Thursday 19 October 2017

RACE DAY ACARA BASIKAL SUKBOM 2017

Tag SUKBOM 2017 Negeri Kelantan
Alhamdulilah kami telah test track lumba basikal yang sepatutnya diadakan di Tunjung telah di tukarkan ke Jalan Melawi Bachok Kelantan.Satu Pusingan Track adalah 27.4km..selepas 1 loop baru boleh ambik bekalan seperti minuman dan suplyment tambahan.
Track Lumba Basikal di Jalan Melawi Bachok,Kelantan
Pada 17 Haribulan Julai 2017,Kami bergerak dari Asrama UMK di Taman Bendahara ,Pengkalan Chepa seawal Pukul 6.30 pagi.Kami sampai di Lokasi Perlumbaan Pada Jam 0700 pagi.Beberapa Team Sudah ada yang sampai lebih awal dari kami.Setibanya di situ kami melakukan persiapan dan dari 5 pelumba hanya tinggal 3 sahaja yang fit sepenuhnya.Tuan Khir Amir tidak dapat menyertai perlumbaan kerana tidak sempat berlatih kerana urusan kerjanya selaku Penolong Pengarah Bahagian Operasi Negeri Terengganu.Sementara Amri tidak dapat berlumba pada hari ini kerana tisu pehanya koyak.dari keadaan makin teruk baik dia tidak berlumba lah kan.

Dari Kiri Poknik.Safie dan En.Zuraidi

3 Pelumba pada Tahun 2017 ni,Tidak Mengapalah asal kami dapat menyertai SUKBOM 2017.Dari segi persiapan kami dah buat yang terbaik cuma tunggu siren starting sahaja.Kami rasa tenang sahaja sebelum bermula...pisang dan suppliement semua dah di sediakan oleh pengurus.Terima Kasih kerana tahu menguruskan kami Tuan Khir Amir.Jadi kami semua membuat last preaparation sebelum game.

Safiee sedang di periksa oleh marshal tentang chip pada basikalnya

Poknik Post sebelum game bermula

Safiee post sebelum game

En Zuraidi bergerak ke Rider signing

Kami mula bergerak ke garisan permulaan

Kiranya macam dah ready

menanti dengan penuh debar
 Perlumbaan Bermula tepat jam 8.30 pagi dan semua bermua dengan baik.Di Harap perlumbaan berjalan lancar dengan keadaan pusingan ini sejauh83.5 km.sebanyak 3 pusingan perlu di habiskan oleh semua peserta.satu pusingan sejauh 27.8 km.


 Tahniah kepada semua peserta yang berjaya menamatkan 3 pusingan.Pelumba dari Bomba Negeri Sembilan mendahului kategori individu iaitu Mohd EkbarBin Zaman Huri kedua juga dari bomba Negeri Sembilan Mohamad Azrin Bin Ahmad Sani Azmi manakala tempat ketiga adalah Amir Zulhilmi Bin Mohd Salleh dari Bomba Negeri Johor.


Bagi Kategori Berpasukan Bomba Negeri Sembilan Berjaya menguasi Tempat Pertama .Tempat Kedua adalah Bomba Negeri Johor dan Tempat Ketiga adalah Bomba Negeri Perak.Tahniah dan semoga berjumpa lagi di Edisi yang akan datang iaitu Sabah.

No comments:

Post a Comment