Monday 22 February 2016

JENTERA SERANGAN KELANTAN PERLU DIASAH

Pemain Kelantan, Dramane Traore (tengah) cuba melepasi benteng pertahanan PDRM dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu kelmarin.



KOTA BHARU – Kemenangan tipis 1-0 yang dilakar Kelantan ke atas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV kelmarin cukup melegakan pengendalinya K. Devan.

Devan menghambur pujian kepada barisan pemain yang disifatkan mempamerkan peningkatan lebih baik berbanding aksi pertama ketika menentang Perak, yang berkesudahan seri 0-0 Sabtu lalu.

Katanya, kemenangan itu menjadi tonik berguna buat seluruh pasukan untuk mengharungi saingan Liga Super musim ini, selain menyuntik semangat tambahan menjelang saingan Piala FA menentang UKM FC Sabtu ini.

“Secara keseluruhan saya amat berpuas hati dengan komitmen pemain yang menunjukkan semangat juang tinggi dan mencipta banyak peluang.

“Bagaimanapun, jentera serangan masih tumpul dan perlu diperbaiki dengan segera,” katanya selepas tamat perlawanan.

Kelantan terpaksa berhempas-pulas dan menunggu hingga minit ke-65 untuk memperoleh jaringan pertama menerusi Dramane Traore.

Devan memberitahu, dia tidak menolak kemungkinan kehadiran semula ketua pasukan Mohd. Badhri Radzi turut membantu Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) meraih keputusan positif.

Katanya, Piya telah melaksanakan tugasnya dengan baik apabila membentuk gandingan mantap dengan pemain dari Brazil, Jonathan Lucca di bahagian tengah.

“Bahagian tengah kami berfungsi dengan baik dan saya harap momentum ini dapat dikekalkan untuk perlawanan akan datang.

“Bukan itu sahaja, kami turut bertahan dengan baik dalam perlawanan ini dengan mengekang setiap asakan pihak lawan,” ujarnya.


petikan dari : http://www.utusan.com



nak komen banyak -banyak pun susah jugak sebab tak tgk game ni sebab tiada live.Di fahamkan pada malam game ini telah di rasmikan TRWTV oleh Tan Sri Anuar Musa.Tapi siarannya masih belum dapat di lihat.Penyokong Kelantan berada di mana-mana kawe mintak di segerakan siaran lansung ini.Kalau dah rasmi maknanya sudah boleh tengok kan.Cepat-2 tidak sabar doh nii.

DSV membuat prediction bahawa Kelantan akan menang 2-1. 

 
First Eleven
Troere menjaringkan gol pertamanya dan juga gol kemenangan Kelantan.
cuma nak komen sikit pasal stiker kelantan ni Traore musim lalu dia merupakan pemenang kasut Emas namun apa yang di pamerkan setakat ini adalah bawah par.





 namun jangan di lupakan asist game ini adalah Piya melalui tendangan sudut.
next game Super Best Power Piala FA.Apa pun............

Go FOR More!!!!!!!!!!!!!!!!

 GOMO KLATE GOMO!!!!!!!!!!! 




No comments:

Post a Comment