Monday 6 February 2012

Nwaneri, Okocha Tak Menjadi


KELANTAN 0
BALESTIER KHALSA FC 2
Goran Subara (m-31)
Kim Min Ho (m-47)
KOTA BHARU – Aksi penampilan pertama pemain import terbaru, Obinna Nwaneri dan Samad Awudu Okocha ternyata mengecewakan apabila gagal membantu The Red Warriors mencipta kemenangan ke atas kelab Balestier Khalsa FC dalam aksi perlawanan persahabatan yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam tadi.
Dalam perlawanan persahabatan antarabangsa malam tadi, The Red Warriors tumbang 0-2 kepada kelab dari negara Singapura itu menerusi dua jaringan dalam babak berbeza.
Obinna Nwaneri yang bermain di posisi pertahanan beraksi selama 53 minit sementara Samad Okocha yang menerajui jentera serangan Kelantan sepanjang babak kedua gagal menyakinkan peminat setia dalam perlawanan tersebut.
Tampil dengan jersi baru jenama Warriors yang akan dipakai dalam Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Mac nanti, Kelantan hampir berada di depan seawal minit ketiga perlawanan menerusi percubaan penyerang import, Denny Antwi namun rembatannya daripada sudut sukar sempat ditepis keluar penjaga gol Balestier Khalsa, Joey Sim Wei Zhi di gawang golnya.
Pasukan pelawat yang dilihat gemar melancarkan serangan daripada sebelah tepi mempunyai peluang terbaik untuk mendahului pada m-28 perlawanan apabila Muhammad Zulkiffli Hassim bijak melintangkan bola di depan gawang gol Kelantan namun gagal disambar oleh Park Kang Jin dan Kim Min Ho.
Tiga minit kemudian, Balestier Khalsa mengejutkan hampir 17,000 penyokong The Red apabila berjaya menjaringkan gol pembukaan dalam perlawanan malam tadi. Pemain pertahanannya, Goran Subara yang pantas meluru ke atas mudah menolak masuk hantaran lintang Kang Jin untuk menewaskan Mohd Shahrizan Ismail di gawang gol Kelantan.
Pada m-37, pasukan pelawat hampir menggandakan jaringan kali ini menerusi percubaan jarak jauh Min Ho namun Mohd Shahrizan lebih bersedia menafikan rembatan pemain sayap itu.
Dua minit sebelum babak pertama berakhir, Indra Putra hampir menyamakan kedudukan untuk The Red Warriors namun rembatan kencangnya sekadar menerjah jaring sisi sebelah kanan pintu gol pasukan pelawat.
Dua minit babak kedua bersambung, pasukan Balestier Khalsa terus mengukuhkan kedudukan apabila Min Ho berjaya menjaringkan gol kedua untuk pasukannya.
Tindakan Nwaneri yang cuba melakukan perangkap ofsaid memakan diri apabila dihukum menerusi rembatan Kang Jin yang menyaksikan bola sempat ditepis keluar Mohd Shahrizan sebelum Min Ho melakukan tindakan susulan dengan merembat ke penjuru sebelah kanan pintu gol Kelantan.
Ternyata gol tersebut menyentap semangat anak didik Peter Butler yang dilihat cuba mempamerkan aksi agresif setelah memasukkan Mohd Badhri Radzi dan Samad Awudu Okocha sebaik sahaja babak kedua bersambung.
Penyerang import Kelantan, Denny Antwi mempersiakan peluang terbaiknya pada m-56 perlawanan untuk merapatkan jurang apabila memilih menyepak tinggi melepasi pintu gol meski pun bijak memperdayakan tiga pemain pertahanan dalam kotak penalti sebelum itu.
Dua minit kemudian, Antwi sekali terlepas peluang untuk menceriakan penyokong setia The Red Warriors apabila lambat melakukan rembatan di dalam kotak penalti meski pun berada dalam kedudukan selesa untuk menjaringkan gol untuk Kelantan.
Ketika Antwi yang beraksi lebih agresif tetapi dikeluarkan dua minit kemudian, sumbangan Okocha pula terus terbatas apabila gagal melepasi kekangan Kapten Balestier Khalsa, Paul Cunningham dalam perlawanan malam tadi.
