Tuesday 18 June 2013

BEKAS PEMAIN JADI PEMUSNAH

Stadium Larkin 22 mei 2013
DUA bekas pemain Kelantan muncul wira Johor Darul Takzim (Johor DT) apabila membantu Harimau Selatan menundukkan skuad The Red Warriors 2-0 pada aksi Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam tadi.

Norshahrul Idlan Talaha dan Mohd. Nurul Azwan Roya yang mula menyertai Johor DT musim ini masing-masing menjaringkan gol pada minit ke-65 dan ke-68 untuk menghadiahkan tiga mata penuh buat pasukan tuan rumah.

Kemenangan ketiga berturut-turut itu membolehkan Johor DT kini melonjak ke tangga kedua liga selepas mengumpul 34 mata, satu mata di belakang pendahulu, Lions XII.

Meskipun perlawanan tertangguh 40 minit gara-gara sedikit kekecohan yang berlaku di antara penyokong Kelantan dan tuan rumah, ia tidak mematahkan semangat kedua-dua pasukan untuk mempamerkan aksi menarik sepanjang perlawanan.

Anak-anak buah Fandi Ahmad bermula garang apabila melakukan beberapa serangan di awal permainan, namun gagal menghasilkan sebarang jaringan.

Penyerang import, Leonel Nunez melaku- kan cubaan seawal minit kedua, namun tendangannya tersasar sebelum cubaan Nurul Azwan pada minit ke-26 berjaya diselamatkan penjaga gol pasukan pelawat, Khairul Fahmi Che Mat.

Penyerang skuad The Red Warriors, Mohd. Haris Safwan turut melakukan cubaan pada minit ke-29, namun rembatan dari dalam kotak penalti berjaya ditepis penjaga gol Muhd. Al-Hafiz Hamzah.

Sebaik babak kedua bersambung, Johor DT menggandakan asakan dengan serangan sebelum gol pertama pasukan tuan rumah diperoleh melalui Norshahrul yang merembat kencang dari luar kotak penalti pada minit ke-65.

Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan tewas 0-2 kepada Terengganu hasil sepakan penalti Razman Roslan dan jaringan gol Damion Stewart masing-masing pada minit ke-38 dan ke-50.

Di Stadium Shah Alam, pasukan tuan rumah, Selangor mengalahkan Terengganu 2-0 hasil dua jaringan gol Francis Forkey Doe pada minit ke-24 dan ke-89.

Kedudukan Pahang dan Selangor kekal masing-masing di tangga kelima dan keempat manakala Johor DT memintas ATM di tangga ketiga.

Petikan dari Klate.net



Apa yang Bojan ingin tunjukkan pada perlawanan ini? Daudsu di letakkan sebagai defensive midfielder menggantikan tempat Shakir.Dah beberapa kali Daudsu di cuba uji pada posisi ini.Kenapa tidak di letakkan pada Nantha? Buat apa nantha dalam pasukan jika tidak di gunakan.Tektikal Penyerang meletakkan Haris dan Fakri pada kawe ia adalah sesuatu yang mendukacitakan.mereka berdua tidak semakan apatah lagi untuk beraksi dengan cemerlang.Kawe pun tidak pasti ada yang Bojan ingin lakukan.Jika Kelantan Berjaya mendapatkan 3 mata penuh malam ini,kita dah tentu boleh merapatkan kedudukan dengan 4 pasukan teratas dan memintas JDT.Namun kita di aibkan dengan 2 jaringan dari bekas pemain Kelantan sendiri.Apa lagi nak di katakan.Harap ada pihak yang menegur aksi Bojan.

GO FOR MORE!!!!!!!!!!!! 



No comments:

Post a Comment