Monday 28 December 2015

RANGKUMAN INFO PERSIAPAN TRW 2016.












RANGKUMAN INFO PERSIAPAN TRW 2016.





Penajaan:
1. Que Puteh telah pun berunding berkenaan penajaan dengan KAFA, namun tiada hitam putih yang dikeluarkan.



Kejurulatihan:
1. K. Devan sebagai ketua jurulatih telah memulakan tugas dan pasukan sudah pun menjalani latihan sejak beberapa minggu kebelakangan ini.
2. Zahasmi Ismail membawa diri ke MOF FC selepas KAFA tidak serius melantik beliau. Beberapa permintaan kecil tidak dipenuhi.Pemain:


1. Bekas pemain skuad treble, Daudsu setuju dengan terma dan syarat cuma masih belum menandatangani persetujuan untuk kembali ke TRW.
2. Muslim Ahmad, Faizal Abu Bakar dan Abdul Manaf Mamat adalah 3 pemain tempatan yang disenaraikan dalam skuad.
3. Jonathan McKain yang mengadu kepada PFAM berkenaan isu tunggakan gaji, kembali menjalani latihan bersama Brendan Gan sekaligus menamatkan teka-teki masa depan mereka dengan TRW.
4. Indra berada di rumah beliau di Kota Bharu sempena cuti Maulidur Rasul. Beliau mendapat 2 tawaran daripada pasukan lain, namun keberatan untuk menerima tawaran tersebut. Beliau ingin membantu TRW seperti mana yang pernah dilakukan dulu. 2016 merupakan tahun beliau kembali tetapi tiada rundingan atau tawaran daripada KAFA dan TSAM. Dengan kata lain, hati dan keinginan untuk menyertai TRW adalah besar sekali, tetapi tiada tawaran.
5. Tiada pemain import yang sahih diserap le pasukan. Terbaru, pemain dari Syria , Marwan Seyedeh mencuba nasib namun tiada perkembangan lanjut diperolehi.
6. Konflik antara KAFA-Syahrul.Azwari-FA Sarawak masih belum dimuktamadkan. Dipercayai FAM akan menyelesaikan masalah ini.


7. Penjaga gol kedua, Syazwan dipinjamkan ke Melaka.

Kredit sumber risikan Wan Rozak Fans.




No comments:

Post a Comment