Friday 3 February 2012

Harimau Malaya Baham Red Warriors






HARIMAU Malaya nyata bukan tandingan sebenar Kelantan apabila menang mudah 5-0 ke atas juara Liga Super itu dalam aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
Gol pertama Malaysia dijaringkan menerusi Mohd Asrarudin Putra Omar pada minit ke-36. Shahurain Abu Samah menambah gol kedua Malaysia pada minit ke 42. S Kunalan menjaringkan gol ketiga minit 65 manakala Abdul Hadi Yahya menambah gol keempat skuad kebangsaan Malaysia minit 78.
Skuad Harimau Malaya terus berpesta gol apabila Izuan Solahuddin berjaya menjaringkan gol kelima pada minit ke 90 bagi melengkapkan malam gemilang skuad kendalian Datuk K Rajagobal pada malam ini. Tamat perlawanan Malaysia 5-0 Kelantan.
Skuad Harimau Malaya kini berkumpul dan berlatih sebagai persiapan awal untuk mempertahankan mahkota kejuaraan Piala Suzuki AFF, November ini.
Petikan dari Klate.Net

Ternyata 3 pemain import yang di turunkan tidak memberikan rangsangan kepada pasukan kita.Selesai sahaja perlawanan ini Tan Sri Anuar Musa terus mengeluarkan kenyataan bahawasanya barisan import yang kita ada belum cukup bagus untuk di bawa dalam MSL dan mereka Ghaddar dan Antwi hanya akan bermain untuk AFC dan Tan Sri juga terus meletakkan Obinna dan Samad Okocha untuk bermain dalam MSl.Drastik dan tegas itulah yang di tunjukkan dan apa yang di perkatakan sebelum ini di tunaikan.Kami akan sentiasa menyokong segala kebaikkan demi melihat Tanah Sebesar Kebun Bunga ini di seganni di Negara kita dan seterusnya di Asia.Malah sekarang pun seluruh dunia bagai menanti jagoan baru ini.Apa pun kita mengharapkan pemain import yang ada dan yang terbaru mempunyai kualiti melebihi pemain-pemain bintang tempatan kita.Ramai yang marah dan tidak berpuas hati dengan keputusan dengan Malaysia ini tapi di sudut pandangan lain kawe rasa kita wajar kena 5 Gol.Mungkin untuk menyakinkan kembali rakyat Malaysia yang Team Harimau Melaya ini mampu mengaum kembali di AFF tahun ini.Tapi di sudut sebagai penyokong setia TRW kawe sedikit terkilan kerana kita gagal menyaingi atau setidak-tidaknya memberikan tentangan sengit kepada pasukan negara
Mungkin pemain import pertahanan kita yang baru belum lagi selesai urusan ITC sebab itu mereka tidak dapat di turunkan pada perlawanan ini.Menguruskan pemain import bukan senang dan perlukan pengurusan yang cekap dan pantas dalam menguruskan hal-hal penngurusan.
Jika kita lihat perlawana malam tadi banyak nampak pada kecekapan penjaga gol kita yang nampak sedikit goyah dan gagal membaca hantaran lintang lawan yang menyebabkan banyak gol terhasil.Tanpa Subra dan Azizi kita gagal menghalang Matyo dan Hadi.Okinne juga macam hilang punca apa yang perlu dia lakukan.Ghaddar plakk masih buntu menemui jaringan Padang.Tak pelah musim masih awal dan kita perlu segera melihat persiapan kita ke AFc lagipun ini kan perlawanan persahabatan.Main keras-2 nanti injured pulakk player kan.Kita redha dan terima lah kekalahan ini.Dan mungkin di timbal balik Matyo main untuk TRW dan pemain lain yang mewakili Malaysia,mungkin baru kita boleh tengok team A TRW lawan Malaysia.Baru kita dapat tengok pertemuan antara buku dan ruas...
Pada pendapat kawe mungkin di suatu masa nanti Team TRW AFC lawan Malaysia tanpa seorang pun pemain TRW main untuk Malaysia.mungkin kita dapat sedikit resipi unutk ke AFC.Timbal balik harap ada di suatu masa nanti.TRW AFC Vs Malaysia.Apa pun,kita mengharapkan pasukan kita akan lebih bersedia untuk semua kejohan an  dan kita sokong pasukan kita di saat kalah dan menang
GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment