Tuesday 18 June 2013

KELANTAN KE PENTAS AKHIR

SSINS 28 Mei 2013

 
KUALA TERENGGANU – Kelantan meneruskan misi mempertahankan kejuaraan Piala FA selepas bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan Terengganu secara agregat 6-5 dalam aksi separuh akhir kedua di sini, semalam.

Selepas ketinggalan 0-4, Kelantan bangkit mengikat kedudukan agregat 5-5 apabila pemain import Obinna Nwaneri menanduk bola ke gawang pada masa kecederaan sekali gus menghidupkan saingan penyandang juara itu dan memaksa perlawanan diheret ke masa tambahan.

Tuan rumah turut menerima padah apabila dua pemainnya, Effa Owana dan Abdul Manaf Mamat dilayangkan kad merah sekali gus memberi kelebihan buat pelawat menggandakan asakan.

Terengganu yang terpaksa bermain tanpa tiga tonggak utama, Owana dan Abdul Manaf serta pemain tengah, Ashari Samsudin yang kemudiannya dikeluarkan akibat kecederaan mula hilang punca.

Kepincangan itu membolehkan Kelantan meneruskan asakan sebelum melengkapkan kemenangan apabila bola hantaran Indra Putra ke gawang gol lawan berjaya disudahkan penyerang import, Dikson Nwakaeme pada minit ke-120.

Pun begitu, skuad Bojak Hodak terpaksa berdepan asakan bertubi-tubi anak-anak buah E. Elavarasan sepanjang 90 minit permainan.

Terengganu yang bangkit beraksi garang selepas tewas 1-4 di Stadium Sultan Muhammad IV pada perlawanan separuh pertama 25 Mei lalu, berjaya memperoleh gol seawal minit keempat hasil penyerang import, Vincent Bikana.

Kelantan yang seolah-olah hilang rentak pada awal permainan terus diberi tekanan apabila Terengganu menambah satu lagi gol pada minit ke-26 menerusi G. Puaneswaran hasil hantaran lintang Abdul Manaf Mamat tepat ke gawang gol lawan.

Tersentak dua gol Terengganu, Kelantan cuba bangkit untuk merapatkan kedudukan, namun kekentalan benteng pertahanan yang dikawal rapi kapten pasukan, Hasmizan Kamaroddin berjaya mengekang kemaraan jentera serangan skuad Kijang sehingga tamat babak pertama.

Babak kedua pula menyaksikan Terengganu terus menjarakkan mata jaringan apabila lorongan G. Puaneswaran disempurnakan Effa Owana pada minit ke-70 yang kemudian disusuli jaringan keempat pada minit ke-92 oleh Abdul Manaf Mamat.

Terengganu yang seolah-olah sudah menempah tiket perlawanan akhir, dikejutkan dengan tindakan pengadil perlawanan, Suhaizi Shukri melayangkan kad merah kepada Owana kerana didakwa mengasari salah seorang pemain pelawat sehingga mencetuskan rasa berang pemain itu.

Dalam keadaan kelam-kabut itu, pasukan Terengganu yang terpaksa bermain dengan 10 orang, berjaya dimanfaatkan Kelantan apabila memperoleh gol pertama daripada Nwaneri pada masa kecederaan.

Jaringan itu memaksa permainan diheret ke masa tambahan selepas kedudukan agregat terikat 5-5, dan tidak lama selepas itu berlaku kekecohan apabila Abdul Manaf pula dilayangkan kad merah oleh Suhaizi kerana menendang belakang pemain Kelantan, Mohd. Farisham.

Insiden kekecohan berlarutan sehingga ke luar padang apabila penyokong Terengganu mula memaki hamun pengadil sehingga memaksa anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) mengiringi pengadil terbabit ke bilik rehat.

Pengendali pasukan Terengganu, Elavarasan ketika diaju tentang kad merah kepada dua pemainnya, enggan mengulas dan meminta pihak media merumuskan insiden itu.

Beliau bagaimanapun tetap memuji usaha anak-anak buahnya yang mampu meraih empat gol dalam aksi semalam.

Petikan dari Klate.Net



Berat sangat performance Kelantan pada separuh masa pertama dengan membiarkan Terengganu menggasak dan membelah pertahanan namun 2 gol yang di biarkankan di bolosi perlu di buat kajian.mungkin tiada lagi alas an tidak biasa bermain di waktu petang.TRW perlu hadapi hakikat ini.separuh masa kedua Terengganu Berjaya mengikat aggreget pada 4-4.Satu kebangkitan yang harus di puji oleh pemain Terengganu.Mereka memberikan 200% da nada keinginan untuk ke Final.Kita agak bernasib baik kerana jaringan Nakaeme.Yang membuat Terengganu di heret ke masa tambahan.Jaringan Obinna memastikan kita ke Final.Terima Kasih Obinna kerana jaringan itu memberikan kita merasai kembali Final Piala FA.

GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!





No comments:

Post a Comment