Thursday 2 May 2013

THE 12TH WORRIORS BERIKAN TANDA SOKONGAN DAN PEMBAKAR SEMANGAT

Kawe memang minat ko Dimitri Petratos dan merasakan ramai jugak yang meminatinya di Kelantan dan semua penyokong.Salah satu pemain import yang boleh di katakan paling tinggi nilainya jika nak di bandingkan dengan yang lain.Setakat ni lah ,kawe tengok Dimi ni masa Pra Musim lagi.Di saat dan di kala itu penyokong dok penuh lagi stadium sebab baru dengan perlawanan persahabatan.Tapi kawe telah pergi beberapa kali untuk melihat sendiri pemain baru dan import baru TRW 2013.Memang masa perlawanan persahabatan menentang PKNS kawe memang kagum melihat kelibat Petratos nii.Skill dan boleh asist dan juga mempunyai larian yang laju.Setiap kali ada live ,wajib taubat kawe tengok,Kalau tak ada live melalui siaran Astro atau TV1 atau TV 9 kawe usaha jugak ko live streaming pun.Kot-2 mana pun nak tengok jugak.Semangat membara untuk Kelantan sejak dari dulu lagi tak pernah pudar.Kalau kalah sekalipun dalam hati kawe mengharapkan kita akan bangkit dari kekalahan ini dan akan memenanginya juga tahun depan.kalau bab Piala lah tapi kalau dalam saingan Liga kalau boleh nak bagitau pada player main molekk biar menang sokmo.tak menang seri tak apa dohh.


Kalau sebut nama Piya kawe berasa sedakk selaluh dohh.Tambah-tambah sekarang ni sudah bergelar pemain kebangsaan.Memang patut lama dah Piya berada dalam kem Malaysia tapi bakat dia dan kehebatan dia tak jelas pada pandangan RG.Tapi kawe berterima kasih jugak lah pada RG sebab panggil jugak Piya.Walaupun pada kejohanan peringkat wak payah nak menang.Tak perlu Khuatir kalau Real Madrid ada Iker Cassilas Kapten berwibawa Kelantan ada Piya.Piya ni nak di katakan dia hebat tak juga sebenarnya tetapi bila dia ada di atas padang padang permainan jadi sedak tengok.Sampai pasukan lain memang payoh nak menguasai bahagian tengah tambah-tambah ada partner kacip dia Shakir,Shakir ni banyak pada Defensive tapi bab ambik bola dengan tahan kaki orang memang tak ada orang boleh lawan dia.

Pada kawe setakat hari ni.Team AFC semasa Kelantan membelasah Da Nang 6-1 adalah team paling kuat setakat hari ini.Sebab bukan kerana jaringan yang banyak tetapi semasa bermain pergerakkan dan percaturan Bojan masa ni paling kemah.Dengan Defend serupa tembok china dan dengan Midfield yang control bahagian tengah dengan kemah dan striker menjalankan tanggungjawab yang tepat dan betul masa nii.Kawe rasa lah kalau team ini di kekalkan untuk AFC dengan prestasi pemain terbaik kawe tak malu nak katakan yang kita boleh ke peringkat akhir dan membuka Guniese World of record Malaysia pasukan pertama layak ke Final.Tapi kawe rasalah Kelantan hanya akan tumpukan pada AFC tahun ni di samping Piala FA dan Piala Malaysia.Liga super rasanya belum terlambat tapi kalau sempat kejar merupakan satu prestasi yang patut di takuti oleh pasukan yang ada di Malaysia.
 Kekalahan dan hancurnya rekod 2 tahun tanpa kalah di Kota Bharu perlu di jadikan iktibar agar jika perlawanan berlansung di SSMIV Kelantan paling teruk pun kena seri dan bukan kalah.Tapi baru sekali dalam 2 tahun tu pun sesuatu yang sukar di cabar doh.
  Selamat berjuang Wira pujaan hatiku semua.Berjuanglah bermati-matian untuk mencipta kejayaan demi kejayaan tanpa ada perkara lain yang boleh mencacatkan usaha kita.Kejayaan bukan datang dengan bergolek tapi kamu semua telah mendaki satu anak tangga ke satu anak tangga untuk mencipta TREBLES.Pengalaman dan pengajaran serta asam dan garam bolasepak kamu semua dah merasainya.Teruskan berjuang semoga kita bakal mempertahankan apa yang telah kita miliki dan dalam AFC kita mencipta sejarah baru.Kawe anak Kelantan,jatuh dan bangun pasukan kawe tetap menyokong tidak kira di stadium tau di alam maya yang penting Kawe dapat rasakan yang kawe juga sentiasa bersamamu THE REDS WORRIORS. GOMO KLATE GOMO!!!!!!!!!!!!!

GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!


No comments:

Post a Comment