Friday 25 January 2013

HODAK: KAMI ADA 3 MINGGU KUKUH BAHAGIAN SAYAP



KELANTAN ada tiga minggu sempena ‘cuti rehat’ dalam saingan Liga Super musim ini untuk mengasah bakat muda pemainnya untuk memperkukuhkan jentera serangan di bahagian sayap.

Ketua Jurulatih Bojan Hodak menyedari Kelantan kini berdepan masalah di bahagian sayap dan serangan selepas beberapa pemain berbisanya seperti S.Chanturu, Nurul Azwan Roya dan Norshahrul Idlan Talaha, berhijrah ke pasukan lain pada musim ini.

“Kita perlu gunakan lebih pemain sayap tetapi malangnya kita tidak ada pemain sayap seperti tahun lepas. Jadi kita perlu melatih pemain muda.

“Izwan Solahuddin dimasukkan (semasa permainan) dan dia membuat sedikit perubahan. Permainan bertambah menarik di bahagian ini (sayap) tetapi dia masih belum bersedia. Sekarang dia mempunyai tiga minggu untuk berlatih,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan menentang Negeri Sembilan di Kota Bahru, malam tadi.

Pada perlawanan malam tadi, Kelantan terikat tanpa jaringan ketika melayan kunjungan Negeri Sembilan di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, sekali gus memberi satu mata berharga kepada pasukan pelawat.

Kelantan, juara treble musim lalu kini berada pada kedudukan ketujuh selepas mengutip enam mata dalam lima perlawanan sepanjang Liga Super musim ini.

Liga Super bakal berehat hampir tiga minggu untuk memberi laluan kepada pasukan bola sepak kebangsaan yang terlibat dengan pusingan kelayakan AFC Asian Cup 2015 dan bermulanya kejohanan Piala FA 2013.

Sementara itu, ketua jurulatih Negeri Sembilan, Divaldo Da Silva berkata beliau gembira dengan persembahan yang dipamerkan anak buahnya pada perlawanan menentang gergasi Pantai Timur tersebut walaupun gagal menjaringkan sebarang gol.

“Saya beri 100 markah buat mereka kerana kerja keras. Mengenai perlawanan itu sangat mudah, kita tahu apa kekuatan Kelantan di mana dan kita tutup (kekuatan tersebut). Sikit lagi kita boleh menang tapi seri sudah cukup bagus.

“Saya percaya tahap keyakinan pemain Negeri Sembilan akan meningkat selepas ini. Kelantan tak pernah kalah (di laman sendiri) sejak 2011, selalu menang atau seri. Kita tahu semua ini. Ini keputusan yang bagus buat kami,” katanya yang fasih berbahasa Indonesia. – Bernama

Petikan dari Klate.net



Apa sudah jadi dengan TRW kita ni? 5 perlawanan 1 menang,1 kalah dan 3 seri.kalau ikutkan pemerhatian kawe selama 4 game kecuali melawan Negeri Sembilan kerana tiada live Streaming kerana di fahamkan admin aada masalah.Tak mengapalah asal semua urusan dapat di laksanakan.
 Sepanjang 4 perlawanan yang melibatkan TRW rata-rata barisan pertahanan kita cukup mantap walaupun gandingan baru Obinna dan Nik shahrul.memamng mantap dan cukup menyakinkan.Apex pula tidak perlu di perkatakan.dia masih berusaha ke prestasi terbaik.Namun Daudsu juga perlu sedikit speeding kalau ingin terus kekal kerana tahun nii dengan pemain import yang makin laju Daudsu juga perlu usaha lebih sikit sahaja.maklumlah,pemain import semua kaki panjang.Peranan Zairul fitree perlu segera bertindak dan mengenai hantaran jauh.rasanya Obinna tidak perlu kerana tiap kali hantarannya gagal di baca pemain barisan hadapan.


 Pemain tengah yang di terajui Piya dan Shakir semakin mantap.setiap kali perlawanan mereka akan merajai barisan tengah.Sebelah kiri nampaknya posisi ini sesuai dengan Farhan walaupun terpaksa bertukar tempat dengan Zamri Ramli.Namun pada perlawanan dengan Negeri sembilan Izuan Salhuddin di isi pada sebelah kanan.Farhan sentiasa gunakan sisitem switch/bless di mana bertukar tempat dan ini menyukarkan barisan pertahanan lawan untuk mengawasi mereka.


 Barisan depan pada 2 perlawanan akhir tanpa kelibat Keita Manjou yang di katakan mengalami kecederaan dan Indra dan Haris nampaknya masih kurang dengan keserasian walaupun mereka berdua pernah bergandingan bersama.Khairul rosli dan Aris zaidi pernah di cuba oleh Bojan namun ramuan ini belum cukup mantap.Khairul perlu kenyakinan dan aris perlukan lebih banyak pengalaman.Paling menarik setakat ini adalah Indra dan Haris.kita perlu segera mencari keserasian mereka kalau bermain tanpa import di barisan depan.Sekarang nampaknya semakin tumpul.Bojan perlu segera bertindak dengan tempoh rehat 3 minggu ini di gunakan sebaik mungkin.

 

GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! 

 
 


No comments:

Post a Comment