Saturday 11 May 2013

HODAK: KELANTAN MAMPU BERADA DI KEDUDUKAN TERBAIK

SSMIV  7 MEI 2013


KELANTAN positif untuk menamatkan saingan Liga Super di kedudukan terbaik terutama selepas mencatat kemenangan 3-0 ke atas Felda United di laman sendiri, kelmarin.

Jurulatihnya Bojan Hodak sedar, selaku penyandang juara, peluang untuk mengulangi kejayaan sama agak sukar berlaku berdasarkan kedudukan mereka sekarang.

“Kami ada tujuh perlawanan lagi tidak termasuk perlawanan separuh akhir Piala FA dan kempen Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

“Semua ini cukup penting, jika tak dapat pertahankan kejuaraan, kami perlu mengakhiri saingan liga domestik dengan keputusan positif,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mengenai kemenangan ke atas Felda United, Hodak akui, rentak barisan pemainnya bermula agak perlahan sehingga mendapat tekanan awal daripada pihak lawan.

“Segalanya berubah apabila kita menjaringkan dua gol dalam tempoh tiga minit dan kembali menguasai perlawanan. Awal babak kedua kami hilang punca namun kemasukan pemain tengah, K Nanthakumar berjaya mengimbangi corak permainan.

Dalam perkembangan sama, Hodak akui tidak mahu menanggung risiko menurunkan penyerang import, Dickson Nwakaeme lebih awal kerana masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan otot paha.

“Walaupun beraksi tujuh minit, Nwakaeme mampu mengucar-ngacirkan benteng pertahanan lawan. Saya percaya masanya akan tiba untuk dia bermain sepenuh masa tidak lama lagi,” katanya.

Petikan dari Klate.Net

 ALhamdulilah kawe menjejakkan kali jua di Stadium Sultan Muhammad Ke IV.Kebetulan balik mengundi dan ambik cuti sendiri.Suasana sekarang di Stadium agak jauh berbeza sedikit mungkin sebab baru lepas PRU13.Biasanya Stadium sudah penuh seawal 6.30petang dan dari aspek penilaian dari adik kawe Syahril biasanya dia datang pukul 8 malam masih boleh duduk di astaka.Fenomena baru ke nii? 
 Kawe dan Fazmi serta adik dan gengnya masuk pada jam 8 malam di dalam stadium melalui Gate G.Keadaan masa ni di score Board sudah penuh dan hanya di sebelah kanan ada ruang untuk kami naik anak tangga dan duduk di situ.Semakin lama semakin penuh.Masa ni para pemain dah buat worming up.Pada jam 8.30 malam ruang kosong mula di penuhi oleh penyokong Kelantan.Mungkin ada yang balik mengundi dan sambung cuti yang masih berada di Kelantan.Ternyata meleset ramalan adik kawe malam ni.
  Bila pemain mula memasuki padang barulah keseluruhan penyokong memenuhi keseluruhan ruang kosong yang ada.Tahniah kepada semua penyokong Kelantan kerana memenuhi jua SSMIV.Permaianan masa pertama bermula agak perlahan dan beberapa peluang terhidang gagal di menfaatkan.Fakri mempunyai peluang terbaik melalui tandukkan namun tandukkannya tersasar.Selepas itu Fakri macam hilang fokus dengan kawalan bola dan hantaran yang tidak tepat membuatkan penyokong "Boo" setiap kali Fakri mendapat bola.Namun jaringan Indra menerusi kesilapan pertahanan Felda mudah menolak masuk bola ke gawang.Nik Shahrul Azim sekali lagi menjadi duri dalam daging kerana membuat umpanan cantik dan di tanduk masuk oleh Indra sekali lagi.
   Bermula separuh masa kedua Kelantan di asak oleh Felda yang ingin mencari Gol penyamaan namun tindakan bijak Azizi ,Obinna dan Nik Shahrul serta Zairul Fitree mengekang asakkan lawan membuatkan Felda berputih mata.Beberapa serangan Felda juga gagal menembusi bentang terakhir Kelantan yang di kawal oleh Apex.Setiap kali gol pastinya gamat stadium namun kali ini agak berbeza.Kita hanya laungkan GOl..gol...gol... sahaja dan di mana laungan keramat GOMO KLATE GOMO? mungkin kesan PRU 13 masih berbekam di dada penyokong dan ada desas desus menyatakan yang Anuar Musa akan berucap sebaik tamat perlawanan.Namun Jaringan Piya menyemarakkan lagi semangat Penyokong Kelantan.Kemasukkan Nakaeme juga sedikit mengembirakan Penyokong walaupun masih belum 100% cergas namun kehadirannya membuatkan suasanan menjadi kemas dan teratur.Walaupun keseorangan di hadapan dia masih mampu mencipta laluan baik kepada rakan-rakan.Harap Nakeame cepat cergas untuk bermain sepenuh masa.Bojan macam ada menyimpan beberapa pemain untuk hadapi AFC dan pemburuan tempat terbaik liga.kerana di waktu ini kita masih ketinggalan 11 mata dengan lions XII.


   Oleh kerana Desas-Desus yang Tan Sri akan berucap ,ramai penyokong keluar awal kalau tak silap kawe 2 minit sebelum perlawanan tamat.Mungkin Tan Sri hanya ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan terhadapnya namun pemikiran dan mungkin bosan selepas tamatnya PRU13.Jadi tak salah apa yang ingin di lakukan Tan Sri.Namun mungkin ada yang sensitif sebab tu lah sebaiknya jangan di campurkan politik dan Bolasepak walaupun perkara kecil.Harap Tan Sri mengambil kira perkara ni di masa depan.
   Apa pun kawe puah hati tengok bola malam nii dengan jersi baru yang di sponser oleh adik kawe sebab jersi kawe tertinggal di Terengganu.Terima Kasih kasih adikku.Semoga kita dapat membaiki kedudukan ke yang terbaik.

 GOMO KLATE GOMO!!!!!!!!!!!!!

GO FOR MORE!!!!!!!!!!! 

 

No comments:

Post a Comment