Thursday 9 November 2017

PERCUTIAN 2017


Setelah lama tidak bercuti saya mengambil kesempatan untuk meruangkan masa bersama wife saya.Kami bercuti di Melaka.bermula pada 22.10.2017.perjalanan kami bermula pada jam 11 pagi.Kami singgah di Megamall Kuantan untuk bertemu dengan kawan lama saya bernama Hamizan.Otai lama bowling ni.waktu tu lane masih kayu (wood).Orang yang membawa saya untuk mengenal apa itu bowling.



Bola Lamanya sudah crack dan mahu membeli bola rotogrip Hectic Bola medium.Saya menjualnya dengan harga kawan-2 .Tapi sebenarnya saya tidak kisah pun pasal harga sebab kawan punya pasal kan.Sayangn kalau dia behenti bowling sebab pengalaman dia main bowling ,tu yang mahal.sebab sekarang ni sudah senang x macam dulu.Sekarang coaching bowling dah bersepah.Tapi bab pengalaman mereka kena cari sendiri.Bawak student bukan senang,macam- macam kerenah dan perangai kan.Di harap coach-coach baru dapat lahirkan atlet bowling yang boleh membanggakan negeri dan negara di puncak dunia.


Selepas berjumpa dengan Hamizan,Planning saya adalah untuk terus ke melaka dan oleh kerana saya kepenatan sedikit kami bercadang untuk ubah sedikit perancangan untuk stay di Kuala Lumpur dulu untuk semalaman.Jadi kami stay kat Hotel Ini Lah.Bukan apa Hotel ini pernah kami duduk dulu semasa arwah abah ada dulu.Kalau tidak silap pergi ke kenduri di rumah saudara di bangi.Keadaan hotel ini ada lama sikit kalau hendak di bandingkan semasa kami stay di sini dulu.Tapi kemudahannya sebab ada kedai Mamak di sebelah Hotel ini.Kami rehat semalaman.
  Keesokkan harinya kami meneruskan perancangan untuk ke Melaka.Kami bersaparan di kedai Mamak dan dalam pukul 10 pagi kami ke Melaka.perjalanan mengambil masa hanya 2 jam.Sampai di Melaka saya terus tembak Wave Ke MIBC.Sebab Tugas untuk sukan Bomba kena selesaikan dahulu.Sebelum itu kami makan di Sekitar bangunan MIBC.Sebenarnya tadi nampak kedai Kak Long tapi kami makan di kedai lain sebab tak jumpa cari kedai kak Long tu.


Lunch dulu
Selepas Test Lane Kat MIBC kami mencari temoat untuk mnginap.Kami menggunakan Trivago untuk mencari Hotel.Cari Punya Cari kami jumpa lah Hotel ni.World Youth Hotel.Sebenarnya pencarian tadi Hotel Di sebelahnya tapi My Wife nampak Hotel ni jadi saya buat U-turn dan Check in kat sini.Harganya tidak lah mahal tapi apa yang penting keselesaan tu kan.



Pada sebelah malamnya Teman My Wife pergi appintment di Hotel MITC Melaka.Kawannya nak hantar kain untuk di tempah.Siap ukur lagi di bilik kawannya tu.So alang-alang dah ada kat situ.Tengok pula ada Bistro so kami makan di sini aje lah.Lagi pun nak tunggu selesai hal Wife tu bukan sekejap.Saya makan salad je dengan Nescafee Panas.Badan pun rasa semacam je ni.Penat adalah sikit.Tapi tak apalah janji semua Urusan selesai.





   Selepas makan kami pulang ke Hotel untuk berehat.Planning asal untuk main bowling pula esok harinya.Tapi rancangan bertukar untuk Terus ke Sunway.Bukan apa,sebab kalau bola baru saya memang suka test kat Sunway.Tempat di mana Bola IQ saya menyerlah selepas pulang dari Sunway 2 Tahun lalu.Agak penar jugak lah rasa kaki saya.Sebab Jarang Jalan jauh selepas Arwah abah sudah pergi.Al-Fatihah untuk Abah Tesayang.
Sebelum berlepas ke Petaling Jaya Kami singgah di Dataran Pahlawan Untuk mencari Souviner.

Dataran Pahlawan Melaka


Niat nak repair kapal terbang ni
posing luuu
bahaya sungguh bawah raksasa
Salam muhibah persahabatan
Ada jugak nk kena belasah ni
Dengar pada nama macam sejarah sangat kan ,A Famosa sejarah yang tercatit pada negeri Melaka.orang zaman dulu mungkin gagah perkasa kan sebab zaman sekarang ni nk panjat kota ni pun dah nak pancit.Setakat ini apa yang saya bilang jumlah anak tangga pengdakiannya adalah 136 anak tangga yang perlu kita daki untuk mencapai puncak kota ini.Saje je bilang sebab nak saiko wife kesayangan agar berjaya sampai ke atas.berpeluh jugalah kan untuk sampai ke kota A Famosa ini.Nak tengok juga apa yang ada di atas ni kan.

masa ni masih lagi bersemangat untuk mendaki

Behenti rehat jap mem penat


pit stop kedua...dah berpeluh dah ni

Sampai jua akhirnya
my wife nampak sedikit kepenatan.tapi beberapa minit kemudian dah nampak ok.kami meronda-2 di atas kota itu.nampak jugak lah kubah di dalam seolah-2 macam sangkar berjaring.Tapi tak tahu kenapa ramai yang masukkan duit dalam tu.Saya malas nak reka cerita tapi memang tidak tahu kenapa orang masukkan duit dalam tu.

Tu lah yang macam kubah atau sangkar tu.banyak duit dalam tu.
  Kota sejarah masih banyak yang perlu saya study pasal kota ni.Tapi banyak kotak semen mengenai nama-2 mereka yang terlibat dalam sejarah kota ini.
Sejarah negeri melaka pun masa high school dulu je belajar dan baca selepas itu.Ada juga mendengar sejarah tapi dari mulut orang-2 lama tu pun kebetulan masa sembang-2 petang.


Sempat lah juga posing-2 dalam kota sejarah ni.Entah bila pulak nak sampai kat sini tak tahunlah kan.Mungkin saya akan datang lagi untuk pergi ke semua tempat yang ada sejarah negeri melakaa.mungkin awal tahun depan kot.kena kumpul pembelanjaan dulu.

No comments:

Post a Comment