Thursday 2 February 2017

"Otai masih berbisa" - Ghaddar dan Piya




Kelantan berjaya membuka perlawanan pertama dengan kemenangan bergaya setelah menang 3-1 ke atas PKNS petang tadi. Jaringan dua gol Ghaddar pada minit 19, 22, dan Piya pada minit 49 sudah cukup untuk menambah kedukaan PKNS yang terpaksa akur kalah kali kedua perlawanan awal Liga Super 2017.
Ghaddar dan Piya berjaya membuktikan diri mereka masih berbisa menghiburkan seluruh penyokong Kelantan. Kemenangan ini diharap mampu mengembalikan kemeriahan bola sepak Kelantan yang akan berhadapan dengan saingan hebat JDT I di Kota Bharu 4 Februari ini.

 Ternyata pilihan Zahasmi Ismail mampu mencipta gandingan mantap di setiap posisi meskipun baru pertama kali diturunkan dalam perlawanan sebenar. Keputusan muktamad Kelantan berjaya membawa pulang 3 mata berharga dari bumi Selangor. BERSATU DEMI KELATE. GOMO KELATE GOMO.

Tidak banyak dapat kawe ulaskan mengenai perlawanan pembukaan ini kerana yang pertamanya tidak melihat sendiri perlawanan ini dan hanya melihat melalui siaran online sahaja dan apa yang pasti Ghaddar dan Piya menunjukkan persefahaman yang baik dan Ghaddar mampu dan telah faham keadaan dan keadah untuk bermain bersama TRW 2017 ini dan Kawe berharap dengan kehadiran Mat Ghaddar ini Kelantan akan berjaya Meraih sekurang-kuranganya 1 Piala.
  
"GO FOr More"
"GOMO KLATE GOMO" 

No comments:

Post a Comment