Wednesday 12 February 2014

PREDATOR BUAT SARAWAK MERANA



SARAWAK  0

KELANTAN 1
Francis Forkey Doe (m-90)

KUCHING  – Jaringan tunggal penyerang import, Francis Forkey Doe pada penghujung perlawanan memastikan The Red Warriors meraih tiga mata ke atas Sarawak dalam aksi kedua saingan Liga Super yang berlangsung di Stadium Negeri, Petra Jaya malam tadi.

Forkey Doe atau terkenal dengan jolokan The Predator muncul selaku wira Kelantan apabila tenang menolak gol pada minit ke-90 sekali gus mengecewakan hampir 15,000 penyokong tuan rumah ketika kedua-dua pasukan dilihat hampir pasti berkongsi mata dalam perlawanan tersebut.

Kemenangan tipis ke atas juara Liga Premier musim lalu itu membolehkan Kelantan memimpin saingan liga buat pertama kali dan muncul pasukan tunggal dengan rekod tanpa kalah setelah mengharungi dua perlawanan setakat ini.

Apa pun, Sarawak yang melakukan sepak mula memperoleh peluang seawal minit keempat untuk mengejutkan Kelantan namun lambungan pemain tengah, Mohd Lot Abu Hassan yang berjaya memperdayakan benteng pertahanan mudah dibaca penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat.

Tiga minit berselang, tuan rumah sekali lagi mencemaskan gawang Kelantan menerusi sepakan penjuru Mohd Lot namun tandukan penyerang import dari Serbia, Milorad Janjus gagal menepati sasaran.

Kelantan yang tersentak dengan dua percubaan awal tuan rumah akhirnya kembali menemui rentak permainan sebenar pada minit ke-10 namun percubaan Forkey Doe hasil lontaran ke dalam oleh Zairul Fitree Ishak tinggi melewati palang.

Menerusi satu gerakan cantik dua minit kemudian, Kelantan sekali lagi berpeluang apabila Ahmad Fakri Saarani bijak mengumpan bola buat Mohamad Ghaddar namun pemain kebangsaan Lubnan itu lambat menolak kepada Forkey Doe.

Seminit kemudian, giliran Ahmad Fakri pula terlepas peluang untuk meletakkan bola ke dalam gawang Bujang Senang setelah bola rembatannya berpunca hantaran lintang Zairul Fitree diselamatkan pertahanan tengah Sarawak, Ronny Harun.

Tuan rumah bagaimana pun bangkit memberi saingan selepas itu menerusi dua peluang keemasan mereka pada minit ke-20 dan 22 namun rembatan Janjus terlalu mudah buat Khairul Fahmi.

Peluang buat Kelantan hadir pada minit ke-25 namun percubaan Mohamad Ghaddar serong di sebelah kanan disusuli seminit kemudian, tandukan Forkey Doe hasil hantaran silang Tengku Hasbullah Raja Hassan melantun ke tanah lebih awal sebelum di selamatkan penjaga gol Sarawak, Sani Anuar Kamsani.

Aksi pada minit ke-30 turut mendebarkan apabila Ketua Pasukan Sarawak, Joseph Kalang Tie memperdayakan pertahanan Kelantan, Mohd Farisham Ismail dan Zairul Fitree namun rembatan kaki kanannya tinggi melewati gawang.

Kapten Kelantan, Mohd Badhri Radzi kembali membalas serangan tuan rumah enam minit kemudian apabila menewaskan tiga pemain lawan namun percubaannya di luar kotak penalti tersasar biar pun Forkey Doe berada pada kedudukan terbaik untuk menghasilkan jaringan.

Dua minit sebelum babak pertama berakhir, stadium bergegar dengan sorakan penyokong tuan rumah apabila Joseph Kalang menanduk masuk umpanan pendek Alireza Abbasfard di dalam kotak penalti namun dibatalkan oleh pengadil setelah beliau berada dalam kedudukan ofsaid.

