Tuesday 20 September 2011

AMUKKAN TRW
KELANTAN 4 - 0 SARAWAK
Sarawak berkunjung ke Stadium Keramat SSMIV dengan harapan mencari mata penuh.Tapi sejak awal permainan Kelantan menyerang bagai pendekar di medan perang.Serangan demi serangan di lancarkan bagai torpedo tapi tetap gagal membuahkan hasil .Gandingan MatYo dengan penyerang baru Azamuddin macam ada goyang sedikit.Tapi agak menghairankan kerana setiap kali gerakan yang melibatkan Alex bola tidak akan di hantar kepadanya kembali walaupun kedudukannya lebih baik berbanding Mat Yo.Awe mempunyai beberapa peluang tapi gagal di menfaatkan.Mat Yo juga terlepas beberapa peluang untuk membuat jaringan.
 Sebaik wisel separuh masa kedua bermula Kelantan menguasi seluruh padang bagaikan peluru mesinggan tak henti-henti menyerang.Walaupun begitu keadaan masa permainan membuat semuanya gelisah kerana masih tiada Jaringan dapat di hasilkan apatah lagi gelagat penjaga gol Sarawak seolah-olah memerli semua mata yang memandang.Masa yang di tunggu-2 telah tiba bermula dari hantaran pendek Shakir kepada Piya yang melakukan trip yang bijak melepasi 3 pertahanan Sarawak dan meledakkan peluru melalui kaki kirinya pada minit 79.Selepas itu Alex di keluarkan dan Coach memasukkan Ramzul.Gol kedua Kelantan di jaringkan oleh penyerang Prolifik negara Mat Yo pada minit ke 87.SSMIV hidup begema malam ini dengan laungan kegembiraan.Shakir di keluarkan dan memasukkan Daniel Fazly dan Awe di ganti oleh Nizab Ayob.Pergerakan bola di kaki Mat Yo di hantar kepada Piya dan Piya membuat true pass yang baik dan peluang tidak di sia-siakan oleh Daniel Fazly pada minit ke 88.Penyokong berdiri dan terus membakar semangat juang pahlawan merah dan hasilnya sekali lagi hantaran Mat Yo kepada Nizab Di tanduk ke tengah bagi memberi Piya peluang merambat sekuat hatinya melalui kaki kanan yang tak mampu di selamatkan oleh Aidil penjaga Gawang Sarawak pada minit 91 masa kecederaan.
 Mungkin inilah yang di namakan "Recepi For Success" yang di TUNE oleh Tan Sri Anuar Musa sehari sebelum perlawanan dan Semua Pahlawan Merah faham apa yang Kelantan inginkan.Kepada yang belum lagi berpeluh dan basah sebagai penyokong tegar TRW inilah masanya kita kembali penuhkan SSMIV stadium keramat TRW.GOMO KLATE GOMO!!!!!!!!!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment