Tuesday 5 February 2013

KELANTAN, SEMEN PADANG TERIKAT 1-1


KOTA BHARU – Impian juara Liga Perdana Indonesia Semen Padang untuk menjinakkan jagoan Liga Super, Kelantan tidak kesampaian apabila 1-1 dalam aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini malam tadi.

Beraksi di hadapan 7,000 penyokong setia, Kelantan menggunakan perlawanan itu dengan menguji dua tonggak import iaitu Salim Arrache dari Perancis dan Dickson Nwakaewe dari Nigeria.

Kelantan, yang turun tanpa beberapa tonggak utama terlebih dahulu menguji benteng pelawat pada minit ke-11 menerusi rembatan pemain import jemputan Arrache, namun melewati palang gol.

Pasukan tuan rumah dikejutkan oleh jaringan pelawat menerusi Nur Iskandar pada minit ke-29, yang menghukum kealpaan benteng pertahanan Kelantan.

Usaha tuan rumah untuk mendapatkan jaringan penyamaan tidak berhasil apabila jentera serangan yang diketuai Keita Mandjou gagal menemui sentuhan penyudah, menyaksikan keputusan kekal sehingga berakhir babak pertama.

Bersambung babak kedua, Kelantan membuat dua pertukaran dengan mengeluarkan Arrache dan Mohd. Izuan Solahuddin dan digantikan Indra Putra Mahyuddin serta Mohd. Faiz Subri.

Aksi longlai Mandjou memaksa pengendali Red Warriors, Bojan Hodak mengeluarkan pemain tersebut dan digantikan oleh Nwakaewe pada minit ke-57.

Usaha tuan rumah untuk memburu gol penyamaan akhirnya berhasil pada minit ke-60 menerusi seorang lagi tonggak importnya Dimitrios Petratos, apabila rembatan padu pemain itu gagal diselamatkan oleh Jandia Eka Petra di gawang gol Semen Padang.
 

Petikan dari Klate.Net

 Pada perlawanan ini kita lihat tanpa Piya.tentunya taktikal kita ada sedikit berubah dengan tiadanya Piya.Kita lihat aksi pertama flangker Salim Arche.Beliu bermain baik di samping skill individu yang baik.Cuma kelibat Keita masih berada di tangkut lama.Belum ada perubahan.Dimi  macam biasa dengan larian dan gerakkan baiknya masih dan terus memukau.namun tiada jaringan pada babak pertama walaupun beberapa peluang yang ada tidak di menfaatkan sebaiknya.Namun Semen padang bermula baik dan dengan beberapa gerakkan menarik dan dapat juga menjaringkan gol.Gol  pertama dengan kekalutan di depan pintu gol.namun kesempatan di ambil dengan baik.Lek bermain baik dengan banyak juga gerakkan yang di halang olehnya.Beliu juga berganding baik dengan Farisham.babak pertama kita ketinggalan.
 Babak kedua bermula dengan baik.TRW mula menunjukkan taring dengan serangan dan Semen padang juga berbalas serangan.namun kreadit di berikan kepada Dimitri kerana berjaya menyamakan kedudukan dengan rembatan.sebaik sahaja selepas hujan rahmat.sebaik sahaja juga Dickson masuk.Dicson masih memrlukan beberapa perlawanan ujian kerana dia nampak bersemangat dan mungkin juga terlalu berdebar untuk perlawanan pertama.Keita cuma ada masa tidak kurang 2 bulan untuk membuktikan yang dia masih berbisa atau boleh pulang awal.kita juga mungkin boleh melihat pemain dari korea atau pun jepun yang berbakat dan masih muda kerana kemampuan kita baik kita ambik yang masih muda dan fresh.Apa pun kita masih perlu melihat beberapa perlawanan untuk AFC dan Lek dan Obinna cukup fit di pertahanan.salim perlu lebih terbuka dan lebih banyak menerajui serangan dan bukan hanya sebelah sahaja.

GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


No comments:

Post a Comment