghantar pasukan basikal ke Sukan Bomba Malaysia Di Negeri Kelantan namun selepas mesyuarat Induk ketua kontijen di Kelantansebulat suara mengundi untuk memastikan setiap negeri menghantar pasukan basikal masing-masing kerana kos penganjuran begiru mahal sebanyak RM 16 ribu kalu sikit ke penyertaan Pihak Penganjur tetap kena keluarkan kos sebanyak itu.Jadi Pengarah Terengganu segera mengarahkan Tuan Hassan Bin Embong untuk segera mencari x rider dan rider bomba Terengganu yang masih sanggup untuk masuk acara ini.Saya Sebenarnya dah bermula dari bulan satu lagi dah mula berkayuh kalau tidak silap saya dah 344.6 km odometer basikal saya sewaktu saya menerima surat ini.walau apa pun pasukan tetap akan di siapkan.Pasukan lain sudah bermula fasa 1 latihan sebelum puasa lagi cuma team basikal sahaja baru bermula pada fasa ke II.

11.6.2017 malam pertama di bulan ramadan latihan bermula
Pada 11.6.2017 Team basikal Bomba Terengganu bermula latihan pada jam 10 malam dan berkumpul di perkarangan masjid terapung.Program malam ni kena ikut geng TSG,Sukma dan Pelapis lelaki Terengganu.cuak jugak saya bertemu dengan  geng TSG sebab beberapa tahun yang lalu saya pernah ikut TSG ni tapi kayuhan mereka memang mantap 50kmpj pun mereka mampu kayuh lagi.saya sejak mula ramadan memang dah x kayuh sebab menghormati bulan ramadan kan.TSG pun pergi berlatih di Korea.Geng Pelapis akan ke Thailand untuk berlatih di sana.Start kayuh dengan 35kmpjm sebelum selekoh pertama di Traffik light sotong Marang saya dan ketinggalan.Macam x daya nak ikut mereka sebab baru hari pertama namun saya tetap juga kayuhan sampai jumpa Amri di Petron dan Jumpa pula Safiee di Traffik light chendering.mereka buat 2 lap setengan last mereka u Turn di simpang tiga selepas masjid Tok Guru haji Hadi.Kami buat satu lap lagi dan habiskan kayuhan di maidin Kuala Ibai dan pergi minum dan Balik.

Latihan Hari kedua 12.6.2017
 Malam Kedua kami bermula seperti biasa kali ini saya terus bermula dengan Amri kami buat 2 lap selepas itu tamat di Maidin Kuala Ibai pergi minum dan balik.Pada hari ketiga pengurus baru pasukan telah sampai dan kayuh bersama kami.Tuan Khir Amir itulah nama Pengurus baru Team Basikal Bomba Negeri Terengganu.Kayuhan 2 lap dalam 35 km selepas itu kami minum dan balik.

Tuan Khir Amir turun bersama Team
Begitulah kami lakukan sehingga 15.6.2017 tetapi pada malam 16.6.2017 saya ingatka mereka masih nak berkayuh rupanya saya seorang diri sahaja pada malam tu.Saya buat 2 lap pusingan namun pada last lap terakhir 2 rider TSG datang dari belakang mereka cuba kejar saya dari tadi lagi rasanya.oklah sempat juga saya intai cara mereka berkayuh dan tengok crank speed belakang macam mana mereka guna.saya nampak dan saya akan cuba ikut macam mana mereka berkayuh.Tamatlah sesi Latihan Fasa ke -II Bomba Negeri terengganu.

REUNION RAYA 2017

Dari kiri saya ,Tg Norizlina,Herniza dan Syamsul
Kebiasaannya kalau hari raya memang tidak di nafikan ada yang akan membuat reuinion so kami kelas 5A1 SMKB tahun 1996 juga sempat kumpulkan beberapa orang yang berya di kelantan untuk bertemu mata dan beraya ada yang selepas sekolah tidak pernah jumpa namun berjumpa jua.dah 21 tahun kami xjumpa tapi semuanya Alhamdulilah bahagia dan selesa dengan kehidupan masing-masing dah bersuami dan beristeri serta berkerjaya malah kata orang tua-tua semua menjadi manusia yang berjaya dengan cara masing.Banyak jugak lah kami berborak-borak sampai nak balik pun rasa sayang.maklumlah 21 tahun ada yang tidak pernah jumpa.masing-masing ceritakan perihal masing-masing sampai lewat juga lah balik ke rumah.hahahhaa itu yang pertama .