Cerita babak kedua menampilkan skrip yang sama apabila kedua-dua pasukan terus buntu untuk memecahkan kebuntuan meski pun Kelantan lebih awal mengancam tuan rumah menerusi hantaran lambung Mohamad Ghaddar yang gagal disambar Forkey Doe pada minit ke-51.

Nasib malang menimpa Forkey Doe empat minit kemudian, apabila beliau dilayangkan kad kuning setelah menyepak bola masuk walau pun pengadil, Mohd Nafeez Abd Wahab meniupkan wisel lebih awal menandakan penyerang kebangsaan Liberia itu berada dalam kedudukan ofsaid.

Selepas itu, penguasaan perlawanan menjadi milik tuan rumah namun Janjus mensia-siakan peluang terhidang untuk mengotakan janjinya meledak dalam perlawanan malam tadi apabila tandukannya sedikit tersasar setelah menerima hantaran daripada Mohd Lot pada minit ke-65.

Empat minit kemudian, Kelantan hampir menamatkan kebuntuan jaringan apabila Forkey Doe mendada kemas bola hantaran lambung Ahmad Fakri tetapi belum sempat beliau melepaskan rembatan, penjaga gawang Sarawak lebih pantas menerpa menyelamatkan keadaan.

Menuju minit ke-73, pengendali Sarawak, Robert Alberts sekali lagi gigit jari untuk melihat pasukannya meraikan jaringan apabila tandukan Alireza gagal menewaskan Khairul Fahmi ketika simulasi Ashri Chuchu yang merebahkan badannya di dalam kotak penalti sebelum itu gagal mendapat ihsan daripada pengadil.

Terdesak untuk mendapatkan jaringan, jurulatih kelahiran Belanda itu memasukkan Zamri Morshidi dan Akmal Rizal Ahmad Rakhli pada minit ke-77 dan 81 dan percaturan tersebut berjaya menghidupkan kembali corak serangan mereka.

Hasilnya, seminit kemudian, Akmal Rizal bijak melakukan hantaran lintang cantik dari sebelah kanan gawang Kelantan namun Janjus terus gagal menolak masuk gol untuk pasukannya.

Ketika perlawanan seakan berkesudahan seri tanpa jaringan, muncul Mohd Badhri yang melorongkan bola kepada Mohamad Ghaddar yang berjaya mengelirukan Ronny Harun di dalam kotak penalti.

Kesudahannya, Sani Anuar tersalah langkah apabila tindakannya meluru keluar diperhatikan Mohamad Ghaddar yang terus menolak bola kepada Forkey Doe sebelum bekas penyerang import Selangor musim lalu itu tenang merembat masuk ke gawang tuan rumah untuk memastikan tiga mata dibawa pulang pasukannya ke Kota Bharu.

Kesebelasan utama pemain :

SARAWAK – Sani Anuar Kamsani, Mohd Hairol Mokhtar, Gabor Gyepes, Ronny Harun, Ramesh Lai Ban Huat, Mohd Lot Abu Hassan (Reeshafiq Alwi), Junior Eldstal, Ashri Chuchu (Zamri Morshidi), Joseph Kalang Tie (KP), Alireza Abbasfard (Akmal Rizal Ahmad Rakhli) dan Milorad Janjus.

FORMASI : 4-4-2

KELANTAN – Khairul Fahmi Che Mat, Nik Mohd Shahrul Azim Ab Halim, Obinna Nwaneri, Mohd Farisham Ismail, Tengku Hasbullah Raja Hassan, Muhammad Nazri Ahmad (Ahmad Shakir Md Ali), Mohd Badhri Radzi (KP), Zairul Fitree Ishak (Wan Zaharulnizam Wan Zakaria), Mohamad Ghaddar, Ahmad Fakri Saarani dan Francis Forkey Doe.

