Tuesday 2 July 2013

GOL NORFARHAN JULANG KELANTAN SEBAGAI JUARA PIALA FA

SNBJ 29 jun 2013



Gol tunggal Norfarhan Mohd seawal minit ke-15 menjulang Kelantan selaku juara Piala FA buat musim kedua berturut-turut, mengecewakan barisan lima bintang dari selatan tanah air, Johor Darul Takzim di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Aksi bertenaga di babak pertama terutama menerusi sentuhan kelas tersendiri kapten, Badhri Razi serta gandingan mantap tiga serangkai, Norfarhan, Dickson Nwakaeme dan Fakri Saarani menyaksikan JDT bimbingan Fandi Ahmad umpama tergamam dan tidak berupaya untuk menjelmakan tentangan sengit.

Selepas gol jaringan Norfarhan yang merembat masuk hantaran Piya, Fandi pantas mengeluarkan Safee Sali untuk digantikan dengan Leonel Nunez namun ia tidak berhasil memberikan impak di mana Kelantan terus mendominasi barisan tengah dan melancarkan serangan demi serangan menerusi sentuhan kreatif Piya.

Kelantan seharusnya menambah tiga atau empat jaringan di babak pertama tetapi Fakri, Dickson mahupun Norfarhan kesemuanya gagal menyudahkan peluang yang hadir tatkala JDT terus hilang punca.




Keputusan Fandi melakukan dua lagi pertukaran awal juga tidak membantu tatkala Norsharul Idlan tidak menampakkan nilainya sebagai penyerang terbaik negara manakala safiq Rahim pula seperti tidak wujud di atas padang.

Meskipun cuba bangkit di babak kedua, JDT gagal menembusi gawang Kelantan dikawal kemas Khairul Fahmi Che Mat dan keputusan kekal 1-0 hingga wisel penamat.

Kelantan merupakan pasukan ketiga selepas Kuala Lumpur dan Kedah untuk muncul juara dua kali berturut-turut.

Petikan dari laman Web rasmi TRWFC


Alhamdullilah dengan berkat dariMU YA ALLAH,kami semua bersujud syukur ke atas kejayaan yang telah Engkau berikan.YA ALLAH ,YA RAHMAN YA KARIMM,Amin.


Semua Penyokong dan peminat bolasepak Kelantan bersyukur dengan anugerah dari Allah kerana telah mengizinkan KELANTAN MENJADI JUARA PIALA FA pada tahun 2013.Dengan Halangan yang menimpa dari awal musim Kelantan membentuk pasukan dengan mengambil langkah peningkatan dari perlawanan demi perlawanan.Walaupun tindakakan Bojan Hodak banyak yang di pertikaikan oleh penyokong finatik namun BOJAN tahu kerjanya.Yang paling teruk adalah semasa melawan JDT ,sebelum FInal kerana TSHAM sendiri menyatakan perlawanan itu adalah tektikal paling Bodoh namun,Bojan membuktikan dengan kemenangan besar 4-0 ke atas Terengganu.Dan aksi timbal balik yang mendebarkan.Namun Kelantan berjaya juga melangkah ke Final.Apa yang Bojan telah buat,kebanyakkannya mendapat kritikan namuun Bojan lebih tahu prestasi pemainnya.

 Penyokong Kelantan memnuhi segenap penjuru kawasan Kelantan,malah ada yang di khabarkan terpaksa berdiri untuk melihat aksi final ini.Kawe tidak mendapat peluang untuk ke SNBJ kali ini kerana kritikal dengan kerja.Tak pe lah 2 wakil dah pergi ke sana dari keluarga dan sepupu-sepapan semua dah pergi.Ujian kawe kali ni kan.Namun kawe terima dengan redha.



Farhan hanya sebagai penonton tahun lepas namun tahun ini dia boleh bermain dan menjaringkan gol pulak tu.Memang Ben 10 ni ada auranya yang tersendiri.Apa yang menarik Hantaran dari Shakir kepada Piya dan Piya melorongkan Killer Passnya untuk Norfarhan dengan mudah menewaskan Al-Hafiz.Jaringan pada minit ke 16.Dan seolah -olah mengambarkan yang Piya bakal menjadi pemain tebaik.Semestinya dia lah pemain terbaik Final Piala FA 2013.


Fakri juga pada perlawanan ini menunjukkan satu peningkatan yang di tunggu selama ini.Dia bagai membalas kepercayaan yang di berikan oelh Bojan dan malam tadi kawe yakin,dia kan terus meningkat dan akan memberikan sedikit perasaan suka di hati peminat dan Penyokong Kelantan.


