Thursday 21 February 2013

KAFA PANGGIL AZMAN KEMBALI JADI PENGURUS PASUKAN



KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) membuat kejutan apabila memanggil semula bekas pengurus musim lalu Azman Ibrahim yang juga Setiausaha Agung persatuan untuk bersama-sama pasukan bagi mengharungi baki saingan Liga Malaysia yang sedang berlangsung.

Keputusan memanggil semula Azman ke pangkuan The Red Warriors diumumkan Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa dalam laman sosial facebook miliknya, sejurus tamat pertemuan antara Kelantan dengan Selangor kelmarin.

Annuar berkata, jawatan pengurus yang sebelum ini disandang oleh ketua jurulatih, Bojan Hodak akan dipegang semula oleh Azman.

“Saya mahu pengurusan pasukan dan Setiausaha Agung, Azman diarah untuk menjadi pengurus dan dibantu oleh Wan Badri.

“Bojan (Hodak) pula akan menumpukan aspek kejurulatihan.

“Sementara itu, penolong jurulatih diminta lebih berperanan membantu pemain memahami dan berkomunikasi dengan lebih baik.

“Di saat sukar begini kita akan bersama pemain mengumpul tenaga dan keyakinan diri.

“Kecacatan pada pasukan akan tetap kita perbaiki sebaik saja kita berpeluang melakukannya. Kita sudah ada penyelesaiannya,” katanya.

Sebelum ini, Azman yang lapan tahun menggalas tanggungjawab mengurus pasukan Kelantan mengambil keputusan melepaskan jawatan tersebut sebaik sahaja bermulanya saingan Liga Malaysia 2013.

Dia memilih untuk melepaskan jawatan tersebut bagi menyelesaikan beberapa urusan peribadi yang sebelum ini tertangguh termasukperniagaan.

www.utusan.com.my

Petikan dari Klate.net

Satu langkah drastik yang di lakukan oleh Tan Sri Anuar Musa kerana beberapa faktor mungkin yang menjadi memerosotan pasukan Kelantan.
 Pertamanya,semasa memenangi Treble Kelantan di uruskan oleh Tuan Haji Azman yang memahami dan mendengar masalah pemain.
Keduanya semua kerja-kerja pengurusan pasukan dan kebajikan di jaga dengan lebih bersistematik dan di usahakan oleh pengurus dengan bijaksana.
Ketiga, Pengurus faham apa yang diingini oleh pasukan.
  Mungkin atas beberapa sebab di atas Bojan tidak dapat melakasanakan dengan mengikut keperluan pemain tempatan dan import.Dengan tugas selaku ketua Jurulatih Kelantan dengan rotation pemain dan AFC rasanya Bojan terlalu sibuk untuk memegang dua jawatan.Maka dengan itu Tan Sri memanggil kembali Tn Haji Azman untuk kembali ke pasukan.Supaya Bojan bebas di padang dan tidak perlu berfikir dengan menguruskan pasukan.Satu Motivasi dan pastinya semua pemain pasti lega dan tersenyum dengan kembalinya pengurus pasukan terbaik Kelantan.Dia tahu dan sudah masak dengan pemain.
  Pengurus Kelantan dah kembali dan para pemain kena segera membaiki diri dan berikan kerjasama dan tunjukkan kepada semua yang kamu semua gembira dengan keputusan ini.Ayuh !!!!!!! bangkit dan Jadikan Terengganu bermulanya era tektikal baru Kelantan 2013.

GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!  


 

No comments:

Post a Comment