Monday 9 February 2015

BERTEMU INSAN YANG TELAH LAMA DI CARI

Pada tanggal 31.01.2015 kawe berkelana ke Kuantan du lane megamall kerana ada satu kejohanan bowling di situ.Pada Hari pertama kejohanan selepas beraksi dalam kategori perseorangan kawe mendapat tempat ketujuh di mana lane megamall memang x pernah main di di situ tapi kira oklah sebab pertama kali bermain di situ.

Tapi bukanlah kejohanan ini yang mahu kawe ceritakan.Kali ini lebih kepada pertemuan semula dengan member lama sewaktu bekrja di De Palma Ampang lebih kurang 15 tahun dahulu.Hamizan adalah seorang kawan yang memperkenalkan sukan bowling pada kawe.Banyak yang dapat di bualkan dalam masa satu hari.Banyak jugak info mengenai rakan sekerja lama sewaktu berbicara dengannya.Apa yang menarik adalah dia masih lagi bujang sama statusnya sewaktu berjumpanya dahulu.


Tapi x habis di sini sahaja sebab pada 6.2.2015 kami berjumpa lagi sekali di tempat yang sama dan kali ini siap test lane dan melihat sendiri cara maianan masing-masing.Dulu lane kayu dan sekarang dan lane Statik jadi ada sedikit perbezaan dahulu dan sekarang.Tapi cara belajar dan bermain bowling tetap sama.Cuma berbeza dari segi cara nak swing.

Selepas berjumpa dengan Hamizan (AMG) nama bowlingnya banyak jugak yang dapat di pelajari darinya.Insyaallah lain kesempatan kita akan berjumpa lagi.


No comments:

Post a Comment