Mohd Badri Radzhi seorang pemian yang bebas bergerak malam tadi kerana barisan tengah JDT tidak berfungsi dengan baik.Nama-nama seperti Shafiq Rahim dan Pemain import johor Andrezinho boleh di katakan tidak mendapat ruang bagi membuat hantaran.Ini Kerana apabila bola sampai pada striker JDT 3 orang pasti akan mengepung dan bola kebanyakkannya bola dapat di menangi oleh pertahanan Kelantan


Barisan Pertahanan Kelantan di terajui oleh Obinna,Azizi,Nik Shahrul dan Daudsu bijak mengawal pemain serangan JDT.Nama-nama seperti Shafie Salli dan Mat Yo gagal mendapat ruang dan peluang di samping ketangkasan Apex yang berada di puncak prestasi.Namun ada yang agak terkejut dengan Bojan menurunkan Ropy atau Zairul Fitree di bahagian sayap kiri menggantikan tempat yangh biasa di isi oleh Indra.Mmeang ramai yang tidak menyangka tetapi keadaan indra yang belum cergas 100% membuatkan Bojan mengambil langkah ini.JDT membuat pertukaran awal seawal minit ke 17 mengeluarkan shafiee salli yang di lihat gagal mendapatkan bola.Separuh masa kedua JDT mengeluarkan Shafiq Rahim dan Anrezinho dan di gantikan dengan pemain tempatan.Memang barisan tengah JDT gagal berfungsi malam ini.Kelincahan Awe di kawal rapi oleh Nik Shahrul dan membuatkan Awe terpaksa menukar posisi kekiri dan ke kanan kerana kesukaran memecahkan benteng Kelantan.


Kemungkinan langkah Fendi yang menukarkan beberapa pemain yang di harapkan dapat memberikan kesan kepada pertahanan Kelantan namun JDT malam ini seolah-olah sukar untuk bergerak dengan kekantalan Kelantan.Sehinggakan Shakir dan Piya bebas bergerak dengan kawalan minimum dari JDT.2 key Player Kelantan jika di biarkan pasti mereka mampu mencipta banyak gerakkan ke kubu JDT yang di lihat semakin longlai dengan ketiadaan Aidil.Hakikatnya banyak percubaaan namun sentuhan jaringan banyak menuju kepada penjaga gol JDT.


Dickson Nakaeme juga mempunyai banyak peluang namun malam ini dia agak tenggelam dengan kelibat Piya,Shakir dan Farhan menguasai malam Final ini.Namun kreadit patut di berikan kepada Fakri yang sedang bertungkus lumus berusaha meningkatkan prestasi beliu dan malam ini dia menunjukkan usahanya selama ini sudha menampakkan hasil cuma nasib sahaja belum menyebelahinya.Cara dia bermain,hantaran dan cubaannnya boleh di katakan bakal mencipta jaringan cuma dia memerlukan sedikit sahaja lagi untuk melakukannya.Kawe rasa jika Bojan memberikan sedikit lagi masa untuknya,dia pasti akan menghasilkan jaringan,Insyaallah.


Gandingan Fakri dan Nakaeme banyak mendatangkan bahaya kepada kubu JDT namun beberapa percubaan mereka di nafikan dengan kecekapan penjaga gol JDT yang bermain baik malam ini.Namun Apex di lihat agak berehat kerana hanya beberapa kali bola melepasi pertahanan yang lainnya tidak dapat memasukki petak D Kelantan.



Apex agak rilek malam ini kerana barisan pertahanan Kelantan sememangnya kebal dan bertindak bijak di samping Azizi cepat memotong bola hinggakan Mat yo gagal mendapat peluang yang diinginkannya.


Penjaring tunggal dan kemengan Kelantan malam ini.Norfarhan yang bijak melepasi perangkap offside dan menerima bola dari Piya.Killer pass + Killer shoot.Ben 10 via Automan...


Kita berjaya !!!!!!!!!! itulah dia Apex yang bertungkus lumus memastikan dia dan kawan-kawannya berada dalam kelas tersendiri pada malam ini.


Wahh Luka Bojan pun ada jugak yee.2 pemain import yang berjaya mengawal dan menyerang dengan baik demi memastikan perancangan dan tektikal berjaya malam ini.


Lagu Ayoh Kelateku bergema di Stadium Nasional Bukit Jalil di mana lagi ini di nyanyikan serentak dan senada oleh pemain ke 12 Kelantan.


                                          
 

Walaupun melihat dari kaca televisyen apabila lagu ini di dendangkan dengan bergemanya naik dan berdiri bulu roma dan sama-sama menyanyikannya.Penyokong Kelantan Terbaik dan paling sporting malam ini.

Piala FA ini khas untuk Penyokong Kelantan dan Peminatnya serta seluruh rakyat Kelantan.Tahniah Kelantanku kerana berjaya dan kita ada satu lagi Piala yang perlu kita kekalkan di bumi Kelantan.Piala Malaysia adalah misi kita seterusnya di sampaing beberapa pemain yang akan mula di pancing oleh Kelantan bagi menguatkan jentera serangan.DI kahbarkan JDT sudah mendapatkan Pablo Aimar namun belum ada kenyataan rasmi dari JDT.Kelantan di katakan sudah mengikat kontrak dengan Petratos dan beberpa lagi pemain bakal masuk dan keluar.namun pemain yang masih berada dalam pasukan masih berpeluang membaiki segala kelemahan jika masih ingin bermain dengan Kelantan untuk musim depan.Insyaallah tahun dean akan rampas semula 3 Piala di samping ingin melangkah jaun dalam AFC.Kekalkan tekad ,kuatkan Azam dan kejayaan pasti datang.Insyaallah..ALLAHUAKBAR!!!!!!!!

GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!



 


 

No comments:

Post a Comment