FORMASI : 3-5-2

STATISTIK PERLAWANAN

Percubaan tepat : Sarawak (3) Kelantan (4)
Percubaan tersasar : Sarawak (4) Kelantan (6)
Sepakan penjuru : Sarawak (6) Kelantan (1)
Sepakan percuma : Sarawak (13) Kelantan (10)
Ofsaid : Sarawak (7) Kelantan (2)
Kekasaran : Sarawak (4) Kelantan (10)
Kad kuning : Sarawak (Milorad Janjus) Kelantan (Muhammad Nazri Ahmad, Francis Forkey Doe dan Ahmad Fakri Saarani)
Kad merah : Tiada bagi kedua-dua pasukan
Masa tambahan :  Lima minit
Penguasaan bola : Sarawak (53%) Kelantan (47%)

PEGAWAI PERLAWANAN

Pengadil : Mohd Nafeez Abd Wahab
Penolong Pengadil 1: Mohd Shahreen Che Omar
Penolong Pengadil 2: Mohd Abd Suki Abd Said
Pegawai Keempat : Tiong Eng Tai
Kommissioner Perlawanan : Junaidi Ahmad
Penilai Pengadil : Ahmad Khalidi Supian
General Koordinator : Othman Sulaiman

www.sinarharian.com.my



Pada perlawanan yang di siarkan dalam Astro arena ini.Mungkin ada beberapa kelemahan dar segi tektikal Kelantan.3-5-2.Forke Doe dan Ghaddar x beberapa serasi dan kerana banyak gerakan menjadi sia-sia.manakala Flange sebelah kanan adalah Fakri dan Tg Hasbullah.Memang tugas berat kerana mereka kena bertindak dua tugas.satu adalah winger dan satu lagi right dan left back.Mereka pula bila bertindak sebagai winger mereka tidak ke hadapan tetapi cuba masuk melalui tengah.Banyak sangat pergerakan menjadi terbantut kerana tersekat di pertengahan.


Piya memang hilang terus.Dengan hantaran pantas dan pendek memang sukar untuk Piya menjalankan tugasnya seperti biasa.Piya menjadi kurang fasih dan tidak selesa bila bermain formasi ini.Piya nampak seolah-olah lebih banyak ke belakang.SD perlu sedar perkara ni.Kita mempunyai kelebihan dari segi midfield tengah.Nazri juga kena mainan peranan yang lebih lagi dari apa yang di berikan semalam.menggunakan formasi dengan corak serangan pada malam ini dan terbukti jaringan hanya dapat di hasilkan pada minit ke 90'.Tidak rasa teruk ke?Tu lawan Sarawak yang baru nak menemui rentak mereka.Tapi kalau lawan pasukan yang dah serasi macam mn? Macam x sesuai jer formasi nii.Zairul fitree bertindak sbg Holding Midfielder atau pun Defensive midfielder tapi jarang-jarang dia ambil tempat Fakri.Tetapi apabila dia di keluarkan Fakri pula menggantikannya.Boleh ke Fakri Main di posisi tu,memang dia rajin tapi bila di depan.bila berada di tengah nampak macam susah pula dia nak bertindak untuk bertahan.Entah lah,kawe nak baca susunan player pun agak rumit kerana setiap pemain perlu bertindak untuk 2 posisi.Memenatkan? memang perkara ini boleh memmenatkan pemain dan faktor fitness perlu di utamakan.

Apabila kita perhatikan Poknik aka Nik Shahrul Azim dia kena berkerja lebih di bahagian kanan dia macam x berpuas hati mungkin Tg Hasbullah lambat untuk turun.Sudah 2 game kawe perhatikan Tg nii.Dia nak masuk bola ke tangah memang x lepas dan gerakkan dia pun macam pertahanan lawan dah boleh baca.Susah nak menguasai formasi ni.Terus kawe katakan.Kalau di baca kelebihan formasi ini kita perlu bermain laju dengan hantaran pendek dan pantas tapi ini tidak terjadi.Kenapa pertahanan kita perlu selalu hantar bola kepada striker terus tanpa melalui pemain tengah? Ala-ala Inggeris lah Klate kito nii.nampak macam best bila attack ada 7 pemain dan bila defend kito ada 8 pemain tapi ini tak berlaku.Kita serahlah kepada coach macam mana dia nak mengcorakkan Klate 2014.

GO FOR MORE!!!!!!!!!!!! 

 

No comments:

Post a Comment