Monday 11 November 2013

HARI INI GENAP 1 TAHUN ARWAH ABAH PERGI

Al-Fatihah tanggal 11.10.2012 Abah telah pergi buat selamanya.Satu kejutan pada kawe.Tapi Allah lebih menyayangi Abah.Hari ini genaplah setahun.Semoga Abah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh serta di masukkan ke dalam salah satu syurgamu.Ya Allah,aku tak kuat berilah kekuatan pada hambamu ini.Harap Ibu dan adik-adikku semua terus tabah.Arwah adalah master main dalam family kami.Dia pergi pula dengan Kematian mengejut ,serangan jantung.Memang satu kejutan terbesar bagi kami semua.Namun In Shaa Allah,kami redha dan mula belajar tanpa Abah namun segala yang kawe belajar dan di ajar oleh Arwah akan kawe teruskan.


Kereta KE-50 arwah kini di bawah jagaan kawe.Ibu sekarang ni duduk di rumah bersama Izzat dan syila.Syila telah behenti kerja di JB dan menetap di Kota Bharu untuk jaga Ibu.Syahril pula telah dapat kerja MA di seremban.Syabilla masih di Bentong Pahang.Syamilla masih stdy di UTM Johor. Kawe masih di Terengganu.Bila lah semuanya boleh pulang duduk bersama.Agak susah untuk buat.aku masih tak berani nak mintak tukar.Sebab sistem di Kelantan kalau balik pun sekurang-kurangnya 3 tahun kena duduk di Gua Musang atau Jeli.Ermm.duduk Terengganu lagi dekat dari Kawasan tu.
  Minggu lepas,Sewaktu balik kerja dengan kereta arwah.Hujan lebat dan kawe pun buka Air cond untuk menghilangkan kabus pada cermin.Tiba-tiba macam berada di zaman naik kereta bersama Arwah Abah.Terdengar kata-katanya "kereto ni,kalu huje kena buko cermin sikit kalau dok gakk tak nampok gapo".Kawe pun buatlah dan memang betul bila buka cermin sikit kasi angin luar masuk cermin akan jadi clear.Itulah Ilmu yang bermenfaat yang di ajarkan.Seminggu sebelum Arwah meninggal tahun lepas.Dia banyak menyampaikan amanat.Along kita anak sulong dengan adik beradik jangan baloh.kerana mengalah sokmo.Biar kito susah jangan we adik-adik kito susah.Aku hanya mengangguk.Anak sulong tugas dia besar tak orang lain doh nak jaga Ibu dan adik-2.Walaupun ketika itu rasa x puas hati ada tapi kawe telan jugak.Kejadian dalam kereta arwah pun terjadi seminggu sebelum genap setahun.Petanda yang Arwah genap setahun.Kawe tak janji apa-apa cuma akan cuba yang terbaik.Selagi ada daya upaya kawe akan cuba lakukan.Harap Adik-adik aku tahu jaga diri semdiri dan pandai uruskan diri mereka.
  Walaupun Arwah sudah setahun pergi yang susahnya bila kawe nak ulas pasal bola Kelantan.Dulu banyak refer dengan Arwah sekarang aku kena belajar dan tengok serta kaji sendiri tapi setakat ini masih kurang sempurna sebagaimana ketika Arwah ada.Macam mana kawe nak meningkatkan lagi,kawe pun tak tahu.sebab biasanya kawe ulas mengenai tektikal dan susun atur pemain pada satu-satu perlawanan.Untuk 2014 In Shaa Alllah kawe kena wujudkan strategi baru.nantikan.
Ya Allah,Ya Tuhanku,Ampunkan lah aku.HambaMu yang serba kekurangan ini.Memohon Agar Engkau Ampunilah Dosa-dosa Ibuku,Berikanlah Ibuku kesihatan yang baik dan sembuhkan Ibuku dari  segala penyakit Ya Allah.Berikanlah ibuku rezeki dan Kau tambah-tambahkan lah Ya Allah.Ya Allah Kau ampunkanlah Dosa-dosa Arwah abahku.Kau tempatkanlah Abahku dalam Golongan hamba-hambaMu yang Beriman dan Beramal soleh serta masukkanlah Abahku dalam salah satu Syurgamu.Amin Ya Robbana Alamin...




No comments:

Post a Comment