Tuesday 18 June 2013

ANNUAR NAIK ANGIN



“PERCATURAN paling bodoh musim ini.” Demikian komen pedas penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa (gambar) melalui entri laman sosial facebooknya sebelum berakhirnya perlawanan antara Kelantan dan Johor Darul Takzim (Johor DT) yang menyaksikan gergasi pantai timur itu tumbang 0-2 di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin malam kelmarin.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh ‘orang kuat’ bola sepak Kelantan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan tindakan ketua jurulatihnya, Bojan Hodak yang merehatkan tiga tonggak utama mereka, Badhri Radzi, Norfarhan Muhammad dan Indra Putra Mahayuddin.

Ketiga-tiga pemain tersebut hanya dimasukkan kira-kira 20 minit sebelum perlawanan tamat, dan Indra Putra serta Badhri hanya membuat penampilan pada 10 minit terakhir.

Ia dilihat sudah terlambat selepas Johor DT mendahului dengan dua gol.

Pada babak pertama perlawanan, Kelantan dilihat masih mampu mengimbangi perlawanan dengan melakukan beberapa perubahan tanpa melibatkan pemain berkenaan sehingga berjaya mengekang asakan lawan tanpa sebarang gol membolosi gawang.

Ketika babak kedua bermula, ramai yang menaruh harapan untuk melihat kelibat ketiga-tiga pemain berkenaan dimasukkan namun, tindakan Hodak memasukkan Norfarhan selepas Johor DT mendapat gol pertama, dan dua lagi pemain dimasukkan selepas mereka ketinggalan 2-0 dan tindakan tersebut dilihat sudah terlambat.

Namun, tindakan Hodak ‘menyimpan’ ketiga-tiga pemain berkenaan dilihat sebagai salah satu percaturan untuk memberikan rehat yang cukup sebelum mereka dijadualkan turun menentang Terengganu pada perlawanan separuh akhir Piala FA Sabtu ini di Kota Bharu.

Bagaimanapun, kekalahan tersebut menyebabkan ramai peminat tidak berpuas hati dengan percaturan tersebut terutama apabila pertembungan melibatkan pasukan Johor DT.

Annuar dalam entri terbaharunya menulis, perlawanan separuh akhir Piala FA bakal menjadi penentu terhadap pencapaian mereka yang telah diberikan tugas untuk menguruskan pasukan Kelantan.

“Tiada siapa yang akan dilindungi, kalau prestasi tidak mencapai tahap yang diinginkan, alasan sudah tidak diperlukan lagi,” ujarnya.

Petikan dari Klate.Net

Kawe pun terasa jugak dengan apa yang Bojan Buat dengan pencaturan perlawanan.Separuh Masa kita dapat mengimbangi tektikal JDT.Tetapi separuh masa kedua Bojan di lihat lambat betindak dengan pertukaran memasukkan pemain seperti Indra dan Piya.Farhan dimasukkan selepas kedudukan 1-0.Eloklah apa yang TSHAM katakan.Tak sampai target maknanya adalah sesuatu yang tidak berjalan dengan licin.Penyokong Kelantan dengan JDT ni macam ada isu yang tidak selesai.Dan boleh di katakan Kelantan bila sahaja melibatkan pasukan Johor mereka perlu tahu yang nama JDT ni sudah menjadi sensitive pada penyokong Kelantan.Bojan perlu bijak melakukan tektikal supaya hati Penyokong di jaga.

GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!! 

 

No comments:

Post a Comment