Tidak banyak gerakan menarik dicetuskan oleh Okocha, pemain yang diwar-warkan memikul tanggungjawab baru selaku peledak berbisa Kelantan sebaliknya kelibat pemain tempatan pula dilihat lebih mencuri tumpuan dalam perlawanan malam tadi.
Peluang terbaik Okocha hadir pada m-61 namun gagal disempurnakan apabila beliau sekadar menyepak lemah bola ke dakapan penjaga gawang Balestier Khalsa, Joey Sim Wei Zhi.
Pada m-73, pemain sayap, Mohd Norfarhan Muhammad yang menerima umpanan Mohd Nurul Azwan Roya hampir berjaya merapatkan jurang untuk Kelantan namun tandukannya sekadar singgah di tiang gol sebelah kiri.
Enam minit berselang, giliran Mohd Shakir Shaari pula mencemaskan pintu gol pasukan pelawat menerusi sepakan lambung yang hampir memerangkap Sim Wei Zhi di gawang golnya namun sempat dikuis keluar rakan sepasukannya.
Minit-minit akhir perlawanan, Okocha terus menghampakan harapan ribuan penyokong setia apabila gagal untuk menjaringkan gol saguhati Kelantan apabila sepakan guntingnya terus ke dakapan penjaga gol gantian, Muhammad Zakariah Nerani.
Kesebelasan utama pemain :
KELANTAN : Mohd Shahrizan Ismail Mohamad Zamri Ramli, S Subramaniam (Obinna Nwaneri), Nik Mohd Shahrul Azim Ab Halim, Zairul Fitree Ishak, Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid (KP) (Mohd Shakir Shaari), Mohd Nurul Azwan Roya, Indra Putra Mahayuddin (Mohd Badhri Radzi), S Chanturu (Mohd Norfarhan Muhammad), Muhammad Ramzul Zahini Adenan (Samad Awudu Okocha) dan Denny Antwi (Norshahrul Idlan Talaha).
FORMASI : 4-4-2
BALESTIER KHALSA FC : Joey Sim Wei Zhi (Muhammad Zakariah Nerani), Muhammad Ridwan Jamil (Chang Jo Yoon), Goran Subara, Paul Cunningham (KP), Muhammad Ruhaizad Ismail (Poh Yi Feng), Muhammad Jaslee Hatta (Yusiskandar Yusop), Park Kang Jin (Muhammad Muhaymin Salim), Kim Min Ho (Patrick Brian Paranjody), Syed Thaha Ahmad Syed Ali, Tengku Mushadad Tengku Mohamed dan Muhammad Zulkiffli Hassim (Andrew Tan Wee Tat).
FORMASI : 4-4-2
STATISTIK PERLAWANAN
Percubaan tepat : Kelantan (3) Balestier Khalsa (1)
Percubaan tersasar : Kelantan (5) Balestier Khalsa (1)
Sepakan penjuru : Kelantan (11) Balestier Khalsa (4)
Sepakan percuma : Kelantan (14) Balestier Khalsa (15)
Ofsaid : Kelantan (1) Balestier Khalsa (4)
Kekasaran : Kelantan (13) Balestier Khalsa (10)
Kad Kuning : (Mohd Shakir Shaari dan Obinna Nwaneri) Balestier Khalsa FC (Joey Sim Wei Zhi).
Kad merah : Tiada bagi kedua-dua pasukan
Masa tambahan : Tujuh minit
Penguasaan bola : Kelantan (48%) Balestier Khalsa (52%)
PEGAWAI PERLAWANAN
Pengadil : Suhaimi Mat Hassan
Penolong Pengadil 1 : Asmadi Ibrahim
Penolong Pengadil 2 : Mohd Rahimi Mohd Nor
Pegawai Keempat : Mohd Ezani Said
Kommissioner Perlawanan : Mat Lazim Awang Hamat
General Koordinator : Arif Hassan
Petikan dari Klate .net
Tak jadi pun sain jugak kan . . .Kita tengok lah performance dia pada game akan datang ,kalau tak jadi parokkkk....Ghaddar main molek  . . Score je gol kot mano pun  . . janji kita menang.Apa pun 
GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment