Thursday 21 February 2013

Pengurus Harimau ‘Bohong’: Piya



Kota Bharu: Kapten Kelantan, Mohd Badhri Radzi hairan dengan dakwaan pengurus pasukan kebangsaan, Datuk Seri Subahan Kamal bahawa dia pernah menolak tawaran mewakili Harimau Malaya sedangkan dirinya tidak pernah menerima panggilan.

Mohd Badhri atau lebih dikenali sebagai Piya menegaskan dia hanya pernah sekali dipanggil oleh jurulatih Harimau Muda A Ong Kim Swee ketika perlawanan persahabatan dengan kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea, pada Julai 2011.

“Bagaimana, saya hendak menolak tawaran mewakili negara sedangkan saya tidak pernah dipanggil jurulatih.

“Cuma sekali saja saya dipanggil untuk menyarung jersi kebangsaan ketika perlawanan persahabatan dengan Chelsea bersama rakan sepasukan lain seperti Daudsu Jamaluddin dan S Subramaniam. Selepas aksi itu, saya tidak lagi mendapat tawaran,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sedia sarung jersi kebangsaan

Sebelum ini, Subahan mendakwa Piya pernah dipanggil untuk mewakili negara, namun menolak tawaran berkenaan menyebabkan pemain berusia 30 tahun itu tidak lagi dipanggil jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal.

Menurut Subahan, Piya ada dalam senarai 34 pemain bagi kempen kelayakan Piala Asia 2015 menentang Qatar di Doha, 6 Februari lalu, tetapi terpaksa diketepikan untuk memberi laluan kepada Mohd Amri Yahyah yang dipanggil pada saat akhir.

“Tiada pemain yang akan menolak tawaran beraksi untuk skuad negara. Begitu juga saya yang sentiasa bersedia membantu skuad kebangsaan jika diberi peluang,” kata Piya.

www.bharian.com.my

Petikan dari Klate.net

Piya ohh piya...Apa lagi nak di katakan.Setakat hari ini semua rakyat Malaysia ingin melihat Kelibat Piya dan Shafiq bergabung tenaga untuk menjadikan Pasukan Harimau Melaya yang di geruni dan RG perlu gunakan Piya.Tapi itulah kita yang kata.Dalam senarai ada tapi mungkin bila 20 orang cedera baru nak panggil Piya dan masa tu walau di letakakn Messi sekalipun apa yang bileh dia buat.Kawe Harap Dg letak-letaklah jawatan.Kau dah memang tak ada tektikal.Antara RG dengan OS ..OS lagi bijak memilih pemain yang tengah form berbanding RG yang hanya gunakan pemain kenangan AFF suzuki cup.Di mana rata-rata sudah mampus formnya.Dari Liga super yang berdesup laju,di pilihnya liga perdana tidak kah kolot pemikiran RG niii.Tak payah nak masuk campur pengurus Kebangsaan ni dan bercakap pun dah mula jadi macam RG sama-sama naik dan sama sama nak mapus dahh.Untuk RG baik letak jawatan sebelum di buang...nanti malu....

GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!! 

 


No comments:

Post a Comment