dari kiri Tg Norizlina (5A1),Nieza (5A4) dan Siti maslina (5A4)
Makan d mc donald Taman Bendahara Pengkalan Chepa
Reunion campuran fasa kedua ,kami berjumpa di MC Donald ,Taman Bendahara Pengkalan Chepa kelantan.Dah lama sangat saya tidak datang ke MC Donald ni,nasib baiklah ada Reunion ni blh lah juga datang sini kan.Malam ni agak ramai yang di jemput tapi yang hadir seperti gambar di atas sahaja.begitulah kalau nak buat reunoin ni janji permulaannya nak datang bila jalan sibuk sikit je terus u-turn dan balik.biasalah kan.So Far oklah masih ada yang sopporting untuk terus menmpuh jem jalan semata-mata untuk bertemu sahabat lama.Macam -macam yang sedap dan tidak sedap di dengar tentang kawan-kawan yang lain namun kita orang cuma berharap agar mereka terus berjaya dalam usaha mereka untuk menjalani kehudupan seperti biasa.Saya berharap di suatu hari nanti kita boleh kumpulkan semua geng-geng kita SMKB dan buat terus sekali lamsam....lagi best rasanya.

RAYA 2017

Family foto di rumah adik iparku Shah
Alhamdulilah raya 2017 di sambut dengan penuh kesederhanaan dan saya bertolak balik dari terengganu ke kampung halaman saya pada malam raya 24/07.2017 pada jam 11 malam maklumlah malam raya jalan pun dah sibuk untuk keluar dari daerah negeri Terengganu.Tetapi apabila sudah sampai di Gong Badak jalan sudah mulai selesa untuk pemanduan.Saya dan Isteri pada mulanya merancang untuk pulang ke Rumah Isteri saya tetapi saat-saat akhir kami mengubahnya untuk pulang ke rumah saya.Maklumlah malam raya kan ramai adik-adik isteri saya sudah pulang kerumahnya dan keadaan manjadi sedikit pack.maklumlahkan Raya.

 Selesai sahaja solat sunat aidilfitri saya singgah ke rumah mok nik di depan rumah dahulu sebelum bertolak ke rumah Shah.oklah makanan kat rumah Shah pun banyak jugak.Saya masih dalam diet so makan pun sikit je lah.Apa yang penting meraikan kemengan pada hari ini.

Telatah Amjad kat rumah Shah
 Biasalah anak saudara yang comel namaya Amjad tapi mulutnya macam orang tua dah.x padan dengan umur.adiknya agak pemalu dan senyap sikit tapi biasanya si abang ni lah yang biasa kacau dia kesian juga tengok si adib.

Adik Saya Syabilla dan Suaminya Nazli serta Amjad dan Adib
 Selepas di Rumah Shah kami ke rumah tunang Adik saya yang ke-4.Baru habis M.A studies tunggu panggilan kerja je ni tapi belum panggil-panggil lagi.Normi tunang adik saya .Sebagai abg kena faham jugak lah kan baru bertunang x kan raya x pergi kot dahlah beli baju dah sedondong.Semoga Cepat jodoh mereka berdua.

Syahril dan Normi
Selepas ke rumah Normi baru kami semua bergerak ke rumah Isteri saya tapi setibanya di sana makanan sikit punya banyak lah.jadi makan je lah apa yang patutkan.

  Pada Raya yang kedua saya dan isteri ke majlis pertunangan adik isteri saya Fain di pasir puteh.Agak risau juga sebab raya yang kedua kan namun oklah semuanya berjalan lancar dan jalan pun masih ok sewaktu pergi dan balik.

dari kanan Fain ,ayah mertuaku dan bakal mertua fain
depan dari kiri ma(mak mertuaku dan tunang Fain
Fain dan tunangannya

selepas tu ada juga pergi ziarah rumah saudara mara kat pasir puteh dan rumah kawan saya Fazmi ingat nk pergi Semua rumah saudara -mara tetapi jalan jem teruk sangat tahun ni jadi yang mana sempat je lah kami semua pergi mana yang tidak dapat pergi tu Maaflah semoga ikatan persaudaraan kita semua tetap utuh dan bersatu.Selamat Hari raya Maaf Zahir dan Batin